Followers

Showing posts with label CINTA KATAKAN SAJA. Show all posts
Showing posts with label CINTA KATAKAN SAJA. Show all posts

Friday, 7 February 2014

CINTA KATAKAN SAJA 6



Part 6


Nisa tersentak bila menyedari pintu bilik dikuak dari luar. Dia kembali ke alam nyata. Airmata yang masih bersisa di pipinya diseka perlahan. Seorang perempuan petengahan umur lebih kurang sebaya dengan Mak Long Siah masuk ke dlaam bilik itu. Dia senyum memandang Nisa.

"Eh, cik dah sedar ya? Syukur Alhamdulillah..."

Nisa angguk perlahan. Senyum hambar. Tiada sebutir pun bicara keluar dari mulutnya walhal bermacam-macam soalan berlegar di dalam mindanya ketika ini. Kelu. Mulut pun masih terasa bengkak.

"Baguslah macam tu..hampir dua hari cik tak sedarkan diri," sambung perempuan itu lagi.

Dua hari?
Dua hari aku tak sedarkan diri? Biar betul! Dahinya berkerut. Perempuan itu dipandang tak berkelip. Mencari kepastian di wajah tua itu. Tak mungkin makcik ni nak tipu pulak, fikirnya semula.

"Err...cik tunggu sini, Mak Nah panggil Om ya," ujar perempuan yang membahasakan dirinya Mak Nah itu dan terus beredar. Pandangan mata Nisa mengekori lenggok Mak Nah hingga ke pintu bilik dan hilang di sebaliknya.

Mak Nah? Om? Siapa mereka ni? Pelik. Macam mana aku boleh berada di sini? Mana Mak? Abang Khairil? Matanya beralih ke luar jendela kaca yang berukir cantik itu. Mereka ini pasti orang berada, fikir Nisa. Serba serbi nampak mewah. Tiba-tiba hatinya dipagut rasa sayu. 

Entah-entah Mak dan Abang Khairil tinggalkan aku sendirian kat sini. Sampai hati mereka buat aku macam ni. Mereka pun sama macam Pak Long Hashim jugak, tak percayakan aku. Aku fikir masih ada orang akan pertahankan aku rupanya tidak. 

Mak cakap mak sayang Nisa? Mak percayakan Nisa? Kenapa tinggalkan Nisa Mak? Nisa tak buat perkara tu Mak! Percayalah... 

Dari tadi Omar Daniel memerhatikan tetamu misterinya itu bercakap seorang diri dan menangis teresak-esak. Apabila Mak Nah bagi tahu dia perempuan itu sudah bangun, dia terus berlari ke tingkat atas banglo dua tingkat itu. Lemonade yang sudah diteguk separuh gelas ditinggalkan. Anak tangga dilangkah dua sekaligus. Semakin dia menghampiri bilik tetamu itu, esakan makin jelas kedengaran dari dalam. Langkahnya terhenti di muka pintu.

Bab air mata inilah yang aku selalu fail bila dengan perempuan ni. Fragile! Perempuan bila sedih menangis, bila happy pun boleh menangis jugak. Hesh! Lemah otot dan sendi rasanya. Tetiba rasa dalam hati ini ada taman bunga. Eh, mata aku pulak masuk habuk ni apa kes? Hilang macho macam ni. Omar Daniel mengatur langkah maju setapak ke dalam bilik. Pintu bilik sudah terbuka sejak Mak Nak keluar tadi agaknya.

"Err..cik..cik dah okay ke?" Okay? Apa punya soalan ni, tengoklah dia asyik menangis je tu. Omar Daniel garu kepala.

Nisa masih teresak-esak. Dia tidak menyedari ada orang lain bersamanya dalam bilik itu. Omar Daniel serba salah. Jika dulu, kalau perempuan menangis seperti itu pasti sudah lama berada di dalam dakapannya. Sekejap saja mereka sudah ceria semula. Bawa mereka shopping dan makan di tempat paling romantik sudah cukup untuk mengubah air mata bertukar jadi senyuman sampai ke telinga. Lakonan semata-mata, Huh! Tapi dengan dia ni apa aku nak buat?

"Ehemm! Ehemm!!" Tangannya dilambai-lambai ke arah perempuan itu.

Kat alam mana dia ni, macam tak nampak je aku kat sini? Ahh! Menangis je tahu, bila nak berhenti! Banjir dah ni oii! Omar Daniel mulai bosan. Inilah perempuan, lemah sangat. Cubalah kuatkan semangat sikit!

"Oii cik adikk!!!" Bukan niat dia untuk menjerit tapi itu yang berlaku.

Serentak esakan Nisa terhenti. Kepalanya terasa bergegar. Mukanya diangkat sedikit demi sedikit menyoroti sepasang kaki berseluar bermuda separas lutut berwarna biru gelap dan t-shirt Sundry berwarna putih milik seorang lelaki yang sedang memandangnya tepat. Mata bertentang mata. Ada debaran halus menyelit dalam sanubari masing-masing.

Siapa ni? Nisa terkejut. Terlupa tadi Mak Nah sudah maklumkan padanya dia nak panggilkan seseorang. Dadanya berdebar-debar. Sekutu Malik ke ni? Ketakutan mulai menguasai diri. Senyuman lelaki itu makin buat dia kecut perut.

"Tolonggg!!"
"Tolonggg!!!" sekuat hati dia menjerit.

Nisa nampak lelaki itu maju setapak lagi. Riak mukanya juga berubah. Nisa cuba mengengsot sedikit ke belakang. Badannya menggeletar.

Mana nak lari ni? Kat mana aku ni? Matanya memandang ke kiri dan ke kanan mencari peluang. Tiada ruang. Matanya dipejam rapat-rapat. Nafas ditarik dalam-dalam.

