Followers

Friday 20 December 2013

CINTA KATAKAN SAJA 2

Jeng Jeng Jeng! Ni la hero yang Arissa pilih..tak berkenan? Alamak..nak hero mana? hahaha

PART 2

SYED OMAR DANIEL memandu perlahan memasuki perkarangan masjid. Keadaan agak lengang memandangkan waktu solat Asar dah nak habis. Dia mencari parkir yang terdekat dengan pintu masuk ke masjid dan terus bergegas keluar, ambil wuduk lalu menunaikan solat. Khusyuk sekali. Sudah agak lama dia tak berkesempatan untuk berjemaah di masjid kerana urusan pejabat yang tak pernah surut. Malah jadual hariannya juga semakin padat sejak kebelakangan ini.

Alhamdulillah, sekarang aku dah berjaya solat penuh lima waktu. Kalu dulu satu waktu pun payah sekali. Bukan tak tahu solat tapi tak pernah buat. Kekok kerana dah lama tinggalkan amalan. Bila rasa iman naik sikit adalah satu waktu je. Itu pun acuh tak acuh je. Tak pun kena marah dengan Papa Wan dan Mama. Solat pun laju macam lipas kudung, kejap je dah siap. Macam tak solat la jugak. Bila lalai, leka dengan duniawi bukan solat je lupa. Semua tentang agama pun lupa.

Dosa? Tak rasa apa-apa pun.

Terngiang-ngiang tazkirah tentang solat di cuping telinganya.

"Walau sibuk macam mana pun, jangan abaikan solat. Sepuluh minit untuk solat tu lebih penting dari segala urusan yang kita buat. Wajib. Selagi hayat kita dikandung badan dan tak gila, akal masih lagi siuman.. tak ada sebarang alasan untuk kita tinggalkan solat."

Dalam tazkirah Ustaz Hakimi di masjid suatu ketika dulu ada juga menyebut :

"Semua orang islam tahu solat tu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat sesungguhnya dia telah mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama, tapi yang susahnya kita nak terus istiqamah menunaikannya. Apatah lagi nak solat di awal waktu."

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Luqman, Ayat 17 :

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."

Usai solat Omar Daniel menadah tangan dan berdoa memohon keampunan, ketetapan iman, memanjatkan kesyukuran dan memohon kebahagiaan untuk semua yang dikasihinya. Tak lupa doa dan Al-Fatihah buat arwah papanya Syed Hazim Daniel dan arwah adiknya Wan Nur Audra agar sentiasa dicucuri rahmat Allah dan berada di kalangan orang-orang yang beriman.

Jiwanya rasa lebih tenang berbanding setahun dulu.

"Ustaz, tolong saya..saya dah jauh sesat..saya..saya banyak buat dosa ustaz. saya derhaka pada orang tua, tak pernah solat, puasa, kaki perempuan, macam-macam dosa lagi saya buat ustaz!"

"Tangan saya ni, tangan saya ni kotor ustaz. Saya banyak beri rasuah dalam business. Allah masih terima ke taubat orang macam saya ni ustaz?"ujarnya dalam linangan airmata.

"Tak ada orang yang tak berdosa Omar, kecuali junjungan besar Rasulullah SAW. Kita bukan maksum. Alllah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Sykurlah Omar dah sedar sekarang. Kembalilah ke jalan Allah dan bertaubatlah,"balasUstaz hakimi sambil menepuk bahunya perlahan.

"Sebenarnya, saya..saya..saya sebenarnya yang sebabkan kematian Audra. Saya nodai adik saya sendiri, Ustaz!"

"Saya mabuk malam tu hinggakan saya tak kenal dia siapa. Kerana benci dan marah pada saya dia keluar dari rumah dan terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya. Saya tak dapat maafkan diri saya sampai bila-bila pun ustaz..." tiba-tiba Omar Daniel meluahkan keperita.n yang terbuku di dada. Wajahnya suram.

