Followers

Friday 7 February 2014

CINTA KATAKAN SAJA 5




Part 5
 

"Mana bos awak, Sue? Tak sampai lagi?" sapa Dato Wan Mohd Yusoff agak keras pagi itu sambil melihat jam di tangannya.

Lima belas minit lagi ke angka sebelas pagi. Briefcase yang dibawanya dihempas agak kuat ke atas meja Sue Anne, Personal Assistant Syed Omar Daniel itu. Matanya menjeling ke arah bilik Pengarah Eksekutif milik Omar Daniel yang masih kosong dan bertutup rapat. Ini yang dia tidak suka. Hal peribadi jangan sesekali dicampur adukkan dengan hal syarikat. Bertindak gunakan akal bukan emosi.  

Be professional!
 
"Err...hi, morning Dato Wan. I pun tak tahu. I've been calling his mobile since morning Dato. Pagi tadi tak berangkat... and just now, I tak dapat call dah," kecut perut Sue Anne mencari alasan yang sesuai. Dia pun pening kepala kenapa bosnya itu belum masuk pejabat lagi. Selalunya tepat jam 9.00 pagi dia dah menyapa Sue Anne. Kalau tak masuk pejabat pun, dia pasti akan menelefon memberi makluman kepadanya. Pagi ini tiada berita langsung.

Dato Wan termenung mendengarnya. Dia sendiri tidak dapat menghubungi Omar Daniel pagi tadi. Ke mana pulak anak tirinya ini? Buat perangai lama balik ke? Bimbang juga pertelingkahan mereka malam semalam menyebabkan Omar Daniel berkerat rotan berpatah arang. Dia sedar dia yang bersalah dalam hal itu. Sudahnya malam tadi semua orang tidak menjamah langsung makan malam yang terhidang. Sampai ke pagi ini juga Datin Tengku Soraya, isteri kesayangannya itu merajuk dan tidak bercakap dengannya.

Pantang ditegur, semua nak merajuk! Hesh! Dia merengus dan menoleh ke arah Sue Anne semula.

"Did he knows we're signing contract with Megah Engineering after lunch meeting, today?" tinggi nada Dato Wan. Matanya bulat dan tepat memandang Sue Anne yang mula menggelabah.

Alamak! Dato Wan mesti ingat aku tak bagi tahu bos ni. Kenapalah malang nasib aku hari ni. Pagi-pagi tadi dah kena marah dengan Si Tonggek Kasut Tinggi tu. Cari bos jugak, sekarang kena dengan Dato Wan pulak. Sue Anne telan liur sambil tersenyum kelat. 

"I sudah inform dia semalam lagi Dato Wan, before dia keluar site visit project di Kuala Selangor tu. Email and SMS pun sudah Dato tapi..."

"Tapi apaa??" Serius muka Dato Wan.

Aduh! Boleh gugur jantung aku kalau hari-hari kena sergah macam ni. Nasib baik Dato Wan ni handsome orangnya. Rasa sejuk hati balik. Walaupun dah tua tapi nampak lagi segak dan mengancam. Awww! Eh, apa kena dengan taste kau ni Sue?

"Err...tapi.. dia tak reply pun Dato..Jadi, I pun tak tahu dia akan hadir ke tak meeting tu nanti," ujar Sue Anne lembut sambil tersenyum semanis mungkin. Suaranya sengaja dimanjakan sedikit. Mana tahu Dato Wan tergoda nanti.

"Get him! By hook or by crook..lunch meeting nanti, I want him there!" tegas suara Dato Wan memberi arahan. Senyuman di bibir Sue Anne mati. Kalut dia mendapatkan gagang telefon semula.