"Tolonggg!..lepaskan aku...lepaskan akuuu!! Tolonggg!" Nisa menjerit sekali lagi. Dia mengiring badannya ke tepi cuba untuk lari dari tempat itu. Sebaik sahaja kakinya memijak lantai dan dia cuba berdiri tegak, tindakan refleks menyebabkan badannya jatuh semula ke atas katil.

Aduhhh! Kenapa sakit sangat kaki aku ni? Terasa berdenyut- denyut di tapak kakinya. Dia mengerang kesakitan. Ya Allah, selamatkanlah aku dari segala kejahatan manusia.

"Ehh...ehhh! Cik..cik..kenapa ni? Awak okay ke?" Omar Daniel segera mendapatkan perempuan itu. Cemas juga dia tengok perempuan itu tiba-tiba menjerit.

Nisa sebak. Baru sekarang ada orang bertanya keadaan dirinya. Dia memandang lelaki itu tanpa kata.

"Awak jangan takut ya. Awak selamat kat sini,"ujar lelaki itu lagi. Entah kenapa perasaan takut tadi hilang sedikit. Seolah-olah dia pernah mendengar suara itu.

"Err..sakit?"

Sakit lar, kau ingat aku saja buat-buat sakit? Hatinya menjerit. Semuanya rasa sakit sekarang. Mata Nisa bergenang.

"Awak jangan bangun dulu, kaki awak bengkak ni. Ada kaca di tapak kaki awak semalam tapi doktor dah buang..dah cuci dah. Saya tak kurung awak pun, macam mana awak nak suruh saya lepaskan awak pulak. Saya cuma nak selamatkan awak je," sambil bercakap Omar Daniel mengangkat kaki Nisa  semula ke atas katil walaupun Nisa cuba menghalang.

Barulah Nisa dapat melihat dengan jelas kaki kirinya berbalut. Tak sedar langsung bila dan di mana kakinya terpijak kaca. Dia cuba mengingati sesuatu. Nisa menolak tangan Omar Daniel ketika dia mahu mengangkat dan membetulkan keadaan badan Nisa agar betul-betul di tengah katil.

"Sa..saya boleh bergerak sendiri la!"

Selamba dia je nak pegang-pegang aku ni, kenapa? Nak ambil kesempatan? Nisa menjeling tajam. Dia cuba bergerak ke tengah katil tapi tangan sebelah kanannya tak dapat digerakkan untuk menampung badannya ke tengah. Mukanya berkerut.

"Err..err..saya bukan nak apa-apakan awak lar. Saya nak tolong awak je..tangan awak tu mungkin terseliuh kut, doktor cakap," balas Omar Daniel. Suaranya ditekankan sedikit dan dia terus mengangkat badan Nisa semula ke tengah katil tanpa mempedulikannya. Nisa akur. Sedih, macam OKU pulak rasanya.

Duduk tepi sangat nanti jatuh katil pulak, bertambah satu lagi penyakit. Hesh! Orang nak tolong pun dah cukup bagus. Ingat aku nak ambil kesempatan ke? Please lar..you are not my type! Omar Daniel geram.

Nisa diam. Sugul. Perasaannya bercampur baur. Sedih. Kecewa. Alone. Fikirannya menerawang jauh entah ke mana. Manik yang bergenang gugur lagi satu persatu. Omar Daniel mengeluh.

"Oii cik, dah sampai Afrika ke???" Alamak, terkuat pulak. Diri sendiri pun terkejut.

Nisa tersentak lagi. Matanya merenung tepat lelaki di hadapannya itu. Omar Daniel tersengih sambil mempamerkan sebaris gigi putih bersih. Bukan tak kasihan, tapi dah macam Hantu Kak Limah dia tengok perempuan itu. Rasa mahu ketawa tapi ditahan juga.

Mata Nisa masih merah. Pipinya masih basah dengan airmata. Apa kena dengan mamat ni? Macamlah aku duduk jauh satu kilometer. Menjerit sampai nak pecah gegendang telinga aku ni. Kalau tak tahu masalah aku jangan nak cari pasal pulak. Dah la sengih macam Abang Jali jual burger kat kampong aku tu. Nasib baik kau up sikit daripada Abang Jali. Perasan handsome la tu? Matanya dikecilkan.

Ya Allah, kuatkanlah semangat aku. Nisa tarik nafas dalam-dalam.

"Om?" Tanya Nisa tak lama kemudian. Suaranya masih bergetar. Baru teringat tentang Mak Nah yang nak panggilkan Om tadi, agaknya mamat inilah Om itu.

Aik? Macam mana dia tahu nama aku pulak ni? Pertama kali seorang perempuan selain dari ahli keluarganya, Mak Nah dan Doktor Sherina memanggilnya dengan nama timangan, Om. Secara rasmi dia dikenali sebagai Syed Omar, Omar ataupun Danny di kalangan gadis-gadis. Sekali lagi terasa kejang urat darah mendengarnya. Lembut pula dengar suara dia.

Ish! panggil nama pun dah cair, Om..apa kena dengan kau ni? Omar Daniel tersengih lagi.

"Err..ya.. saya Om..cik adik ni pulak nama apa?" sopan santun jadinya.

Eleh, nak tunjuk baik la tu. Nisa mencebik. Cerita sedihnya hilang tiba-tiba. Pak Long Hashim, Mak Long Siah dan Malik entah ke mana. Terpacul pulak mamat ni yang entah siapa.

"Ermm..Om asal dari Indonesia ya? Muda lagi pakcik ni ya," ikutkan hati malas nak bercakap tapi Nisa balas juga sekadar berbahasa.

