Followers

Sunday 12 January 2014

CINTA KATAKAN SAJA 4

Salam all lovelies,

So, fantastic weekend? Hope so. Alhamdulillah.
Actually, i did all my writing and manuscript in format Ms Word. As required by publisher, i follow! But, every time nak post kat blog, I have to retype again. Tak boleh copy paste je coz nanti format lari. (Anyone knows any short cut or not? Can help me?) Masalah problemnya, bila type semula in blog, i keep changing the story as idea lain pulak tetiba datang and viceversa. Jam! Kalau jadi macam tu, I have to change my story at Ms Word too. Heshh, itu la cabaran yang tak mampu dielak buat masa ni. Okay, stop my ramblings, jumbo mumbo, potpet2 whatever ni. Bukan masalah negara pun kan, hope i will find a better solution. Hahaha.. so, here's the next series! :))




Part 4

Sebaik saja kereta BMW berwarna hitam itu memasuki perkarangan hospital terdekat, tiba-tiba kelihatan kereta itu keluar semula dan berhenti di bahu jalan di luar pagar hospital. Syed Omar Daniel teragak-agak untuk menghantar perempuan itu ke hospital. Apa yang harus dijawab nanti apabila ditanya oleh pegawai perubatan hospital tentang perempuan tu? Apa yang terjadi? Tak tahu? 

"Saya jumpa dia atas pangkin bus stop tak sedarkan diri." Memang itu kenyataannya tapi tidak semudah itu mereka akan percaya.

Purse, Mykad ke lesen memandu ke atau apa-apa saja yang boleh memberi maklumat pengenalan diri tentang perempuan itu tak ada langsung bersamanya. Mesti kena buat laporan polis nanti. Panjang berjela pulak ceritanya. Kena soal siasat macam-macam. Kalau kes kena perkosa macam mana? Silap hari bulan tersalah cakap dia pulak yang jadi suspek. Lagi parah kalau muncul papparazi atau wartawan tak habis study, i'm so dead!

Niat nak membuat kebaikan jadi kontroversi pulak. Berita macam ini cepat saja dihidu dan disensasikan. Dengan sekeping gambar saja cukup untuk gegarkan dunia. Sekelip mata hal peribadi menjadi tontonan umum. Sekali lagi terpampang wajah yang pernah digelar media "The Most Eligible Bachelor" nidi dada akhbar dan menjadi tajuk utama. Gila tak bangga? Bukannya dia mengkritik profession kewartawanan itu, tapi sekarang dia lebih berhati-hati kerana musuh dalam selimut ada di mana-mana yang bersedia untuk menjatuhkannya. Mereka yang suka menangguk di air yang keruh inilah musuh paling utama yang akan merumitkan lagi keadaan.

Kalau berita yang sejahtera memang wajar kehebatan mereka menyebarkan informasi dipuji dan diberi kredit. Tapi berita yang sebegini Omar Daniel yakin akan jadi kontroversi. Kredibiliti dan imejnya pasti tercalar semula. Lebih teruk empayar peniagaan warisannya akan turut terkena tempias. Apa yang berlaku dua tahun lalu masih segar di ingatan masyarakat. Dia mengeleng-ngelengkan kepalanya.

No! No! I can't do this! I worked hard to get the proud back and I won't let this ruin my life again.

Dua tahun lalu Warisan Teguh Holdings mungkin hanya akan tinggal nama dan menjadi sejarah ikon perniagaan. Hampir lumpuh sepenuhnya. Saham syarikat turun mendadak. Paling mengecewakan dia menjadi waris pertama yang menjatuhkan empayar itu setelah usaha nenda, arwah papa dan Papa Wan menjadi kebanggaan.

"Nak betulkan keadaan ni bukan macam guna liquid paper Syed Omar Daniel! Not even an eraser can erase the mistake you did. The option is yours. Stay, change and prove it. Giving up is simply not the option at all, young man!"

Kata-kata yang memberi kesan hebat kepada jiwa dan emosinya. Tersemat kukuh ayat Papa Wan yang tak mungkin dia lupa sampai bila-bila. Pantang dia menyerah sebelum berjuang! Dia nekad untuk buktikan dia boleh berjaya. Mendapatkan semula kepercayaan ahli lembaga pengarah dan klien utama syarikat bukan satu kerja yang mudah walaupun Papa Wan juga sudah dikenali dan berpengaruh besar.