Owhh ooo! Bukan setakat gugur jantung silap haribulan tak berdegup lagi. Tersekat esofagus rasanya. Jangan nak berangan Sue Anne, buat kerja! Yang bos pun satu, susah sangat nak pasang telefon kat rumah. Tak ada privacy katanya. Buatnya telefon bimbit dia habis bateri, dah susah nak dihubungi...hmm...privacy la sangat, aku yang kena menjawab!

~~~~~~~~~~

"Rahmat, Hilton Hotel, PJ. Jam dua belas, saya ada lunch meeting kat sana," ujar Dato Wan kepada pemandu peribadinya.

"Okay Dato..."

Dato Wan Mohd Yusoff kelihatan bersandar di dalam kereta Mercedes Benz yang mula bergerak membawanya ke destinasi yang dimaklunkan tadi. Matanya terpejam rapat. Cuba melepaskan penat barangkali. Batuk-batuk kecil turut kedengaran. Sejak kebelakangan ini, kesihatannya sedikit merudum. Sebagai Pengarah Urusan Warisan Teguh Holdings, dia tidak punyai banyak masa untuk berehat dan memanjakan dirinya. Selagi berupaya dia akan laksanakan tanggungjawabnya. Dia sentiasa bersemangat, berani dan tegas dalam setiap kerja yang dilakukan. Kriteria itulah juga yang meyakinkan bapa mertuanya, Tan Sri Tengku Ismail, ayahanda Datin Tengku Soraya untuk melantik dirinya sebagai tunjang syarikat milik keluarga mereka sejak lima belas tahun lalu, lima tahun setelah pemergian Allayarham Syed Hazim Daniel, sahabat karib yang juga bekas suami Datin Tengku Soraya.

"Dato okay ke?" tegur Rahmat sambil menjeling menerusi cermin pandang belakang.

"Macam ni la Mat, kadang-kadang rasa penat juga bekerja ke hulu ke hilir ni,"perlahan saja jawapan Dato Wan sambil menahan batuk. Dia menutup mulutnya dengan sapu tangan kecil di tangannya.

"Kenapa tak serahkan saja pada Syed Omar, Dato. Biar dia yang uruskan semuanya. Dato bolehlah berehat je pantau dari rumah, pergi bercuti ke,"balas Rahmat.

"Duduk rumah saja tak buat apa Mat? Lagi cepat aku sakit rasanya. Dah tiga puluh lima tahun aku bekerja Mat...susah senang semuanya aku telan. Tak senang aku nak goyang kaki saja kat rumah tu. Bukan sekarang...sampai masanya, Syed Omar Daniel kena pikul juga semua tanggungjawab ni. Hah, tengoklah, sekarang ni pun tak nampak lagi batang hidung dia kat pejabat, macam mana nak uruskan syarikat? Huh!" Dato Wan mengeluh sedikit beremosi.

Rahmat diam. Dibiarkan Dato Wan menenangkan fikiran dan berehat semula. Dalam diam dia kagum dengan semangat yang tidak pernah luntur dari majikannya itu.

~~~~~~~~~~

"Lain kali kalau dah lewat sangat, tak payah datang. Perut pun dah masuk angin, selera pun dah mati!"

Memang sengaja ayat itu dilontarkan sebaik saja semua orang duduk menghadap makanan di meja makan. Entah kenapa bila nampak saja muka Omar Daniel dia jadi marah dan benci. Teringat semula apa yang Omar Daniel lakukan. Dia tak mampu lagi untuk terima dan memaafkan kesalahan Omar Daniel dua tahun lalu. Kehilangan seorang permata yang disayangi menambahkan lagi rasa kebencian yang terbuku di jiwa.

"Sorry Pa..Ma.. Om ada emergency just now, but you don't have to wait for me. Om dah bagitahu mama tadi kan, I'll be late. Kenapa tak makan je dulu.." Darah mudanya cepat saja menggelegak. Panas telinganya mendengar kata-kata Papa Wan membuatkan dia tidak betah untuk berdiam diri sahaja walaupun mama telah memberi isyarat supaya diam.

Memang Omar Daniel rasa bersalah bila menyedari mereka masih menunggunya untuk makan malam bersama. Ikutkan hati dia pun tak mahu datang tetapi sebab dah berjanji dengan mama terpaksalah juga datang ke villa.

"Alasan! Orang yang selalu bagi alasan memang tak pernah rasa bersalah. Bukan nak fikir pasal orang lain. If you can't make yourself punctual, you'll lose the game forever!"

"Eh, kenapa dengan you all berdua ni, pantang jumpa nak bergaduh. Depan rezeki ni tak eloklah macam ni. Jom kita makan dulu. Abang? Om?" Tengku Soraya mencelah. Kedua-dua wajah lelaki kesayangannya dipandang silih berganti. Risau perang dingin meletus lagi. Aleeya sejak tadi hanya diam.

Bosan! Dah start balik perang teluk ni, lambatlah boleh makan nampaknya, getus Aleeya masam.

Omar Daniel menolak kerusinya dan terus bangun. Wajahnya muram. Papa Wan memalingkan muka ke arah lain.

"Game, papa? You call this is a game? What game are you trying to play with me now? Seriously, Om tak faham. Setiap kali Om datang villa, ada saja yang tak kena di mata papa, ada saja yang papa tak puas hati!"