Macam tak sesuai saja gelaran Om itu atau lebih tepat lagi dipanggil Paman, pangkat sebagai pakcik la di sini, fikir Nisa. Ah, jangan tertipu dengan rupa. Mungkin dia dah berumur 40 tahun, mana tahu? Agaknya anak-anak buah dia panggil macam tu kut..logik, kan!

Omar Daniel tercengang.
"Hah? Siapa dari Indonesia? Pakcik? Saya memang la muda lagi ni... ganteng, kan!"

Bluerkk! Perasannya. Loya anak tekak aku ni.

"Ehh..awak lar, siapa lagi Om kat sini? Om tu kan panggilan bagi pakcik di Indonesia. Banyak makan jamu kut awak ni."

Buat tak faham pulak mamat ni. Ganteng la sangat macam apek jual sayur kat pasar je gayanya tu.

Serentak terburai ketawa Omar Daniel mendengarnya. Nampak tua sangat ke aku ni? Ada ke panggil aku pakcik? Makan jamu pulak tu. Lagi kelakar dari Indonesia. Mana entah datang idea tu. Dia betul-betul geli hati. Rasa macam digeletek aje.

"Ehemm!" Nisa pula terasa pelik. Kelakar ke? Salah ke aku cakap tadi?

"Opss! Sorry..sorry..you're so funny lar! Saya bukan Om atau pakcik atau asal dari Indonesia macam yang awak fikir tu."

"Then, what?" Wahh, pandai jugak minah ni speaking rupanya.

"Actually...Om is my name..nama manja saya. Err..Omar..Nama saya Omar Daniel! Awak?"

"Hah?" Aku yang salah la ni? Nisa bingung.
 Ya Rabbi, macam mana boleh terfikir macam itu tadi? Malunya. Nisa terasa pipinya membahang tiba-tiba.

"Yes...and please, jangan panggil saya pakcik Om pulak! Saya orang Malaysia lar!"
Omar Daniel cuba menahan ketawanya. Lucu rasanya melihat wajah perempuan itu yang masih terkebil-kebil. Tak habis lagi kesan ubat penenang yang doktor bagi semalam kut.

"Err...sorry...saya..tak terfikir itu nama awak," ujar Nisa.

"It's okay.. saya tak salahkan awak kalau salah faham pun," Omar Daniel tersengih memandangnya.

"Tapi..tapi saya tak pekak lar..awak tak perlu nak jerit-jerit kat saya tadi. Orang lelaki ni suka nak herdik, nak tengking orang perempuan, kan!" balas Nisa sedikit meninggi. Geram bila tengok Omar Daniel masih tersengih memandangnya.

Aik! Aku pulak yang kena. Aku dah panggil dia elok-elok tadi tak dengar. Bila jerit marah pulak. Dah la panggil aku pakcik dari Indonesia bagai. Panas pulak hati ni. Nasib baik kau tak sihat lagi.

"Maaf cik adik, tak sengaja terkuat tadi. Saya bukan nak tengking awak. Saya dah panggil awak berkali-kali, awak asyik menangis aje. Lepas tu termenung, then cakap sorang-sorang. Bom atom jatuh pun tak sedar," jawab Omar Daniel sambil mengukir senyuman semanis mungkin.

Don't be hard on her, teringat pesan Doktor Sherina.

Amboi, pedas! Kalau bom atom jatuh mana sempat sedar, tahu-tahu je dah terburai! Bijak sungguh.

"Nisa..." sepatah perkataan itu keluar dari mulut Nisa tak lama selepas mereka diam seketika.

"Nama awak? Nisa?" Soal Omar Daniel pula. Dia mula rasa penat berdiri sejak tadi. Lantas dia memilih wing chair di sebelah katil itu untuk duduk.

Suka-suka hati dia aje selamba duduk. Ingat rumah dia ke apa?

"Tak, katak kut. Bukan ke tadi awak tanya...ingat nama beruang ke?" Geram pula Nisa dengan lelaki di hadapannya yang asyik tersengih dari tadi.

"Ya tak ya jugak.. saya ingat nama awak Lijah tadi...err...sepupu Hantu Kak Limah tu! Kalau katak tu sesuai jugak tapi beruang macam tak kena pulak!" Omar Daniel ketawa lagi. Rasa seronok dan lucu hari ini dapat berbual dengan tetamu misterinya itu.

Nisa sengih buat-buat. Kelakarnyaaaa! Tunggu aku jadi Hantu Kak Limah baru kau tahu. Eiii! Geram betul!

"Okay..okay..maafkan saya. Nisa ada family?"

Terus wajah Nisa bertukar jadi mendung. Ada family ke aku ni?

Istilah keluarga terdiri daripada ayah, ibu dan anak yang lebih sinonim dipanggil seisi rumah. Keluarga besar pula terdiri daripada sepupu dan sanak saudara kelaurga yang lain. Aku? Menumpang kasih Mak Long Siah dan Pak Long Hashim sekeluarga yang tidak mempunyai pertalian darah pun sejak dua puluh satu tahun yang lepas. Hanya mereka yang aku kenal dan anggap keluarga. Walaupun Pak Long hashim tidak pernah menganggap aku sebagai anaknya, namun tulang empat kerat itu juga yang telah menyara aku sampai ke university. Ibu dan ayah? Mungkin sudah tiada di dunia ini. Itu saja yang mampu kufikirkan kerana sampai detik ini aku tidak pernah mengenal siapa mereka. Yang aku tahu sejarah yang mereka tinggalkan terpaksa aku tanggung sampai bila-bila.