Teringat semangat dan kata-kata seorang pejuang bangsa yang tidak pernah putus asa semasa menyiapkan tugasan di universiti dulu, Nelson Rolihlahla Mandela atau Nelson Mandela mantan Presiden Afrika Syarikat, "The greatest glory in living lies not in never falling, but rising every time we fall," membuatkan dia sanggup mengenepikan dulu kepentingan peribadi asalkan Warisan Teguh Holdings kukuh berdiri setaraf gergasi perniagaan yang lain semula.

"Allahu Akbar Allahu Akbar!" Laungan azan maghrib di corong radio mengembalikan Omar Daniel ke alam realiti yang belum selesai.

Arghh! Hatinya menjerit. Nak hantar perempuan ni ke mana? Omar Daniel bingung. Dia meramas rambutnya sendiri. Perempuan itu perlukan rawatan segera. Hah, pengsan tak bangun-bangun ni. Risau jugak. Kalau dia mati dalam kereta ni macam mana? Hesh!

Dia menoleh ke arah penumpang di sebelahnya. Tak berapa jelas kerana mukanya berpaling ke sebelah kiri. Pengsan ke tidur ni? Dahinya berkerut.

"Cik!" Dia cuba menggoyangkan bahu perempuan itu sekali lagi. Mana tahu dia buat-buat tidur je ke?

"Cikk!!!" Diambil tangan perempuan itu dan rasa nadinya. Sah! Dia tidur je ni. Tapi lemah je nadi dia tu. Omar Daniel kalut semula. Okay, check lagi sekali.

Masih tiada respon.

Tak pasal-pasal aku terlibat dalam kes ni. Semak otak la! Menyesal tak ajak lelaki tadi sekali ke hospital. Dia yang jumpa perempuan tu dulu, biar dia saja yang bersoal jawab dengan pegawai hospital. Nama dia pun aku tak tanya! Omar Daniel mengeluh sendirian.

Ya Allah, tolonglah..apa aku nak buat ni? Entah kenapa otak dia rasa macam dah beku dan tak boleh berfikir apa-apa dah. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar dan lagu Hoobastank, The Reason kedengaran.
"I'm not a perfect person
There's many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you"

Bukan jiwang ya tapi lagu ni beri makna tersendiri padanya. Omar Daniel ceria melihat nama pemanggilnya. Doktor Sherina! Tingg! Otaknya berfungsi semula. Allahu Rabbi, syukur, tepat pada masanya.

"Assalamualaikum, Om."

"Waalaikumussalam, Aunty. Err..Aunty,I need your help. Aunty datang rumah Om sekarang boleh?"Terus dia ajukan soalan itu. Maksudnya dia akan bawa balik perempuan itu ke rumahnya? Dia jongket bahu. No choice. At least, sampai perempuan itu sedar semula, fikirnya.

"Om kenapa cemas je ni?" Hesh, budak bertuah ni. Belum apa-apa dah bagi arahan pergi rumah dia. Doktor Sherina sedikit terkejut.

"Kawan Om..err...injured."
"So, kenapa tak hantar dia ke hospital?"
"Aunty datang dulu ya. Please. Nanti Om ceritakan..ohh, by the way, kenapa Aunty call Om ni?"
"Bertuah betul budak ni, baru dia nak tanya. Saja je Aunty nak tanya khabar Om. Om pun lama tak jenguk Aunty.."bebel doktor itu di talian.
"Alaa...Aunty bukan tak tahu kan, Om busy lar. Lately, banyak projek Om kena handle," balas Omar Daniel sambil ketawa kecil.
"Hmm...iya la tu. Okay, Aunty baru nak keluar IKEA ni. So, boleh la Aunty singgah rumah Om sekejap tengok kawan tu. Lucky I always bring along my medic bag. I'll be there less than 20 minutes." 
"IKEA? That was so good! Aunty cepat ya, Om tak tahu nak buat apa. She is still unconscious."
"What? She?" terkejut Doktor Sherina mendengarnya. Perempuan? Siapa pulak kali ni?
"Jumpa kat rumah ya, Aunty. Bye!" cepat-cepat talian dimatikan.  Soalan doktor itu dibiarkan begitu saja.