"Om...bukan itu maksud papa..duduk dulu sayang," mama cuba menenangkan dirinya lagi.

Omar Daniel menoleh memandang mamanya sayu.

"Om dah minta maaf berjuta kali, Om dah cuba berubah, but until now..you still don't want to accept it, papa nak suruh Om buat apa lagi ni? Melutut? Sembah kaki papa? I've done everything..everything! I am only asking for a chance.. a chance to make it right this time. Tak ada ke peluang tu untuk Om? Or you want to see me die, baru papa puas hati?"

"Abang, please...stop this! I can't bear this anymore. Kita dah hilang Audra, Aya tak sanggup.. hilang Om pula..please abang!" Airmata sudah berjujuran keluar dari mata seorang ibu yang tak sanggup lagi melihat keadaan itu. Jangan buat keputusan terburu-buru,Om, rintihnya.

Papa Wan hanya diam membisu. Ego menghalang dirinya untuk menyatakan kebenaran. Dia yang terlampau mengikutkan perasaan sampai hilang kewarasan.

"Two years..two years papa. Om rasa macam orang asing, rasa terbuang.. like i don't have a family..." Tengku Soraya teresak-esak mendengarnya. Hiba.

"Thanks for dinner mama.." diraih tangan mamanya untuk disalami dan dicium.

Rasa sebak dan kecewa bersatu. Dia terus keluar dari villa tanpa menoleh lagi walaupun mamanya memanggil beberapa kali. AudiTTRS itu terus memecut laju keluar dari Villa Syurga Idaman tanpa arah tujuan. Stereng kereta dihentak beberapa kali.  Damn it! Arghh!


Dari jauh lagi Omar Daniel sudah nampak Dato Wan keseorangan duduk di lounge hotel sedang membaca suratkhabar. Memang awal betul orang tua ni. Dia cuba berlagak professional. Seolah-olah kisah malam tadi tidak pernah berlaku. Nasib baik Mak Nah kejutkan dia tadi. Terkejut melihat lima belas panggilan tak dijawab daripada Sue Anne dan tiga panggilan daripada Dato Wan terpapar di skrin telefon bimbitnya setelah bateri dicaj semula. Terkocoh-kocoh dia bersiap, call Sue Anne balik dan terus ke Hotel Hilton. Setelah kejadian malam tadi, dia pulang ke rumah hampir jam dua pagi. Tidurnya terganggu apabila tetamu misteri di bilik sebelahnya asyik menjerit dan meracau dalam tidur. Sampai ke pagi dia berjaga. Tidak sedar pukul berapa dia terlena di atas wing chair di sebelah katil perempuan itu. Habis sakit badan.

"Dato Wan..assalamualaikum.." tegurnya sekali dan terus duduk berhadapan.

"Waalaikumsalam. You're late. Why?" tanya Dato Wan sambil meletakkan suratkhabar yang dibacanya. Kisah malam tadi cuba dilupakan.

"Err...sorry Dato. Well, i'm still early for this meeting, right. Pihak Megah Engineering pun belum sampai lagi," Omar Daniel senyum tanpa menjelaskan kenapa dia lambat. Fuhh, nasib baik trafik tak sesak sangat tadi, sempat dia pecut.

Dato Wan memandang jam di tangannya.

"Young man, ten minutes early is always late. Remember that!"

Alamak! Omar Daniel turut melihat jam di tangannya.  

"Got it and save dah kat sini Dato," jawab Omar Daniel selamba sambil menunjukkan kepalanya. Dato Wan hanya memandang tanpa kata. Dia dapat mengesan raut wajah Omar Daniel yang keletihan. Tak tidur ke malam tadi?

"Dato Wan! Syed Omar! Sudah lama sampai ke? Bincang apa anak beranak ni?" Belum sempat bertanya kepada Omar Daniel, mereka sudah disapa dengan klien yang ditunggu-tunggu.

Dato Wan tersenyum lebar sambil bangun bersalaman dengan Dato Dillon Tan, pemilik saham terbesar Megah Engineering Corporation.

Business first, deal with personal later, kata hatinya.

~to be continued~


Enjoy reading peeps, thank you :))

Love,
Arissa Adelia 

1 comment:

  1. What a material of un-ambiguity and preserveness of
    precious experience on the topic of unpredicted feelings.



    My web page :: power pressure cooker reviews

    ReplyDelete

Like it? Want more?
Your Motivation and Support are very much appreciated. Thank you for reading, peeps! :)