Followers

Sunday 12 January 2014

CINTA KATAKAN SAJA 4

Salam all lovelies,

So, fantastic weekend? Hope so. Alhamdulillah.
Actually, i did all my writing and manuscript in format Ms Word. As required by publisher, i follow! But, every time nak post kat blog, I have to retype again. Tak boleh copy paste je coz nanti format lari. (Anyone knows any short cut or not? Can help me?) Masalah problemnya, bila type semula in blog, i keep changing the story as idea lain pulak tetiba datang and viceversa. Jam! Kalau jadi macam tu, I have to change my story at Ms Word too. Heshh, itu la cabaran yang tak mampu dielak buat masa ni. Okay, stop my ramblings, jumbo mumbo, potpet2 whatever ni. Bukan masalah negara pun kan, hope i will find a better solution. Hahaha.. so, here's the next series! :))




Part 4

Sebaik saja kereta BMW berwarna hitam itu memasuki perkarangan hospital terdekat, tiba-tiba kelihatan kereta itu keluar semula dan berhenti di bahu jalan di luar pagar hospital. Syed Omar Daniel teragak-agak untuk menghantar perempuan itu ke hospital. Apa yang harus dijawab nanti apabila ditanya oleh pegawai perubatan hospital tentang perempuan tu? Apa yang terjadi? Tak tahu? 

"Saya jumpa dia atas pangkin bus stop tak sedarkan diri." Memang itu kenyataannya tapi tidak semudah itu mereka akan percaya.

Purse, Mykad ke lesen memandu ke atau apa-apa saja yang boleh memberi maklumat pengenalan diri tentang perempuan itu tak ada langsung bersamanya. Mesti kena buat laporan polis nanti. Panjang berjela pulak ceritanya. Kena soal siasat macam-macam. Kalau kes kena perkosa macam mana? Silap hari bulan tersalah cakap dia pulak yang jadi suspek. Lagi parah kalau muncul papparazi atau wartawan tak habis study, i'm so dead!

Niat nak membuat kebaikan jadi kontroversi pulak. Berita macam ini cepat saja dihidu dan disensasikan. Dengan sekeping gambar saja cukup untuk gegarkan dunia. Sekelip mata hal peribadi menjadi tontonan umum. Sekali lagi terpampang wajah yang pernah digelar media "The Most Eligible Bachelor" nidi dada akhbar dan menjadi tajuk utama. Gila tak bangga? Bukannya dia mengkritik profession kewartawanan itu, tapi sekarang dia lebih berhati-hati kerana musuh dalam selimut ada di mana-mana yang bersedia untuk menjatuhkannya. Mereka yang suka menangguk di air yang keruh inilah musuh paling utama yang akan merumitkan lagi keadaan.

Kalau berita yang sejahtera memang wajar kehebatan mereka menyebarkan informasi dipuji dan diberi kredit. Tapi berita yang sebegini Omar Daniel yakin akan jadi kontroversi. Kredibiliti dan imejnya pasti tercalar semula. Lebih teruk empayar peniagaan warisannya akan turut terkena tempias. Apa yang berlaku dua tahun lalu masih segar di ingatan masyarakat. Dia mengeleng-ngelengkan kepalanya.

No! No! I can't do this! I worked hard to get the proud back and I won't let this ruin my life again.

Dua tahun lalu Warisan Teguh Holdings mungkin hanya akan tinggal nama dan menjadi sejarah ikon perniagaan. Hampir lumpuh sepenuhnya. Saham syarikat turun mendadak. Paling mengecewakan dia menjadi waris pertama yang menjatuhkan empayar itu setelah usaha nenda, arwah papa dan Papa Wan menjadi kebanggaan.

"Nak betulkan keadaan ni bukan macam guna liquid paper Syed Omar Daniel! Not even an eraser can erase the mistake you did. The option is yours. Stay, change and prove it. Giving up is simply not the option at all, young man!"

Kata-kata yang memberi kesan hebat kepada jiwa dan emosinya. Tersemat kukuh ayat Papa Wan yang tak mungkin dia lupa sampai bila-bila. Pantang dia menyerah sebelum berjuang! Dia nekad untuk buktikan dia boleh berjaya. Mendapatkan semula kepercayaan ahli lembaga pengarah dan klien utama syarikat bukan satu kerja yang mudah walaupun Papa Wan juga sudah dikenali dan berpengaruh besar.

Teringat semangat dan kata-kata seorang pejuang bangsa yang tidak pernah putus asa semasa menyiapkan tugasan di universiti dulu, Nelson Rolihlahla Mandela atau Nelson Mandela mantan Presiden Afrika Syarikat, "The greatest glory in living lies not in never falling, but rising every time we fall," membuatkan dia sanggup mengenepikan dulu kepentingan peribadi asalkan Warisan Teguh Holdings kukuh berdiri setaraf gergasi perniagaan yang lain semula.