Tetapi, salah ke aku menumpang kasih mereka yang aku anggap keluarga? Sampai bila kejadian dua puluh tahun lampau mahu diungkit? Bisakah aku hidup bebas tanpa bayangan mereka? Aku dicampak keluar dari keluarga itu tanpa belas kasihan, tanpa sebarang pengertian. Jadi, di manakah fungsi keluarga itu? Keluarga yang sepatutnya menjadi tempat perkongsian kasih sayang, tempat bergantung harap, saling mempercayai dan menyokong di antara satu sama lain. Soalan Omar Daniel mengembalikan realiti yang seketika tadi dilupakan.

"Perkataan itu tak wujud lagi untuk saya..."jawab Nisa sebak.


~to be continued~
Enjoy reading peeps, thank you :))
Love,
Arissa Adelia

CINTA KATAKAN SAJA 5




Part 5
 

"Mana bos awak, Sue? Tak sampai lagi?" sapa Dato Wan Mohd Yusoff agak keras pagi itu sambil melihat jam di tangannya.

Lima belas minit lagi ke angka sebelas pagi. Briefcase yang dibawanya dihempas agak kuat ke atas meja Sue Anne, Personal Assistant Syed Omar Daniel itu. Matanya menjeling ke arah bilik Pengarah Eksekutif milik Omar Daniel yang masih kosong dan bertutup rapat. Ini yang dia tidak suka. Hal peribadi jangan sesekali dicampur adukkan dengan hal syarikat. Bertindak gunakan akal bukan emosi.  

Be professional!
 
"Err...hi, morning Dato Wan. I pun tak tahu. I've been calling his mobile since morning Dato. Pagi tadi tak berangkat... and just now, I tak dapat call dah," kecut perut Sue Anne mencari alasan yang sesuai. Dia pun pening kepala kenapa bosnya itu belum masuk pejabat lagi. Selalunya tepat jam 9.00 pagi dia dah menyapa Sue Anne. Kalau tak masuk pejabat pun, dia pasti akan menelefon memberi makluman kepadanya. Pagi ini tiada berita langsung.

Dato Wan termenung mendengarnya. Dia sendiri tidak dapat menghubungi Omar Daniel pagi tadi. Ke mana pulak anak tirinya ini? Buat perangai lama balik ke? Bimbang juga pertelingkahan mereka malam semalam menyebabkan Omar Daniel berkerat rotan berpatah arang. Dia sedar dia yang bersalah dalam hal itu. Sudahnya malam tadi semua orang tidak menjamah langsung makan malam yang terhidang. Sampai ke pagi ini juga Datin Tengku Soraya, isteri kesayangannya itu merajuk dan tidak bercakap dengannya.

Pantang ditegur, semua nak merajuk! Hesh! Dia merengus dan menoleh ke arah Sue Anne semula.

"Did he knows we're signing contract with Megah Engineering after lunch meeting, today?" tinggi nada Dato Wan. Matanya bulat dan tepat memandang Sue Anne yang mula menggelabah.

Alamak! Dato Wan mesti ingat aku tak bagi tahu bos ni. Kenapalah malang nasib aku hari ni. Pagi-pagi tadi dah kena marah dengan Si Tonggek Kasut Tinggi tu. Cari bos jugak, sekarang kena dengan Dato Wan pulak. Sue Anne telan liur sambil tersenyum kelat. 

"I sudah inform dia semalam lagi Dato Wan, before dia keluar site visit project di Kuala Selangor tu. Email and SMS pun sudah Dato tapi..."

"Tapi apaa??" Serius muka Dato Wan.

Aduh! Boleh gugur jantung aku kalau hari-hari kena sergah macam ni. Nasib baik Dato Wan ni handsome orangnya. Rasa sejuk hati balik. Walaupun dah tua tapi nampak lagi segak dan mengancam. Awww! Eh, apa kena dengan taste kau ni Sue?

"Err...tapi.. dia tak reply pun Dato..Jadi, I pun tak tahu dia akan hadir ke tak meeting tu nanti," ujar Sue Anne lembut sambil tersenyum semanis mungkin. Suaranya sengaja dimanjakan sedikit. Mana tahu Dato Wan tergoda nanti.

"Get him! By hook or by crook..lunch meeting nanti, I want him there!" tegas suara Dato Wan memberi arahan. Senyuman di bibir Sue Anne mati. Kalut dia mendapatkan gagang telefon semula.