"Astagfirullah hal adzimm..." Ustaz Hakimi mengeleng-ngeleng kepalanya.

"Saya yang salah ustaz tapi kenapa Allah ambil dia dari kami. Saya yang salah..saya yang berdosa..dia tak salah apa-apa pun. Dia mati kerana saya ustaz! Saya pembunuh! Saya yang bunuh dia!"

Omar Daniel menangis teresak-esak. Sesekali dia memukul dirinya sendiri. Kepalanya dihantuk ke dinding hingga berdarah. Rasa macam nak bunuh diri je.

"Ya Allah! Sabar Omar. Sabarr..jangan salahkan diri kamu lagi!" Ustaz Hakimi memegang kedua-dua belah bahu Omar Daniel dan cuba menghalang perbuatannya.

"Bertaubatlah Omar..itu ubat paling mujarab untuk hati kamu."

"Omar, kita wajib percaya pada qada' dan qadar tuhan. Setiapa apa yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Sebab itu juga Omar berada di sini bukan di kelab-kelab malam yang selalu Omar pergi dulu."

Terasa benar Omar Daniel dengan kata-kata Ustaz Hakimi itu. Dia terduduk di tepi dinding masjid.
Terasa? Memang patut pun! Dulu kelab-kelab malam la pilihan utama aku nak lepak, berhibur dan release tension. Konon. Hidup hanya fikir nak seronok dan enjoy je. Bangga bila jadi pujaan gadis-gadis dan disanjung tinggi teman-teman.

Dari dulu hidupnya mewah tak pernah merasa kesempitan. Dia tak pernah fikir dosa atau pahala. Di usia muda lagi, dia dah berkedudukan tinggi. Tak perlu nak mendaki dari bawah. Harta peninggalan arwah papanya melimpah ruah. Perempuan? Petik jari je. Pasti berduyun datang.

Ah, semuanya kerana poket aku!

I'm still young. So, shut up, just enjoy life! Itu prinsipnya dulu. Teguran dan nasihat Mama tak pernah masuk ikut telinganya. Paling pantang bila Papa Wan, bapa tirinya yang tegur. Pasti dunia macam nak kiamat. Kerana dendam dan dengki Papa Wan jadi orang paling dibenci.

"Kubur masing-masingkan..lantak aku la. I'm not your son! I repeat i'm not your son! Kau jangan ingat Papa dah serahkan Mama dan harta dia, kau boleh berlagak. Eh, ada hati nak nasihat aku pulak!"

"Hello old man..kau ingat sikit ya, tanpa harta Papa siapa kau sebenarnya. Merempat!!

"Omar Daniel! Watch your mouth!" tengking Mama mencerlung tajam padanya. Mama dah tak boleh bersabar lagi. Papa Wan hanya diam. Terasa juga dia.

"No Mama..NO! Not this time.. I've been waiting for this time so long. Apa nak jadi pun jadi la."

"He is culprit Mama, can't you see it. He's not after you..he's after the money Papa left us. I don't believe him, Mama. Never!!!"

Panggg!!!

Dapat hadiah paling best dan pertama kali juga dari Mama. Lagilah dia bertambah benci pada Papa Wan. Baginya lelaki itu perampas kasih sayang Mama darinya. Dia masih ingat selepas Papa meninggal, lelaki itu sering datang memujuk Mama yang dalam kesedihan. Lama-lama jadi rapat. Akhirnya Mama setuju nak kahwin dengan lelaki tu. Sejak itu dia mula benci Papa Wan.

Bila lahirnya Wan Nur Audra dan wan Nur Aleeya dia makin rasa dipinggirkan. 

Jealous?Of course la. Selama ni Mama hanya ada dia. Lepas tu, kasih sayang Mama beralih pada si kembar. Macam-macam hal yang dilakukannya untuk menarik perhatian. Entah berapa kali Papa Wan dan Mama kena turun naik tangga sekolah kerana masalah disiplinnya. Nasib baik memang otak genius. Top scorer jugak.