"Allahu Akbar Allahu Akbar!" Laungan azan maghrib di corong radio mengembalikan Omar Daniel ke alam realiti yang belum selesai.

Arghh! Hatinya menjerit. Nak hantar perempuan ni ke mana? Omar Daniel bingung. Dia meramas rambutnya sendiri. Perempuan itu perlukan rawatan segera. Hah, pengsan tak bangun-bangun ni. Risau jugak. Kalau dia mati dalam kereta ni macam mana? Hesh!

Dia menoleh ke arah penumpang di sebelahnya. Tak berapa jelas kerana mukanya berpaling ke sebelah kiri. Pengsan ke tidur ni? Dahinya berkerut.

"Cik!" Dia cuba menggoyangkan bahu perempuan itu sekali lagi. Mana tahu dia buat-buat tidur je ke?

"Cikk!!!" Diambil tangan perempuan itu dan rasa nadinya. Sah! Dia tidur je ni. Tapi lemah je nadi dia tu. Omar Daniel kalut semula. Okay, check lagi sekali.

Masih tiada respon.

Tak pasal-pasal aku terlibat dalam kes ni. Semak otak la! Menyesal tak ajak lelaki tadi sekali ke hospital. Dia yang jumpa perempuan tu dulu, biar dia saja yang bersoal jawab dengan pegawai hospital. Nama dia pun aku tak tanya! Omar Daniel mengeluh sendirian.

Ya Allah, tolonglah..apa aku nak buat ni? Entah kenapa otak dia rasa macam dah beku dan tak boleh berfikir apa-apa dah. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar dan lagu Hoobastank, The Reason kedengaran.
"I'm not a perfect person
There's many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you"

Bukan jiwang ya tapi lagu ni beri makna tersendiri padanya. Omar Daniel ceria melihat nama pemanggilnya. Doktor Sherina! Tingg! Otaknya berfungsi semula. Allahu Rabbi, syukur, tepat pada masanya.

"Assalamualaikum, Om."

"Waalaikumussalam, Aunty. Err..Aunty,I need your help. Aunty datang rumah Om sekarang boleh?"Terus dia ajukan soalan itu. Maksudnya dia akan bawa balik perempuan itu ke rumahnya? Dia jongket bahu. No choice. At least, sampai perempuan itu sedar semula, fikirnya.

"Om kenapa cemas je ni?" Hesh, budak bertuah ni. Belum apa-apa dah bagi arahan pergi rumah dia. Doktor Sherina sedikit terkejut.

"Kawan Om..err...injured."
"So, kenapa tak hantar dia ke hospital?"
"Aunty datang dulu ya. Please. Nanti Om ceritakan..ohh, by the way, kenapa Aunty call Om ni?"
"Bertuah betul budak ni, baru dia nak tanya. Saja je Aunty nak tanya khabar Om. Om pun lama tak jenguk Aunty.."bebel doktor itu di talian.
"Alaa...Aunty bukan tak tahu kan, Om busy lar. Lately, banyak projek Om kena handle," balas Omar Daniel sambil ketawa kecil.
"Hmm...iya la tu. Okay, Aunty baru nak keluar IKEA ni. So, boleh la Aunty singgah rumah Om sekejap tengok kawan tu. Lucky I always bring along my medic bag. I'll be there less than 20 minutes." 
"IKEA? That was so good! Aunty cepat ya, Om tak tahu nak buat apa. She is still unconscious."
"What? She?" terkejut Doktor Sherina mendengarnya. Perempuan? Siapa pulak kali ni?
"Jumpa kat rumah ya, Aunty. Bye!" cepat-cepat talian dimatikan.  Soalan doktor itu dibiarkan begitu saja.

Doktor Sherina mengeleng-ngeleng kepalanya. Arif benar dia dengan sikap Omar Daniel yang tidak suka berbual panjang di telefon. Urusan business pun dia lebih suka berdepan katanya lagi senang membaca riak klien, musuh atau kawan.

Kereta Omar Daniel meluncur laju. Jarak dari hospital ke rumahnya hanya lebih kurang empat kilometer saja. Lima minit kemudian dia sudah melalui Jalan Margosa, Bandar Sri Damansara. Alat kawalan jauh pintu pagar automatik ditekan dan keretanya tidak ke garaj seperti kebiasaannya tapi terus berhenti betul-betul depan pintu masuk rumah. Hon dibunyikan. Tak lama kemudian pintu kayu berukir cantik itu terbuka dari dalam.

"Mak Nah, Om jumpa dia ni tak sedarkan diri tadi. Sekejap lagi Doktor Sherina sampai. Tolong dia apa yang patut," kata Omar Daniel kepada seorang wanita pertengahan umur yang juga pembantu rumahnya. 

Mak Nah melihat saja Omar Daniel mengangkat seorang perempuan dari tempat duduk penumpang keretanya dengan penuh tanda tanya. Namun langkahnya tetap jua mengekori Omar Daniel ke tingkat atas ke bilik tetamu.