Owhh ooo! Bukan setakat gugur jantung silap haribulan tak berdegup lagi. Tersekat esofagus rasanya. Jangan nak berangan Sue Anne, buat kerja! Yang bos pun satu, susah sangat nak pasang telefon kat rumah. Tak ada privacy katanya. Buatnya telefon bimbit dia habis bateri, dah susah nak dihubungi...hmm...privacy la sangat, aku yang kena menjawab!

~~~~~~~~~~

"Rahmat, Hilton Hotel, PJ. Jam dua belas, saya ada lunch meeting kat sana," ujar Dato Wan kepada pemandu peribadinya.

"Okay Dato..."

Dato Wan Mohd Yusoff kelihatan bersandar di dalam kereta Mercedes Benz yang mula bergerak membawanya ke destinasi yang dimaklunkan tadi. Matanya terpejam rapat. Cuba melepaskan penat barangkali. Batuk-batuk kecil turut kedengaran. Sejak kebelakangan ini, kesihatannya sedikit merudum. Sebagai Pengarah Urusan Warisan Teguh Holdings, dia tidak punyai banyak masa untuk berehat dan memanjakan dirinya. Selagi berupaya dia akan laksanakan tanggungjawabnya. Dia sentiasa bersemangat, berani dan tegas dalam setiap kerja yang dilakukan. Kriteria itulah juga yang meyakinkan bapa mertuanya, Tan Sri Tengku Ismail, ayahanda Datin Tengku Soraya untuk melantik dirinya sebagai tunjang syarikat milik keluarga mereka sejak lima belas tahun lalu, lima tahun setelah pemergian Allayarham Syed Hazim Daniel, sahabat karib yang juga bekas suami Datin Tengku Soraya.

"Dato okay ke?" tegur Rahmat sambil menjeling menerusi cermin pandang belakang.

"Macam ni la Mat, kadang-kadang rasa penat juga bekerja ke hulu ke hilir ni,"perlahan saja jawapan Dato Wan sambil menahan batuk. Dia menutup mulutnya dengan sapu tangan kecil di tangannya.

"Kenapa tak serahkan saja pada Syed Omar, Dato. Biar dia yang uruskan semuanya. Dato bolehlah berehat je pantau dari rumah, pergi bercuti ke,"balas Rahmat.

"Duduk rumah saja tak buat apa Mat? Lagi cepat aku sakit rasanya. Dah tiga puluh lima tahun aku bekerja Mat...susah senang semuanya aku telan. Tak senang aku nak goyang kaki saja kat rumah tu. Bukan sekarang...sampai masanya, Syed Omar Daniel kena pikul juga semua tanggungjawab ni. Hah, tengoklah, sekarang ni pun tak nampak lagi batang hidung dia kat pejabat, macam mana nak uruskan syarikat? Huh!" Dato Wan mengeluh sedikit beremosi.

Rahmat diam. Dibiarkan Dato Wan menenangkan fikiran dan berehat semula. Dalam diam dia kagum dengan semangat yang tidak pernah luntur dari majikannya itu.

~~~~~~~~~~

"Lain kali kalau dah lewat sangat, tak payah datang. Perut pun dah masuk angin, selera pun dah mati!"

Memang sengaja ayat itu dilontarkan sebaik saja semua orang duduk menghadap makanan di meja makan. Entah kenapa bila nampak saja muka Omar Daniel dia jadi marah dan benci. Teringat semula apa yang Omar Daniel lakukan. Dia tak mampu lagi untuk terima dan memaafkan kesalahan Omar Daniel dua tahun lalu. Kehilangan seorang permata yang disayangi menambahkan lagi rasa kebencian yang terbuku di jiwa.

"Sorry Pa..Ma.. Om ada emergency just now, but you don't have to wait for me. Om dah bagitahu mama tadi kan, I'll be late. Kenapa tak makan je dulu.." Darah mudanya cepat saja menggelegak. Panas telinganya mendengar kata-kata Papa Wan membuatkan dia tidak betah untuk berdiam diri sahaja walaupun mama telah memberi isyarat supaya diam.

Memang Omar Daniel rasa bersalah bila menyedari mereka masih menunggunya untuk makan malam bersama. Ikutkan hati dia pun tak mahu datang tetapi sebab dah berjanji dengan mama terpaksalah juga datang ke villa.

"Alasan! Orang yang selalu bagi alasan memang tak pernah rasa bersalah. Bukan nak fikir pasal orang lain. If you can't make yourself punctual, you'll lose the game forever!"

"Eh, kenapa dengan you all berdua ni, pantang jumpa nak bergaduh. Depan rezeki ni tak eloklah macam ni. Jom kita makan dulu. Abang? Om?" Tengku Soraya mencelah. Kedua-dua wajah lelaki kesayangannya dipandang silih berganti. Risau perang dingin meletus lagi. Aleeya sejak tadi hanya diam.

Bosan! Dah start balik perang teluk ni, lambatlah boleh makan nampaknya, getus Aleeya masam.

Omar Daniel menolak kerusinya dan terus bangun. Wajahnya muram. Papa Wan memalingkan muka ke arah lain.

"Game, papa? You call this is a game? What game are you trying to play with me now? Seriously, Om tak faham. Setiap kali Om datang villa, ada saja yang tak kena di mata papa, ada saja yang papa tak puas hati!"

"Om...bukan itu maksud papa..duduk dulu sayang," mama cuba menenangkan dirinya lagi.

Omar Daniel menoleh memandang mamanya sayu.

"Om dah minta maaf berjuta kali, Om dah cuba berubah, but until now..you still don't want to accept it, papa nak suruh Om buat apa lagi ni? Melutut? Sembah kaki papa? I've done everything..everything! I am only asking for a chance.. a chance to make it right this time. Tak ada ke peluang tu untuk Om? Or you want to see me die, baru papa puas hati?"

"Abang, please...stop this! I can't bear this anymore. Kita dah hilang Audra, Aya tak sanggup.. hilang Om pula..please abang!" Airmata sudah berjujuran keluar dari mata seorang ibu yang tak sanggup lagi melihat keadaan itu. Jangan buat keputusan terburu-buru,Om, rintihnya.

Papa Wan hanya diam membisu. Ego menghalang dirinya untuk menyatakan kebenaran. Dia yang terlampau mengikutkan perasaan sampai hilang kewarasan.

"Two years..two years papa. Om rasa macam orang asing, rasa terbuang.. like i don't have a family..." Tengku Soraya teresak-esak mendengarnya. Hiba.

"Thanks for dinner mama.." diraih tangan mamanya untuk disalami dan dicium.

Rasa sebak dan kecewa bersatu. Dia terus keluar dari villa tanpa menoleh lagi walaupun mamanya memanggil beberapa kali. AudiTTRS itu terus memecut laju keluar dari Villa Syurga Idaman tanpa arah tujuan. Stereng kereta dihentak beberapa kali.  Damn it! Arghh!