Doktor Sherina mengeleng-ngeleng kepalanya. Arif benar dia dengan sikap Omar Daniel yang tidak suka berbual panjang di telefon. Urusan business pun dia lebih suka berdepan katanya lagi senang membaca riak klien, musuh atau kawan.

Kereta Omar Daniel meluncur laju. Jarak dari hospital ke rumahnya hanya lebih kurang empat kilometer saja. Lima minit kemudian dia sudah melalui Jalan Margosa, Bandar Sri Damansara. Alat kawalan jauh pintu pagar automatik ditekan dan keretanya tidak ke garaj seperti kebiasaannya tapi terus berhenti betul-betul depan pintu masuk rumah. Hon dibunyikan. Tak lama kemudian pintu kayu berukir cantik itu terbuka dari dalam.

"Mak Nah, Om jumpa dia ni tak sedarkan diri tadi. Sekejap lagi Doktor Sherina sampai. Tolong dia apa yang patut," kata Omar Daniel kepada seorang wanita pertengahan umur yang juga pembantu rumahnya. 

Mak Nah melihat saja Omar Daniel mengangkat seorang perempuan dari tempat duduk penumpang keretanya dengan penuh tanda tanya. Namun langkahnya tetap jua mengekori Omar Daniel ke tingkat atas ke bilik tetamu.

"Siapa ni, Om? Kenapa dia jadi macam ni?" Dari tadi Mak Nah mahu membuka mulut bertanya tapi takut dikatakan Omar Daniel mahu menyibuk hal dia pula.

"Om pun tak tahu Mak Nah. Tunggu dia sedar dulu baru kita tahu. Mak Nah tolong..."
Ayatnya mati di situ  sebaik saja dia membaringkan perempuan itu perlahan-lahan di atas katil. Omar Daniel terpaku. Oh my...Tiba-tiba dadanya berdebar-debar. Terasa macam ada renjatan menyentap adrenalinnya. Wajah itu direnung lama-lama. Iras seseorang yang amat dikenali tapi hatinya tidak berani mengiyakan. Pelanduk dua serupa kut. Subhanallah. Terpesona dengan kejelitaan semulajadi dan keindahan ciptaan tuhan. She is so beautiful. Tadi dalam kereta dia hanya dapat melihat dari tepi saja lagipun dah gelap.

"Tolong apa, Om?" Suara Mak Nah membuatkannya tersentak. Kacau daun la Mak Nah ni.
"Hah? Apa dia Mak Nah?" Hilang ingatan tiba-tiba.
Aik, dia tanya kita balik. Mak Nah senyum. Bukan dia tak perasan tadi Omar Daniel asyik merenung perempuan misteri itu je.
"Tadi kan Om minta tolong Mak Nah, nak tolong apa ni?"
Betul dia sudah hilang ingatan. Tak ingat apa yang dia nak cakap tadi. Omar Daniel pandang Mak Nah sambil tersengih.
"Err...aaaaa...Nanti Mak Nah tolong tengokkan dia ni ya. Om nak mandi dan solat dulu," cepat-cepat dia jawab. Malu juga kalau Mak Nah perasan tadi.
Memang pun! Mak Nah senyum balik padanya penuh makna.
"Ya la Om..."

Omar Daniel kembali memeriksa keadaan perempuan muda itu. Dia masih ingat rawatan kecemasan yang diberikan untuk teman kuliahnya dulu, Abigail Johnson seorang gadis dari Scotland yang pernah pengsan gara-gara menahan lapar kerana nak kurus. Masalah betul dengan perempuan kalau nak kurus sanggup tak makan.

