Followers

Thursday 21 February 2013

Saat Hatiku Untuknya 2

            Arif Firdaus membiarkan sahaja Indah menangis di bahunya. Bajunya basah dengan airmata Indah. Rayyan nama lelaki itu. Lelaki yang menjadi pujaan hati Indah. Hatinya tercalar dengan pengakuan Indah. Biarpun mereka juga berkahwin atas pilihan orang tua, namun Arif telah lama menyimpan perasaan terhadap Indah. 

           Dia cintakan Indah sejak dari mula ibu bercerita mengenai Indah. Malahan dia sanggup mencari facebook atau twitter atau apa sahaja tentang Indah Amanda di laman maya untuk mengenali gadis itu. Bonda Indah dan ibu berkawan rapat suatu masa dahulu sebelum mereka sekeluarga berpindah ke Australia kerana Abah menyambung pengajian dan terus bekerja di sana. 

Masa itu belum ada peranti perhubungan yang canggih seperti sekarang, ada internet, facebook, skype, twitter dan macam-mcam lagi untuk berhubung, lalu mereka terputus hubungan. Sekarang semuanya di hujung jari sahaja. Arif Firdaus berusia empat tahun ketika itu dan Indah satu tahun dua bulan. Indah baru boleh berjalan, kata ibu. Foto Arif memimpin tangan Indah berjalan masih tersimpan kemas dalam simpanannya. She is so adorable! Ibu juga menceritakan Arif memang tidak boleh berenggang dengan Indah setiap kali berjumpa. Setelah hampir dua puluh tahun di negara orang, mereka pulang semula ke Malaysia. Dua tahun juga Ibu berusaha menjejaki Bonda Indah semula. Akhirnya hubungan mereka bertambah erat dengan ikatan perkahwinan ini. Tetapi mampukah takdir itu menyatukan hati mereka berdua? Mampukah cinta itu hadir dan menyulam rasa bahagia? Arif mengeluh memikirkan nasib masa depan mereka. 

Aku akan cuba sedaya upaya untuk memenangi hati Indah, tekadnya. Dia mula tersenyum. Hatinya juga berbunga ria. You are my Prince Charming, my dear... teringat kata ibu suatu ketika dulu. Eh, perasan diri sendiri pula!

~~~~~~~ 
Mr. Right
Indah terus mencari dan mencari lagi. Jari jemarinya laju menaip di laman google search itu. Dia cuba mencari lagi menerusi facebook. Eh, kenapa dia tak ada lagi dalam friend list aku nih? Dah unfriend akukah?Kenapa pula? Mana Mr. Right nih...dia marah ke sebab aku tak reply mesej dia hari tu? Indah tertanya-tanya sendiri

Sudah enam bulan mereka berhubung melalui facebook dan berkongsi cerita. Yang pasti Indah la yang banyak meluahkan perasaannya. Indah rasa selesa berkawan dengan Mr. Right di alam maya. Selepas Rayyan putuskan hubungan dengannya, dia malas untuk menghubungi sesiapapun kecuali Mr. Right. Hanya Mr. Right yang tahu remuk redam hati Indah. Betapa Indah kecewa dengan Rayyan. Macam-macam nasihat dan kata-kata semangat diberikan untuknya. Dek menangisi apa yang berlaku juga, Indah tidak pernah sekalipun menyatakan berita perkahwinannya dengan Arif.

Indah membuka semula mesej terakhir yang diterima daripada Mr. Right kira-kira dua bulan lalu sebelum dia berkahwin dengan Arif.

“Jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki itu kan rahsia Allah. Kita memang selalu merancang tapi Dia yang menentukan. Janganlah bersedih dengan ketentuanNya kerana mungkin Dia mengaturkan yang lebih baik dari apa yang kita minta. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.”- Mr. Right – Oktober 29, 2011. 
  
     “Indah Amanda…dengarkanlah lagu ini ya..then, please answer me, may I be your real Mr. Right? Will you be mine?”- Mr. Right – November 1,2011. 

     Indah terpinga-pinga. Rupanya dia masih belum membaca mesej itu lagi. Kenapa soalan itu yang diajukan Mr. Right? Dia sukakan aku pula ke?Layan ajelah lagu ni dulu...lagu Yang Terindah oleh Dakmie. Dia terus menekan ikon play dan cuba memahami apa yang dimaksudkan oleh Mr. Right dalam lagu itu. Sebelum ini belum pernah pula Mr. Right meluahkan perasaannya.


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah




        Sekali lagi airmatanya gugur satu persatu. Bait-bait lagu itu seolah merentap tangkai hatinya. Sekiranya dia tidak terus melayani perasaan, pasti mesej itu telah lama dibacanya. Pasti Mr. Right yang menjadi suaminya kini bukan Arif, lelaki yang terlalu asing padanya. Indah kesal. Dia ingin sekali membalas mesej itu tetapi Mr. Right sudah tiada di alam maya. Walaupun tidak pernah bersua muka, Indah dapat rasakan Mr. Right amat mengambil berat tentang dirinya. 
Merajukkah dia? Akukah yang bersalah?Ya Allah, aku tidak tahu dia menaruh perasaan padaku.


to be continued... 


No comments:

Post a Comment

Like it? Want more?
Your Motivation and Support are very much appreciated. Thank you for reading, peeps! :)