Dari jauh lagi Omar Daniel sudah nampak Dato Wan keseorangan duduk di lounge hotel sedang membaca suratkhabar. Memang awal betul orang tua ni. Dia cuba berlagak professional. Seolah-olah kisah malam tadi tidak pernah berlaku. Nasib baik Mak Nah kejutkan dia tadi. Terkejut melihat lima belas panggilan tak dijawab daripada Sue Anne dan tiga panggilan daripada Dato Wan terpapar di skrin telefon bimbitnya setelah bateri dicaj semula. Terkocoh-kocoh dia bersiap, call Sue Anne balik dan terus ke Hotel Hilton. Setelah kejadian malam tadi, dia pulang ke rumah hampir jam dua pagi. Tidurnya terganggu apabila tetamu misteri di bilik sebelahnya asyik menjerit dan meracau dalam tidur. Sampai ke pagi dia berjaga. Tidak sedar pukul berapa dia terlena di atas wing chair di sebelah katil perempuan itu. Habis sakit badan.

"Dato Wan..assalamualaikum.." tegurnya sekali dan terus duduk berhadapan.

"Waalaikumsalam. You're late. Why?" tanya Dato Wan sambil meletakkan suratkhabar yang dibacanya. Kisah malam tadi cuba dilupakan.

"Err...sorry Dato. Well, i'm still early for this meeting, right. Pihak Megah Engineering pun belum sampai lagi," Omar Daniel senyum tanpa menjelaskan kenapa dia lambat. Fuhh, nasib baik trafik tak sesak sangat tadi, sempat dia pecut.

Dato Wan memandang jam di tangannya.

"Young man, ten minutes early is always late. Remember that!"

Alamak! Omar Daniel turut melihat jam di tangannya.  

"Got it and save dah kat sini Dato," jawab Omar Daniel selamba sambil menunjukkan kepalanya. Dato Wan hanya memandang tanpa kata. Dia dapat mengesan raut wajah Omar Daniel yang keletihan. Tak tidur ke malam tadi?

"Dato Wan! Syed Omar! Sudah lama sampai ke? Bincang apa anak beranak ni?" Belum sempat bertanya kepada Omar Daniel, mereka sudah disapa dengan klien yang ditunggu-tunggu.

Dato Wan tersenyum lebar sambil bangun bersalaman dengan Dato Dillon Tan, pemilik saham terbesar Megah Engineering Corporation.

Business first, deal with personal later, kata hatinya.

~to be continued~


Enjoy reading peeps, thank you :))

Love,
Arissa Adelia 

Sunday, 12 January 2014

CINTA KATAKAN SAJA 4

Salam all lovelies,

So, fantastic weekend? Hope so. Alhamdulillah.
Actually, i did all my writing and manuscript in format Ms Word. As required by publisher, i follow! But, every time nak post kat blog, I have to retype again. Tak boleh copy paste je coz nanti format lari. (Anyone knows any short cut or not? Can help me?) Masalah problemnya, bila type semula in blog, i keep changing the story as idea lain pulak tetiba datang and viceversa. Jam! Kalau jadi macam tu, I have to change my story at Ms Word too. Heshh, itu la cabaran yang tak mampu dielak buat masa ni. Okay, stop my ramblings, jumbo mumbo, potpet2 whatever ni. Bukan masalah negara pun kan, hope i will find a better solution. Hahaha.. so, here's the next series! :))




Part 4

Sebaik saja kereta BMW berwarna hitam itu memasuki perkarangan hospital terdekat, tiba-tiba kelihatan kereta itu keluar semula dan berhenti di bahu jalan di luar pagar hospital. Syed Omar Daniel teragak-agak untuk menghantar perempuan itu ke hospital. Apa yang harus dijawab nanti apabila ditanya oleh pegawai perubatan hospital tentang perempuan tu? Apa yang terjadi? Tak tahu? 

"Saya jumpa dia atas pangkin bus stop tak sedarkan diri." Memang itu kenyataannya tapi tidak semudah itu mereka akan percaya.

Purse, Mykad ke lesen memandu ke atau apa-apa saja yang boleh memberi maklumat pengenalan diri tentang perempuan itu tak ada langsung bersamanya. Mesti kena buat laporan polis nanti. Panjang berjela pulak ceritanya. Kena soal siasat macam-macam. Kalau kes kena perkosa macam mana? Silap hari bulan tersalah cakap dia pulak yang jadi suspek. Lagi parah kalau muncul papparazi atau wartawan tak habis study, i'm so dead!

Niat nak membuat kebaikan jadi kontroversi pulak. Berita macam ini cepat saja dihidu dan disensasikan. Dengan sekeping gambar saja cukup untuk gegarkan dunia. Sekelip mata hal peribadi menjadi tontonan umum. Sekali lagi terpampang wajah yang pernah digelar media "The Most Eligible Bachelor" ni, di dada akhbar dan menjadi tajuk utama. Gila tak bangga? Bukannya dia mengkritik profession kewartawanan itu, tapi sekarang dia lebih berhati-hati kerana musuh dalam selimut ada di mana-mana yang bersedia untuk menjatuhkannya. Mereka yang suka menangguk di air yang keruh inilah musuh paling utama yang akan merumitkan lagi keadaan.

Kalau berita yang sejahtera memang wajar kehebatan mereka menyebarkan informasi dipuji dan diberi kredit. Tapi berita yang sebegini Omar Daniel yakin akan jadi kontroversi. Kredibiliti dan imejnya pasti tercalar semula. Lebih teruk empayar peniagaan warisannya akan turut terkena tempias. Apa yang berlaku dua tahun lalu masih segar di ingatan masyarakat. Dia mengeleng-ngelengkan kepalanya.