Nak kena bagi CPR ke ni? Periksa nadi dia dulu. Dekatkan pipi ke hidungnya dan rasakan pernafasan ade ke tak. Lebih kurang macam ni la kut, fikir Omar Daniel sambil bercakap seorang diri. Tak perlu CPR rasanya sebab dia masih bernafas dengan baik cuma lemah saja. CPR atau "Cardiopulmonary Resuscitation" adalah gabungan khidmat kecemasan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada untuk mangsa yang tidak boleh bernafas atau aliran darah tidak cukup biasanya untuk mangsa serangan jantung, tercekik atau lemas. Heh, rasa macam doktor pulak. Entah betul ke tak, tapi sedikit sebanyak ilmu sebesar kuman ni mampu jugak membantu. Kalau terpaksa buat CPR tu boleh je. Part yang bagi pernafasan mulut ke mulut tu. I'm willing! Omar Daniel sengih. Amboi! Heh, gatal-gatal kucing dah datang.

Mak Nah hanya memerhati saja dari belakang. Tunggu arahan saja. Dia pun tak tahu apa nak dibuat kalau dah terbujur kaku macam itu rupanya.

"Firstly, baringkan mangsa perlahan-lahan...sudah! Tinggikan bahagian kaki sedikit lapik dengan bantal atau selimut yang boleh membantu peredaran darah berjalan lancar. Longgarkan pakaian untuk bagi ruang pengudaraan yang baik. Hesh! Part ni boleh skip." Omar Daniel senyum simpul. Bukan tak biasa tapi takut tergoda you! Dah la putih melepak dia ni. Biar doktor dan Mak Nah la yang buat nanti. Iman tak kuat lagi. Ya ampun!

"Lepas tu periksa ada cedera, luka atau patah ke tidak. Bahagian ini pun biar doktor yang lebih arif la periksa dia. Lebam sana sini macam teruk je. Last but not least, pastikan pengaliran udara bersih...done!"

Comforter ditarik ke atas hingga separas pinggang perempuan itu dan suhu penghawa dingin dinaikkan sedikit supaya tidak terlalu sejuk. Sleep well, beauty. 