Bila dapat offer ke luar negara, kesempatan itu digunakan sebaik mungkin untuk menghindarkan diri dari keluarganya. Berada jauh beribu batu dari kawalan keluarga menyebabkan adat dan budaya masyarakat negara barat itu turut menjadi sebahagian rutinnya juga.

"Omar, bila kita redha dan tawakkal menerima ketentuan takdir itu pasti Allah akan berikan nikmat ketenangan dan kebahagiaan," kata-kata Ustaz hakimi bergema lagi ke pelupuk telinganya.

"Allah sayangkan Omar. Kita ni manusia yang sentiasa melakukan dosa dan kesilapan. Tapi Allah pula sangat sukakan hamba-hambaNya yang menyesal, yang mengaku dosa dan kesilapan diri mereka. Dia sentiasa menanti taubat hamba-hambaNya. Bahkan dalam Al-Quran berkali-kali menegaskan bahawa Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."

"Omar, jangan bangga dengan harta dunia yang kita ada, kerana itu semua pinjaman Allah. Dengan sekelip mata je Dia boleh putarkan segalanya. Tarik balik nikmat yang dikurniakan."

"Jangan juga kita terlalu ego berada di bumi Allah ni. Buat apa nak ego ssetinggi langit. Itu maksudnya kita ni tak sedar yang diri kita ni pun Allah yang pinjamkan nyawa dan udara nak bernafas."

Dalam maksud hujah Ustaz Hakimi menerjah kalbunya. Terasa dirinya begitu kerdil.



Firman Allah SWT :

"Katakanlah (Muhammad), Tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami dan hanya kepada Allah bertawakkal orang-orang yang beriman." (At-Taubah Ayat 9:51)


Syed Omar Daniel terus memeluk Ustaz Hakimi sambil teresak-esak.



"Insya Allah ustaz, saya nak berubah..bimbinglah saya ustaz. Saya dah banyak lupa tentang semua perkara.." Ustaz Hakimi mengangguk kepalanya. Bahu Omar Daniel diusap perlahan.

Sejak kematian Audra dua tahun lalu hingga ke hari ni, Omar daniel masih lagi diselubungi rasa bersalah. Hampir setahun dia mengasingkan diri. Tak bekerja. Tak keluar rumah. Tak terurus segalanya. Saat itu baru dia sedar bila semua orang jauhkan diri.

Tak ada lagi beautiful girls, buddies or whatever! Hampir nak gila rasanya kerana tak dapat menerima kenyataan.

Dia tak sempat meminta maaf kepada Audra. Walaupun redha Mama terlahir di bibirnya, namu Omar Daniel tahu hakikat sukar melupakan. Dia masih tak mampu melenyapkan kemarahan dan kekecewaan Papa Wan sehingga dihalau keluar dari Villa Syurga Idaman. Aleeya juga sarat kebencian. No more sweet smile or big hugs for him. Dia amat rindukan semua itu.

Kalau bukan Warisan Teguh Holdings sudah diamanahkan kepadanya mengikut wasiat Allahyarham Dato' Syed Hazim Daniel, pasti dia yang merempat di jalanan. Bukan bapa tirinya. Papa Wan hanya menunaikan amanah seorang sahabat karibnya bukan mahu merampas harta ataupun kasih sayang mereka. Apa yang berlaku telah tersurat sejak Azali. Dia yang sepatutnya bersyukur kerana masih ada yang mengambil berat tentang mereka setalah peninggalan arwah papa.

Ya Allah, berikanlah aku kesempatan untuk menutup duka di hati mereka supaya kami dapat mengecap kebahagiaan semula.

Omar Daniel melihat jam di tangan yang sudah melangkaui jam 6.00 petang. Sejadah dilipat kemas dan diletakkan di atas rak yang telah disediakan lantas berjalan menuju ke pintu keluar masjid. Baru teringat dia kena pulang cepat sebelum Maghrib. Dah janji dengan Mama nak makan malam bersama hari tu. Dia tersenyum.