No! No! I can't do this! I worked hard to get the proud back and I won't let this ruin my life again.

Dua tahun lalu Warisan Teguh Holdings mungkin hanya akan tinggal nama dan menjadi sejarah ikon perniagaan. Hampir lumpuh sepenuhnya. Saham syarikat turun mendadak. Paling mengecewakan dia menjadi waris pertama yang menjatuhkan empayar itu setelah usaha nenda, arwah papa dan Papa Wan menjadi kebanggaan.

"Nak betulkan keadaan ni bukan macam guna liquid paper Syed Omar Daniel! Not even an eraser can erase the mistake you did. The option is yours. Stay, change and prove it. Giving up is simply not the option at all, young man!"

Kata-kata yang memberi kesan hebat kepada jiwa dan emosinya. Tersemat kukuh ayat Papa Wan yang tak mungkin dia lupa sampai bila-bila. Pantang dia menyerah sebelum berjuang! Dia nekad untuk buktikan dia boleh berjaya. Mendapatkan semula kepercayaan ahli lembaga pengarah dan klien utama syarikat bukan satu kerja yang mudah walaupun Papa Wan juga sudah dikenali dan berpengaruh besar.

Teringat semangat dan kata-kata seorang pejuang bangsa yang tidak pernah putus asa semasa menyiapkan tugasan di universiti dulu, Nelson Rolihlahla Mandela atau Nelson Mandela mantan Presiden Afrika Syarikat, "The greatest glory in living lies not in never falling, but rising every time we fall," membuatkan dia sanggup mengenepikan dulu kepentingan peribadi asalkan Warisan Teguh Holdings kukuh berdiri setaraf gergasi perniagaan yang lain semula.

"Allahu Akbar Allahu Akbar!" Laungan azan maghrib di corong radio mengembalikan Omar Daniel ke alam realiti yang belum selesai.

Arghh! Hatinya menjerit. Nak hantar perempuan ni ke mana? Omar Daniel bingung. Dia meramas rambutnya sendiri. Perempuan itu perlukan rawatan segera. Hah, pengsan tak bangun-bangun ni. Risau jugak. Kalau dia mati dalam kereta ni macam mana? Hesh!

Dia menoleh ke arah penumpang di sebelahnya. Tak berapa jelas kerana mukanya berpaling ke sebelah kiri. Pengsan ke tidur ni? Dahinya berkerut.

"Cik!" Dia cuba menggoyangkan bahu perempuan itu sekali lagi. Mana tahu dia buat-buat tidur je ke?

"Cikk!!!" Diambil tangan perempuan itu dan rasa nadinya. Sah! Dia tidur je ni. Tapi lemah je nadi dia tu. Omar Daniel kalut semula. Okay, check lagi sekali.

Masih tiada respon.

Tak pasal-pasal aku terlibat dalam kes ni. Semak otak la! Menyesal tak ajak lelaki tadi sekali ke hospital. Dia yang jumpa perempuan tu dulu, biar dia saja yang bersoal jawab dengan pegawai hospital. Nama dia pun aku tak tanya! Omar Daniel mengeluh sendirian.

Ya Allah, tolonglah..apa aku nak buat ni? Entah kenapa otak dia rasa macam dah beku dan tak boleh berfikir apa-apa dah. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar dan lagu Hoobastank, The Reason kedengaran.
"I'm not a perfect person
There's many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you"

Bukan jiwang ya tapi lagu ni beri makna tersendiri padanya. Omar Daniel ceria melihat nama pemanggilnya. Doktor Sherina! Tingg! Otaknya berfungsi semula. Allahu Rabbi, syukur, tepat pada masanya.

"Assalamualaikum, Om."

"Waalaikumussalam, Aunty. Err..Aunty,I need your help. Aunty datang rumah Om sekarang boleh?"Terus dia ajukan soalan itu. Maksudnya dia akan bawa balik perempuan itu ke rumahnya? Dia jongket bahu. No choice. At least, sampai perempuan itu sedar semula, fikirnya.

"Om kenapa cemas je ni?" Hesh, budak bertuah ni. Belum apa-apa dah bagi arahan pergi rumah dia. Doktor Sherina sedikit terkejut.

"Kawan Om..err...injured."
"So, kenapa tak hantar dia ke hospital?"
"Aunty datang dulu ya. Please. Nanti Om ceritakan..ohh, by the way, kenapa Aunty call Om ni?"
"Bertuah betul budak ni, baru dia nak tanya. Saja je Aunty nak tanya khabar Om. Om pun lama tak jenguk Aunty.."bebel doktor itu di talian.
"Alaa...Aunty bukan tak tahu kan, Om busy lar. Lately, banyak projek Om kena handle," balas Omar Daniel sambil ketawa kecil.
"Hmm...iya la tu. Okay, Aunty baru nak keluar IKEA ni. So, boleh la Aunty singgah rumah Om sekejap tengok kawan tu. Lucky I always bring along my medic bag. I'll be there less than 20 minutes." 
"IKEA? That was so good! Aunty cepat ya, Om tak tahu nak buat apa. She is still unconscious."
"What? She?" terkejut Doktor Sherina mendengarnya. Perempuan? Siapa pulak kali ni?
"Jumpa kat rumah ya, Aunty. Bye!" cepat-cepat talian dimatikan.  Soalan doktor itu dibiarkan begitu saja.

Doktor Sherina mengeleng-ngeleng kepalanya. Arif benar dia dengan sikap Omar Daniel yang tidak suka berbual panjang di telefon. Urusan business pun dia lebih suka berdepan katanya lagi senang membaca riak klien, musuh atau kawan.