"Mak Nah jangan tinggalkan dia ya takut dia sedar nanti tak ada orang pulak. Ada apa-apa panggil Om cepat!"
"Baiklah, Om. Senyum je dari tadi Mak Nah tengok, kenapa?"
"Eh, mana ada, Mak Nah! Tengok, Om serius ni! Om mandi dulu la,"jawabnya sambil tersengih sebelum beredar dari bilik itu. Aduh, Mak Nah perasan ke?

~~~~~~~~~~~~~~~

"Call me as soon as she is awake, okay. Dia mungkin trauma lagi dengan apa yang berlaku. Jangan tanya apa-apa lagi. Biar dia rehat dan tenang dulu. Tadi dia dah sedar but still weak. Everything has been done, dear and I dah bagi dia satu suntikan supaya dia boleh rehat secukupnya," kata Doktor Sherina setelah tugasnya selesai.

Omar Daniel mengangguk. Tangan bersalaman tanda terima kasih. Dia memeluk bahu Doktor Sherina. Soal bayaran tidak perlu risau. Hantar saja bil kepada Personal Assistant (PA) Omar Daniel, segalanya beres.

"Om, you should bring her to hospital at the first place. Ada fasiliti lengkap, doktor dan jururawat yang boleh memantau dia dengan sempurna," kata Doktor Sherina lagi. Omar Daniel dah macam anaknya sendiri. Wajar dia menasihati atau memberi teguran.


Syed Omar Daniel hanya senyum. Dia faham maksud doktor itu tapi dia tak boleh ambil risiko sekarang.
"I have my own reason, Aunty. Hey, you're the best doctor I've ever known." 

Doktor Sherina senyum sambil memandang anak muda di hadapannya. Kenapa agaknya Omar Daniel beria-ia benar menolong perempuan muda itu, dia cuba meneka.

"Bukan sebab itu, tapi kalau di hospital prosedur rawatan lebih lengkap. Om faham, kan? Anyway, I've done my best. Kalau ada apa-apa esok bawa dia ke Pusat Rawatan An-Nur untuk pemeriksaan lanjut, okay?" Omar Daniel angguk.
"Err..Om..Who is she? Om tahu siapa punya kerja ni?" Tak mampu membendung perasaan ingin tahunya, doktor itu bertanya juga.

Omar Daniel sudah dapat mengagak soalan itu.
"A friend of mine, Aunty. Om tak tahu siapa yang buat dan tak pasti apa yang berlaku sebenarnya." Betul la tu jawapannya cuma "kawan" tu saja sedikit meragukan.
"Bukan special girlfriend?" Doktor itu cuba lagi untuk serkap jarang. Dia syak ada sesuatu yang tak kena. 

Omar Daniel hanya ketawa mendengarnya. Special? Dia pun tak kenal siapa perempuan itu. Bila masa pulak, kan. Satu lagi, kalau itu adalah perempuan yang dicintainya, sampai ke lubang cacing dia pasti akan cari keparat yang buat semua ini.

"Not yet Aunty, but who knows!" Sebenarnya dia cuba menjaga kepentingan tetamu misterinya itu supaya Doktor Sherina tak syak apa-apa. Walaupun doktor itu boleh dipercayai, Omar Daniel rasa dia tetap perlu berhati-hati.

"Dia tak ada family?" Ah, soalan ni susah nak jawab. Entah la, Aunty tapi ayat yang terpacul dari mulutnya lain pulak.
"Nope!" Sudah! Tipu sunat boleh tak? Dosa kering dapat, dosa basah pun dapat. Nasib baik Aunty Sherry tak tanya lebih-lebih dah lepas tu. Fuhh!

Doktor Sherina senyum sambil mengeleng-ngeleng kepalanya.
"Omar Daniel, yang ni yang ke berapa dah? Aunty ni dah lama teringin nak makan nasi minyak, tau tak?"
"Laa..My darling Aunty Sherry, kenapa tak cakap awal-awal? Anytime  Om boleh order aje."
Pecah tawa mereka berdua.
"Aunty nak makan nasi minyak Om la, bila lagi..Jangan sampai terlajak nanti tak ada orang nak pulak."
"Siapa yang tak nak dekat Om tu mesti menyesal seumur hidup, Aunty," Omar Daniel ketawa lagi.
"Amboii...eksen ya!"
"Tak..tak baik berlagak, kan. No lar Aunty..belum jumpa yang sesuai dengan jiwa Om. Tak sempat nak fikir pasal ni lagi. Not yet...but who knows!" sekali lagi terpacul ayat itu dari mulutnya sambil ketawa. Doktor Sherina hanya mengeleng kepala.

"Aunty Sherry!!"
"Yaaa!"Baru saja doktor itu nak melangkah masuk ke perut keretanya, Omar Daniel memanggilnya semula.
"Pleaseee okay!" kata Omar Daniel sambil memberi isyarat mata dan satu jari kelingkingnya. Tadi dia dah cakap cuma nak ingatkan Aunty Sherry sekali lagi.
"Your secret save within my tummy, Om," jawab Doktor Sherina sambil tersenyum dan beredar.

Sepuluh minit kemudian, Syed Omar Daniel memandu pula AudiTTRS2.5 berwarna putih keluar dari kediamannya. Dia sudah lewat setengah jam. Makan malam di Villa Syurga Idaman tepat jam 8.00 malam. Tapi mama sudah maklum yang dia lambat. Lima belas minit saja diperlukan sekiranya trafik lancar. Dia memilih untuk melalui lebuhraya, walaupun agak jauh tapi dia dapat mengelak banyak lampu isyarat di jalan biasa. Dia memecut Audi kesayangannya ke tahap optimum.

AudiTT RS kesayangan Syed Omar Daniel. Perghh! Kan..kan?
~~~~~~~~~~~


Wajah itu menjelma lagi silih berganti. Mak Long Siah, Abang Khairil, Pak Long Hashim dan Malik. Nisa dengar Mak Long Siah memanggil-manggil namanya.

"Nisa, jangan tinggalkan Mak sayang. Kita pergi hospital ya. Mak sayang Nisa. Mak percaya cakap Nisa!" berulang kali dia mendengar kata-kata itu.

Di suatu sudut, dia melihat seorang perempuan berambut panjang sedang menangis teresak-esak. Seorang lelaki tua yang garang menghantuk kepalanya ke tiang seri rumah. Dahinya tepat mengenai bucu tiang kayu empat segi itu. Darah. 

"Nisa...Nisa...kau milik aku, Nisa!" tiba-tiba wajah Malik menjelma. Dia menggigil ketakutan. Dia lari sepantas yang mungkin tapi Malik tetap mengejarnya.
"Pergi! Pergi! Pergi kau Malik! Aku benci kau!!"

