Followers

Monday 11 March 2013

Saat Hatiku Untuknya 3


Februari 2012, 10 malam –Rayyan

“Indah!Indah! Baby...please open this door!It’s me Rayyan!”

            Indah terkejut mendengar ketukan di pintu rumahnya. Namanya dipanggil berkali-kali.  Suara itu amat dikenalinya. Rayyan!Macam mana dia tahu aku tinggal di sini?Apa dia nak lagi? 

        “Baby…please, listen to me, I’m so sorry. I didn’t mean to hurt you...sampai you kahwin macam ni dengan lelaki yang you tak cinta langsung. I tahu you masih cintakan I kan! You tak bahagia dengan suami you, kan. I pun masih cintakan you Indah! My marriage is nothing to me. She is just…dia cuma alat supaya Mama I tak bencikan I lagi. I have to, Baby…you have to understand me…please..”

“Indah…I can’t live without you!!I need you!please Baby…please open this door!!”

Rayyan masih menjerit-jerit di luar rumah. Indah tidak tahu apa yang harus dilakukan. Hatinya berkecamuk. Dia ingin sekali bertemu dengan Rayyan tetapi bagaimana pula dengan Arif. Walaupun dia masih cintakan Rayyan, namun dia tidak pernah berhubung langsung dengan Rayyan sejak perkahwinannya dengan Arif. Dia juga tahu batasan sebagai seorang isteri. Jika tiga bulan lalu dia sentiasa mengasingkan diri dari Arif, sejak kebelakangan ini, dirinya mula menerima kehadiran Arif Firdaus.

Kenapa Rayyan harus kembali saat ini?Kenapa aku langsung tidak dipedulikan sebelum ini?Bagaimana dengan nasib perempuan yang menjadi isterinya?Dasar lelaki! Lidah berkata tidak sedangkan hati menyatakan sebaliknya.

“Kenapa tak buka pintu?Siapa tu?”nada suara Arif sedikit meninggi.

Indah terkejut melihat Arif sudah berada di sebelahnya. Dia tidak tahu bagaimana harus dijelaskan kepada Arif. Dia hanya memandang wajah Arif kelu.

   “Errr…dia…Rayyan...”perlahan sahaja Indah menjawabnya. Dia tahu Arif pasti akan marah padanya kerana membenarkan Rayyan ke rumah mereka.

    “Rayyan?” Arif merenung tajam.

   “Owh…Rayyan…Rayyan…boyfriend Indah tu kan?” soal Arif apabila Indah masih membisu. Sengaja ditekankan perkataan boyfriend itu pada Indah.

     “Indah tak tahu macam mana dia boleh tahu Indah tinggal di sini. Indah dah lama tak berhubung dengan dia. Tolonglah percayakan Indah…bukan Indah yang panggil dia ke sini…”Indah terus menjelaskan.  Dia tidak mahu Arif menuduhnya yang bukan-bukan.

    Arif sengaja ingin mellihat reaksi Indah. Dia tahu Indah tidak bersalah tapi hatinya panas memikirkan soal Indah dan Rayyan. Dia bersungguh-sungguh mahu memenangi hati Indah, tiba-tiba saja Rayyan muncul semula. Indah sudah menjadi miliknya yang sah dan dia tidak akan membenarkan sesiapapun menidakkan hak itu.

Hish! Tak aman betul! Saat Indah dah mula cair dengan aku, dia muncul pula buat kacau!Eh, bukan ke kau dah ada isteri?Nak kacau isteri aku buat apa lagi?
      
      Arif bergegas masuk ke dalam biliknya semula dan keluar bersama sekeping kertas putih bersaiz A4. Arif mencatatkan sesuatu di atas kertas itu kemudian dilipat dua. Kertas itu diberikan kepada Indah. Indah keliru tapi diambil juga kertas itu.
        
    “Baca apa yang Abang tulis itu dan bagi pada dia. Lima minit dia masih berada di kawasan rumah ini, Abang tidak teragak-agak untuk panggil polis!”kata Arif tegas. Mukanya serius.
      
    Indah membuka kertas itu dan membaca nota yang tertulis. 
“PLEASE DON’T DISTURB US ANYMORE. I HAVE NOTHING TO SAY, JUST THAT I LOVE MY HUSBAND. PLEASE LEAVE OR WE SHALL CALL THE POLICE!-INDAH AMANDA.”

Rayyan, maafkan Indah. Please go away...away from me, from my heart..

       Rayyan masih memanggil nama Indah di luar pintu. Dia tidak berpuas hati selagi Indah tidak bersua muka dengannya. Dia tidak boleh menerima hakikat Indah telah berkahwin dengan orang lain. Dia masih ingin terus bersama Indah. Dia masih cintakan Indah. Dia tidak pernah mencintai isterinya. Hanya nama Indah yang tercatat di hatinya. Hatinya punah ranah bila Sofia sepupu Indah memberitahu berita perkahwinan Indah. Dengan bantuan Sofia juga dia akhirnya tahu di mana tempat tinggal Indah sekarang. Tidak mungkin dia akan lepaskan Indah begitu sahaja.
           

 Indah Amanda, kau milik aku!!


 







                                                        


(Si Rayyan yang tengah frust!Huhu!)




are you enjoying the story? to be continued...daaa.. :)


No comments:

Post a Comment

Like it? Want more?
Your Motivation and Support are very much appreciated. Thank you for reading, peeps! :)