Followers

Sunday 14 April 2013

Puisi : Tuhan Aku Tak Mahu Kalah

Dalam renyai hujan
Sendirian tanpa teman
Baju sekolah lencun basah
Beg digalas juga terasa berat
Tubuh mula menggigil
Lapar, letih, lesu
Namun tidak pernah mengungkap pilu
Di jalanan juga aman
Tiada siapa bergelandangan
Tiada pula yang berpeleseran
Derap kaki mengikuti langkah
Sekejap berlari
Sekejap lagi melangkah
Acap kali menoleh 
Kosong pandangan
Cemas bertamu penuh sangkaan 
Hati berdetik ragu
Jantung berdegup debar
Resah mencari arah
Becak diredah
Terus berlari dan berlari
Sik menyerah
Tolong Tuhan aku tak mahu kalah

By Arissa Adelia

1 comment:

  1. Terima kasih Puisi Artikel sudi berkunjung ke laman saya ini..saya masih belajar...

    ReplyDelete

Like it? Want more?
Your Motivation and Support are very much appreciated. Thank you for reading, peeps! :)