sumber pak google |
Mahu apa...
Kan sudah aku bagi makan tadi
Belum cukup?
Seekor ayam jantan
Semangkuk darah lembu
Itu belum cukup?
Jangan ganggu dia
Aku suruh jaga bukan kacau
Pantang keturunan aku
Melawan kata nenda
Kau faham?
Sudahlah...kau pulang dulu
Aku penat
Nanti yang lain pula menyemak
Aku belum sedia
Nafasku sesak
Mahu kembali tidak sempat
Aku panas!
Hitam kelam yang aku nampak
Jahanam kau aku sesat
By Arissa Adelia
Allah berfirman (kepada iblis):
“Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)!
Kemudian siapa yang menurutmu di
antara mereka,
maka sesungguhnya neraka Jahannamlah
balasan kamu semua, sebagai balasan
yang cukup.
Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu;
dan kerahlah
penyokong-penyokongmu yang berkuda
serta yang berjalan kaki untuk
mengalahkan mereka;
dan turut - campurlah dengan mereka
dalam menguruskan harta-benda
dan anak-anak (mereka);
dan anak-anak (mereka);
dan
janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu).”
Padahal tidak ada yang dijanjikan
oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
[al-A’raaf
17:61-64]
Assalamu'alaikum :)
ReplyDeleteAkhirnya bleh komen juga blog ni. Hehe
Siap tukar warna lagi tu. Pink power.
Teruskan berkarya
Waalaikumussalam Fairul Azmi.. :)
DeleteYeah..akhirnya...duk godek2 cari apa yang tak betul..at last tukar habis background, clour semua..hehe.
Terima kasih ya.