Sejak peristiwa Rayyan datang ke rumah
mereka tempoh hari, Arif sentiasa memastikan Indah sentiasa bersama dengannya. Pergi
dan balik dari tempat kerja pun Arif juga yang menjadi driver Indah. Dia tidak membenarkan Indah membawa keretanya sendiri dengan alasan car pool lagi baik. Indah tidak mampu berkata apa-apa kerana dia
tahu Arif masih marah dengan apa yang terjadi. Dia juga tidak pernah menyoalkan
apa yang Arif buat pada malam itu kerana dia tahu dengan alasan itu sahaja
Rayyan akan meninggalkan rumah mereka.
Hmmm…cemburu
juga si Arif ni ya. Tetapi tak payahlah nak kawal aku sampai begini sekali.
Rayyan meninggalkan rumah mereka dengan hati yang remuk redam pada malam itu. Indah hanya menghulurkan kertas itu melalui bawah pintu tanpa membukanya. Dia yakin Rayyan telah membaca nota tersebut. Rayyan merayu berkali-kali padanya namun tidak diendahkan. Hatinya turut terkesan dengan rayuan Rayyan namun apa dayanya, kini dia milik Arif bukan lagi Rayyan.
Di saat hatinya mula menyebut nama Arif Firdaus, Rayyan muncul semula. Sedangkan sewaktu Indah merayu pada Rayyan suatu ketika dulu, langsung tidak diendahkan gara-gara termakan hasutan mama Rayyan kononnya Indah berlaku curang padanya. Rayyan juga tidak sekali pun mempertahankan Indah di hadapan mamanya kerana bimbang kebencian mamanya akan menyebabkan dia kehilangan semua hak dan harta keluarganya. Maruah Indah juga diinjak ke tepi sebagai perempuan jalang dan tidak bermoral sedangkan Rayyan tahu itu tidak benar sama sekali. Bila semuanya terbongkar sudah terlewat untuk berpatah balik semula. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Lagu Judika Aku Yang Tersakiti yang sedang bermain di corong radio menyentuh perasaan Indah. Ya Allah, tolonglah aku…aku juga ingin bahagia walau tak bersama dia. Arif perasan Indah menyeka airmatanya lantas sebelah tangannya mencapai jemari Indah dan dibawa ke bibirnya lantas dikucup penuh kasih. Indah terkedu. Arif memperlahankan kereta dengan kelajuan sederhana dan mereka tenggelam dalam lamunan masing-masing.
Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Beberapa bulan berlalu…
Indah anggun sekali memakai kaftan
labuh dari material chiffon silk berwarna
biru turquoise untuk makan malam bersama Arif di sebuah restoran mewah di ibu
kota. Rambutnya disanggul kemas dan rapi. Sedikit calitan longlasting lipstick berwarna cherry
rose di bibirnya dan natural blusher di
pipi mulus itu menjadikan Indah bertambah jelita. Restoran itu ditempah khas
hanya untuk mereka berdua sahaja pada malam itu. Indah terpegun dengan
keindahan hiasan dalaman restoran yang begitu cantik dengan kehadiran
bunga-bunga ros segar di sekelilingnya. Arif juga kelihatan segak sekali malam
itu dengan berkemeja putih berpetak halus dipadankan pula dengan sweater kelabu di luarnya. Indah
tersenyum malu bila Arif perasan dia asyik melirik memandang suaminya sedari
tadi.
(Indah Amanda dalam
version Preity Zinta..cun tak?suka sgt dia senyum nmpak lesung pipit
dua2 belah pipi..)
Alamak!
Malunya…kenapa aku tak perasan dia handsome sebelum nih? Muka Indah merona merah.
Owh…sebab kau dah perasan dia handsome, baru kau nak pandang dia ya…hati Indah mengejek dia semula.
Mana kau nak perasan…asyik layan perasaan je...then, layan laptop memanjang..sampai suami sendiri pun kau pinggirkan. Eh, kalau orang lain lah, mesti dah berkepit 24 jam dapat suami handsome ala Brad Pitt ni tau…kalau tak melepas lah kau!
(Brad Pitt…handsome tak?..padan tak
dengan gaya Arif Firdaus?cool je..)
Arif tersenyum penuh makna. Dia suka tengok Indah menggelabah. Bila mata mereka bertentangan, saat itu juga dia mengeyitkan sebelah mata kepada Indah. Dia ingin menawan hati Indah sepenuhnya malam ini. Indah jadi tidak keruan. Jantungnya berdegup kencang. Ajaibnya hilang terus wajah Rayyan dari ingatannya. Wajahnya merona merah menahan malu.