"Om, jangan lupa balik Villa hari ni tau. Mama nak masak special. Dah lama kita tak makan bersama, kan. Rindu la anak bujang Mama ni. Leeya pun ada, dia off duty,"kata Mama menerusi telefon bimbitnya tengah hari tadi.

"Okay la Mama. Kali ni, I promise you..I'll be there. Om pun rindu Mama sangat-sangat. Especially udang masak lemak cili padi Mama yang marvellous tu!"

"Yeahh..pandai la nak bodek Mama. Okay, see you then, assalamualaikum,"balas mamanya sambil ketawa kecil sebelum talian diputuskan.

Sebaik saja kereta BMW525i milik Omar Daniel bergerak keluar dari perkarangan masjid, tiba-tiba seorang lelaki melambai-lambai di tengah jalan memberi arahan supaya berhenti di tepi jalan.

Aik, kenapa pulak ni? Orang gila ke?

Kecut juga perutnya kalau tiba-tiba ada sindiket jenayah nak culik dirinya. Eh, tak mungkin kut. Lelaki tu macam cemas semacam je dan meragukan. Pakaiannya agak lusuh. Omar Daniel ragu-ragu.

Nak berhenti ke tak ni? Dahinya berpeluh-peluh. Dia panik.

Otak masih berfikir tapi tangannya terlebih dahulu mengambil tindakan. Stereng kereta dipusingkan ke bahu jalan dan berhenti. Lelaki itu tergopoh-gapah mendapatkannya. Dia memerhati sekeliling. Tak ada siapa pun kecuali lelaki tersebut yang sudah berdiri di tepi kereta. Cermin kereta diketuk berkali-kali. Omar Daniel teragak-agak. Tak boleh nak berfikir. Seminit kemudian, cermin kereta diturunkan tak sampai separuh. Bimbang juga kalau itu anasir penjenayah ke.

"Tuan! Terima kasih sebab berhenti tuan. Dah lima buah  kereta saya tahan, tak ada satu pun berhenti,"lelaki itu tercungap-cungap.

"Ada apa ni encik?"

"Tolong tuan, tolong saya...saya jumpa seorang perempuan terbaring atas pangkin bus stop depan sana tu. Teruk keadaan dia tuan, muka bengkak..baju terkoyak sana sini..macam kena pukul je. Jadi, mintak tolong sangat-sangat kalau tuan boleh hantar dia ke hospital cepat-cepat. Kesian benar saya tengok dia tuan,"panjang lebar cerita lelaki itu yang memanggilnya tuan. Macam tinggi benar darjatnya.

Omar Daniel memandang lelaki itu serius. What story is this? Dia pelik. Boleh percaya ke ni? Hatinya tertanya-tanya. Musykil.

"Encik ni siapa?"

"Kenapa encik tak hantar sendiri ke hospital?"

"Kereta saya rosak kat tepi jalan sana tu tuan. Lagipun saya dah tahan banyak kenderaan tadi tapi semuanya laju-laju. Tak ada satu pun nak berhenti."

Ayat itu tak meyakinkan Omar Daniel yang berkerut dahi.

"Sebenarnya, saya baru lepas solat asar tadi di masjid. Kereta saya rosak seberang jalan depan bus stop tu," ujar lelaki itu lagi sambil menunjukkan arah keretanya.

Dia menyambung, "Sementara nak tunggu tow truck datang, saya pergi solat dulu. Lepas solat, nak cross jalan ke kereta saya..tengok ada seorang perempuan terbaring kat situ. Terkejut saya tengok keadaan dia."

"Err..habis tu encik tak call polis? Ambulance ke?" Tanya Omar Daniel lagi tak puas hati.

Lelaki itu kelihatan mengeluh. Macam ni la kalau berurusan dengan orang kaya, berlagak je lebih. Tanya itu ini, lepas tu asyik nak beri arahan.