"Siapa ni, Om? Kenapa dia jadi macam ni?" Dari tadi Mak Nah mahu membuka mulut bertanya tapi takut dikatakan Omar Daniel mahu menyibuk hal dia pula.

"Om pun tak tahu Mak Nah. Tunggu dia sedar dulu baru kita tahu. Mak Nah tolong..."
Ayatnya mati di situ  sebaik saja dia membaringkan perempuan itu perlahan-lahan di atas katil. Omar Daniel terpaku. Oh my...Tiba-tiba dadanya berdebar-debar. Terasa macam ada renjatan menyentap adrenalinnya. Wajah itu direnung lama-lama. Iras seseorang yang amat dikenali tapi hatinya tidak berani mengiyakan. Pelanduk dua serupa kut. Subhanallah. Terpesona dengan kejelitaan semulajadi dan keindahan ciptaan tuhan. She is so beautiful. Tadi dalam kereta dia hanya dapat melihat dari tepi saja lagipun dah gelap.

"Tolong apa, Om?" Suara Mak Nah membuatkannya tersentak. Kacau daun la Mak Nah ni.
"Hah? Apa dia Mak Nah?" Hilang ingatan tiba-tiba.
Aik, dia tanya kita balik. Mak Nah senyum. Bukan dia tak perasan tadi Omar Daniel asyik merenung perempuan misteri itu je.
"Tadi kan Om minta tolong Mak Nah, nak tolong apa ni?"
Betul dia sudah hilang ingatan. Tak ingat apa yang dia nak cakap tadi. Omar Daniel pandang Mak Nah sambil tersengih.
"Err...aaaaa...Nanti Mak Nah tolong tengokkan dia ni ya. Om nak mandi dan solat dulu," cepat-cepat dia jawab. Malu juga kalau Mak Nah perasan tadi.
Memang pun! Mak Nah senyum balik padanya penuh makna.
"Ya la Om..."

Omar Daniel kembali memeriksa keadaan perempuan muda itu. Dia masih ingat rawatan kecemasan yang diberikan untuk teman kuliahnya dulu, Abigail Johnson seorang gadis dari Scotland yang pernah pengsan gara-gara menahan lapar kerana nak kurus. Masalah betul dengan perempuan kalau nak kurus sanggup tak makan.

Nak kena bagi CPR ke ni? Periksa nadi dia dulu. Dekatkan pipi ke hidungnya dan rasakan pernafasan ade ke tak. Lebih kurang macam ni la kut, fikir Omar Daniel sambil bercakap seorang diri. Tak perlu CPR rasanya sebab dia masih bernafas dengan baik cuma lemah saja. CPR atau "Cardiopulmonary Resuscitation" adalah gabungan khidmat kecemasan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada untuk mangsa yang tidak boleh bernafas atau aliran darah tidak cukup biasanya untuk mangsa serangan jantung, tercekik atau lemas. Heh, rasa macam doktor pulak. Entah betul ke tak, tapi sedikit sebanyak ilmu sebesar kuman ni mampu jugak membantu. Kalau terpaksa buat CPR tu boleh je. Part yang bagi pernafasan mulut ke mulut tu. I'm willing! Omar Daniel sengih. Amboi! Heh, gatal-gatal kucing dah datang.

Mak Nah hanya memerhati saja dari belakang. Tunggu arahan saja. Dia pun tak tahu apa nak dibuat kalau dah terbujur kaku macam itu rupanya.

"Firstly, baringkan mangsa perlahan-lahan...sudah! Tinggikan bahagian kaki sedikit lapik dengan bantal atau selimut yang boleh membantu peredaran darah berjalan lancar. Longgarkan pakaian untuk bagi ruang pengudaraan yang baik. Hesh! Part ni boleh skip." Omar Daniel senyum simpul. Bukan tak biasa tapi takut tergoda you! Dah la putih melepak dia ni. Biar doktor dan Mak Nah la yang buat nanti. Iman tak kuat lagi. Ya ampun!

"Lepas tu periksa ada cedera, luka atau patah ke tidak. Bahagian ini pun biar doktor yang lebih arif la periksa dia. Lebam sana sini macam teruk je. Last but not least, pastikan pengaliran udara bersih...done!"

Comforter ditarik ke atas hingga separas pinggang perempuan itu dan suhu penghawa dingin dinaikkan sedikit supaya tidak terlalu sejuk. Sleep well, beauty. 

"Mak Nah jangan tinggalkan dia ya takut dia sedar nanti tak ada orang pulak. Ada apa-apa panggil Om cepat!"
"Baiklah, Om. Senyum je dari tadi Mak Nah tengok, kenapa?"
"Eh, mana ada, Mak Nah! Tengok, Om serius ni! Om mandi dulu la,"jawabnya sambil tersengih sebelum beredar dari bilik itu. Aduh, Mak Nah perasan ke?