Lelaki tua dengan wajah bengis itu pula datang. Dia semakin ketakutan. Pipinya ditampar berkali-kali. Marah benar dia.
"Pak Long, Nisa tak salah! Nisa tak salah!"

"Nisa, mak sayang Nisa. Mak percayakan Nisa!" suara Mak Long Siah muncul lagi. Abang Khairil sedang memandu. Nisa tak pasti arah tujuan.
"Ya Allah!!!" Tiba-tiba terdengar laungan Abang Khairil dan dentuman kuat. Lepas itu, sunyi sepi. Tiada siapa di situ. Sepasang tangan kasar menariknya keluar dari kereta. Malik?

Tidakk! Tidakkk!!! Dia menjerit dan menjerit lagi sekuat hatinya. Tangannya memukul-mukul Malik. Airmata laju mengalir ke pipi.

"Cik!"
"Cikkk!!!" Nisa terdengar seseorang memanggilnya. Dahinya berpeluh-peluh. Dia rasa penat berlari. Kakinya rasa sakit mencucuk-cucuk.
Tangannya disentuh. Bagaikan ada kekuatan dia menepis.
"Jangan..jangaan Malik! Aku benci kau! Aku benci kau!!!" suara Nisa menggeletar bersama ketakutan yang amat.

"Shuuhh...shuuhhh..you're safe now. Malik dah tak ada...awak selamat...awak selamat di sini," Omar Daniel tak tahan lagi melihat keadaan itu. Sedih. Tak kan nak biarkan saja? Panggil beberapa kali pun perempuan itu tidak sedar. Dia memegang kedua-dua belah tangan perempuan itu dan cuba menenangkannya. Dia mungkin masih trauma, kata Doktor Sherina tadi.

Sejak awal lagi Omar Daniel resah. Dia langsung tak boleh lelapkan mata sepanjang malam mendengar perempuan itu menjerit, meracau-racau dalam tidur di bilik tetamu sebelah biliknya. Tentu Mak Nah pun tak boleh tidur. Kasihan orang tua itu terpaksa berjaga malam. Langkah kakinya terus menuju ke bilik sebelah.

"Om...Mak Nah tak tahu nak buat apa...panggil pun dia tak dengar." Jelas sekali wajah keletihan Mak Nah. Baru dia mengiyakan apa yang Doktor Sherina katakan tadi. Pasti tidur mereka tak kan terganggu jika dia membawa perempuan itu ke hospital kerana ada jururawat yang bertugas memantau pesakit.

"Tak apa la, Mak Nah pergi tidur ya. Biar Om yang jaga dia pulak." Mak Nah teragak-agak tapi akur juga kerana badannya yang dimamah usia tak mampu bertahan lagi. Matanya terus pejam sebaik saja merebahkan badan di sofa panjang yang berada di luar bilik. Sekurang-kurangnya dia akan cepat terjaga kalau ada apa-apa nanti. Tak sedap hati pula membiarkan Omar Daniel menjaga perempuan itu seorang diri.

"I'm with you now...awak selamat di sini. Tiada siapa pun boleh ganggu awak. Malik sekalipun!" Memang dia maksudkan kata-kata itu.

Suara itu berbeza. Milik siapa? Entah kenapa dia rasa tenang dan selamat. Bayangan Malik sudah tiada. Wajah Pak Long Hashim dan Mak Long Siah juga hilang. Aman. Matanya masih tertutup rapat. Tak berani melihat realiti lagi. Sesekali kedengaran esakan yang masih belum reda tapi nafasnya tidak berombak seperti tadi. Terasa dia dibawa ke tempat yang sangat cantik. Tenang dan damai. Biarlah ingatan tentang mereka yang membuatnya sengsara juga lenyap. Dia tersenyum dalam tidurnya.

"Terima kasih..." 
Antara sedar dan tidak Nisa mengucapkan kalimah itu sebelum dia lena semula. Omar Daniel tersenyum lega. 
"No need to say anything just sleep well, beauty." 


~To be continued~

Thank you for reading, my lovelies. :))

No comments:

Post a Comment

Like it? Want more?
Your Motivation and Support are very much appreciated. Thank you for reading, peeps! :)