"Tuan, kebetulan hand phone cap ayam saya ni habis bateri pulak. Tadi saya cari jugak public phone tapi yang paling dekat pun tinggal rangka pondok telefon je," ujar lelaki itu . Kali ni lebih yakin.

"Err..saya sebenarnya nak cepat ni, dah janji dengan mak saya," balas Omar Daniel pula.

"Macam ni la, apa kata tuan tengok dulu keadaan dia. Kesian saya tengok dia tuan. Dah la ditinggalkan macam tu je, tak ada hati perut langsung siapa yang buat tu."

"Tak kan kita dah nampak, nak buat tak tahu jugak tuan."

Apa yang lelaki itu cakap ada benarnya. Omar Daniel dapat rasakan kejujuran lelaki tu. Dia mula serba salah. Lagi 20 minit ke pukul 7 malam. Tak lama lagi masuk waktu Maghrib pula. Keadaan pun mulai gelap. Lelaki itu masih menantikan jawapannya.

"Okay, saya tengok dulu keadaan perempuan tu," jawab Omar Daniel dan keretanya terus bergerak perlahan menuju ke bus stop tersebut yang hanya lebih kurang 50 meter jaraknya dari tempat dia berhenti tadi.

Bila dah berhenti betul-betul depan bus stop baru dia dapat melihat dengan jelas. Betul apa yang lelaki tadi cakapkan. Memang ada seorang perempuan terbaring atas pangkin bus stop tu. Dia pun bergegas keluar dari perut kereta. Lelaki tadi pun ada.

"Err..cik..cik!" Omar Daniel cuba memangil perempuan itu.

No answer.

Perempuan itu tak bergerak langsung. Rambut panjang kusut masai. Ada kesan lebam di pipi dan darah pekat masih ada di tepi bibirnya. Baju pula terkoyak dari bahagian lengan hingga ke dada. Omar Daniel buntu. Simpatinya menggunung.

"Saya rasa dia pengsan ni tuan," celah lelaki tadi.

Omar Daniel pelik. Macam mana lelaki itu tahu pulak?

"Err..tadi saya pun panggil dia..macam ni jugak. Tak ada respon pun. Tapi bila saya check nadi dia, masih ada lagi tuan..lemah je," jawab lelaki itu cepat-cepat.

"Okay, saya akan bawak dia ke hospital sekarang. Dia ada dokumen pengenalan diri tak?"

"Tak tahu la pulak saya tuan. Nampak macam sehelai sepinggang je ni. Apa pun saya rasa tuan bawak la dia ke hospital dulu, dapatkan rawatan. Mana tahu dia sedar nanti."

"Okay, tolong saya bukakan pintu kereta dan turunkan seat depan belah penumpang."

"Okay."

Omar Daniel tak fikir panjang lagi. Dia terus mengangkat perempuan itu dan bawa masuk ke keretanya.

"Terima kasih tuan, tak sangka ada orang baik macam tuan lagi." Setelah bersalaman dengan lelaki tersebut keretanya terus memecut laju. Sesekali dia menoleh kepada penumpang misterinya di sebelah. Cantik. Kena rape ke? Lupa pulak nak tanya nama lelaki tadi. Dia mencapai hand phone dan nombor mama dihubungi.

"Mama,so sorry. Om ada emergency la now. I'll be there but a bit late okay," belum sempat mamanya bersoal jawab dia dah putuskan talian.


~to be continued~


P/S : Part 2, okay tak? Siapa perempuan yang Omar Daniel bawak ke hospital? Nisa? Where is Mak Long Siah and Khairil? What happen? Nak tahu apa yang berlaku..tunggu part seterusnya ya.. enjoy your reading peeps! Lav uols :))

With love,
 




No comments:

Post a Comment

Like it? Want more?
Your Motivation and Support are very much appreciated. Thank you for reading, peeps! :)