“Indah Amanda…” tutur Arif sambil meraih jemari Indah. Dia masih tersenyum.
“You’re so beautiful tonight…” kata-kata Arif membuatkan Indah terbuai-buai. Dia membalas senyuman Arif hingga terserlah lesung pipit di kedua dua belah pipinya. Arif terpana dengan keindahan ciptaan Yang Esa di hadapan matanya. MasyaAllah…
“I want you to have this back…” Arif meletakkan satu kotak kecil berhias cantik di telapak tangan Indah.
“Ini hak Indah selama-lamanya…jangan sekali pun Indah tanggalkan cincin ini lagi mulai hari ini walau apa pun berlaku di antara kita,”Arif menyarungkan semula cincin berlian Habib Jewels yang pernah ditanggalkan Indah selepas perkahwinan mereka dulu.
(Cantik, kan!kan!...)
Indah sayu memandang cincin itu. Sangat cantik di jarinya.
Kenapalah aku ikutkan sangat hati aku ini sedangkan orang yang aku puja sudah pun menjadi milik orang lain. Walaupun kisah aku dan Rayyan bagaikan kisah Romeo and Juliet yang tidak kesampaian, saat hatiku untukknya, insan lain yang menghulur kasih. Rayyan lelaki pertama bertakhta di hatiku. Mr.Right?I think I’ll falling in love with him. But this man…my husband, the most sincere, handsome, humble, caring and understanding…. touch me deep inside…my heart beats faster every time we’re together or even when I thought about him. Insan ini juga yang memberi janji setia ke hujung nyawa, cinta dan bahagia selama-lamanya. Lalu kenapa aku begitu keras menafikan haknya sebagai suami? Kenapa aku tegar membiarkan rasa cinta dan bahagia itu berlalu pergi. Apa kurangnya dia. Apalah salahnya jika aku memberi ruang untuknya di hatiku. Ya Allah, ampunkanlah aku…sekiranya dialah imamku yang Kau pinjamkan di dunia ini…lahirkanlah rasa cinta dan kasihku untuknya demi keranaMu. Ada titis jernih mula gugur dari kelopak matanya.
Sayup-sayup kedengaran seseorang menyanyikan lagu yang pernah didengarinya suatu masa dahulu. Lagu Yang Terindah oleh Dakmie. Lagu Mr. Right bagi pada Indah dalam facebook. Indah tercari-cari suara itu. Arif tiada di tempat duduknya. Airmatanya mengalir deras.
Arif muncul dari tempat persembunyiannya sambil memetik gitar di tangan. Dia masih mendendangkan lagu itu sambil matanya tepat memandang Indah. Arif menapak perlahan-lahan ke arah Indah sambil tersenyum. Alahai…romatiknya…macam dalam filem pulak rasanya. Eh, Arif pun tahu lagu ni…bestnya! Siap nyanyikan kat aku lagi..terharu sangat. Indah tersengih-sengih membalas senyuman Arif. Airmatanya diseka perlahan.
Usai menyanyikan lagu untuk Indah, Arif mencapai tangan Indah dan membawanya ke suatu sudut. Indah menurut sahaja tanpa banyak soal walaupun dalam hatinya tertanya-tanya.
“Sayang, tengok depan tuh,”ujar Arif.
Indah tergamam sebaik sahaja matanya menurut kata-kata Arif. Dadanya berdebar-debar. Ada satu skrin besar di depannya. Ya Allah, jantungnya macam nak terkeluar sebaik sahaja dia membaca kata-kata yang terpapar di skrin lebar itu.
“Jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki itu
kan rahsia Allah. Kita memang selalu merancang tapi Dia yang menentukan.
Janganlah bersedih dengan ketentuanNya kerana mungkin Dia mengaturkan yang
lebih baik dari apa yang kita minta. Setiap perkara yang berlaku pasti ada
hikmahnya. Indah Amanda…please answer me, may I be your real Mr. Right? Will
you be mine?- Mr. Right a.k.a Arif Firdaus.”
“Ya Allah…abang?”
“Ya..sayang…”Arif tersenyum lebar penuh makna. Kepalanya mengangguk mengiyakan apa sahaja soalan bermain dalam fikiran Indah sekarang.
“Will you my dear?”
Indah tersenyum bahagia. Yes, I will! I’ll be yours till death do us part…bisiknya ke telinga Arif.
THE END- tamatlah alkisah Indah Amanda & Mohd Arif Firdaus...ok tak cerita ni?
No comments:
Post a Comment
Like it? Want more?
Your Motivation and Support are very much appreciated. Thank you for reading, peeps! :)