Kereta Omar Daniel meluncur laju. Jarak dari hospital ke rumahnya hanya lebih kurang empat kilometer saja. Lima minit kemudian dia sudah melalui Jalan Margosa, Bandar Sri Damansara. Alat kawalan jauh pintu pagar automatik ditekan dan keretanya tidak ke garaj seperti kebiasaannya tapi terus berhenti betul-betul depan pintu masuk rumah. Hon dibunyikan. Tak lama kemudian pintu kayu berukir cantik itu terbuka dari dalam.

"Mak Nah, Om jumpa dia ni tak sedarkan diri tadi. Sekejap lagi Doktor Sherina sampai. Tolong dia apa yang patut," kata Omar Daniel kepada seorang wanita pertengahan umur yang juga pembantu rumahnya. 

Mak Nah melihat saja Omar Daniel mengangkat seorang perempuan dari tempat duduk penumpang keretanya dengan penuh tanda tanya. Namun langkahnya tetap jua mengekori Omar Daniel ke tingkat atas ke bilik tetamu.

"Siapa ni, Om? Kenapa dia jadi macam ni?" Dari tadi Mak Nah mahu membuka mulut bertanya tapi takut dikatakan Omar Daniel mahu menyibuk hal dia pula.

"Om pun tak tahu Mak Nah. Tunggu dia sedar dulu baru kita tahu. Mak Nah tolong..."
Ayatnya mati di situ  sebaik saja dia membaringkan perempuan itu perlahan-lahan di atas katil. Omar Daniel terpaku. Oh my...Tiba-tiba dadanya berdebar-debar. Terasa macam ada renjatan menyentap adrenalinnya. Wajah itu direnung lama-lama. Iras seseorang yang amat dikenali tapi hatinya tidak berani mengiyakan. Pelanduk dua serupa kut. Subhanallah. Terpesona dengan kejelitaan semulajadi dan keindahan ciptaan tuhan. She is so beautiful. Tadi dalam kereta dia hanya dapat melihat dari tepi saja lagipun dah gelap.

"Tolong apa, Om?" Suara Mak Nah membuatkannya tersentak. Kacau daun la Mak Nah ni.
"Hah? Apa dia Mak Nah?" Hilang ingatan tiba-tiba.
Aik, dia tanya kita balik. Mak Nah senyum. Bukan dia tak perasan tadi Omar Daniel asyik merenung perempuan misteri itu je.
"Tadi kan Om minta tolong Mak Nah, nak tolong apa ni?"
Betul dia sudah hilang ingatan. Tak ingat apa yang dia nak cakap tadi. Omar Daniel pandang Mak Nah sambil tersengih.
"Err...aaaaa...Nanti Mak Nah tolong tengokkan dia ni ya. Om nak mandi dan solat dulu," cepat-cepat dia jawab. Malu juga kalau Mak Nah perasan tadi.
Memang pun! Mak Nah senyum balik padanya penuh makna.
"Ya la Om..."

Omar Daniel kembali memeriksa keadaan perempuan muda itu. Dia masih ingat rawatan kecemasan yang diberikan untuk teman kuliahnya dulu, Abigail Johnson seorang gadis dari Scotland yang pernah pengsan gara-gara menahan lapar kerana nak kurus. Masalah betul dengan perempuan kalau nak kurus sanggup tak makan.

Nak kena bagi CPR ke ni? Periksa nadi dia dulu. Dekatkan pipi ke hidungnya dan rasakan pernafasan ade ke tak. Lebih kurang macam ni la kut, fikir Omar Daniel sambil bercakap seorang diri. Tak perlu CPR rasanya sebab dia masih bernafas dengan baik cuma lemah saja. CPR atau "Cardiopulmonary Resuscitation" adalah gabungan khidmat kecemasan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada untuk mangsa yang tidak boleh bernafas atau aliran darah tidak cukup biasanya untuk mangsa serangan jantung, tercekik atau lemas. Heh, rasa macam doktor pulak. Entah betul ke tak, tapi sedikit sebanyak ilmu sebesar kuman ni mampu jugak membantu. Kalau terpaksa buat CPR tu boleh je. Part yang bagi pernafasan mulut ke mulut tu. I'm willing! Omar Daniel sengih. Amboi! Heh, gatal-gatal kucing dah datang.

Mak Nah hanya memerhati saja dari belakang. Tunggu arahan saja. Dia pun tak tahu apa nak dibuat kalau dah terbujur kaku macam itu rupanya.

"Firstly, baringkan mangsa perlahan-lahan...sudah! Tinggikan bahagian kaki sedikit lapik dengan bantal atau selimut yang boleh membantu peredaran darah berjalan lancar. Longgarkan pakaian untuk bagi ruang pengudaraan yang baik. Hesh! Part ni boleh skip." Omar Daniel senyum simpul. Bukan tak biasa tapi takut tergoda you! Dah la putih melepak dia ni. Biar doktor dan Mak Nah la yang buat nanti. Iman tak kuat lagi. Ya ampun!

"Lepas tu periksa ada cedera, luka atau patah ke tidak. Bahagian ini pun biar doktor yang lebih arif la periksa dia. Lebam sana sini macam teruk je. Last but not least, pastikan pengaliran udara bersih...done!"

Comforter ditarik ke atas hingga separas pinggang perempuan itu dan suhu penghawa dingin dinaikkan sedikit supaya tidak terlalu sejuk. Sleep well, beauty. 

"Mak Nah jangan tinggalkan dia ya takut dia sedar nanti tak ada orang pulak. Ada apa-apa panggil Om cepat!"
"Baiklah, Om. Senyum je dari tadi Mak Nah tengok, kenapa?"
"Eh, mana ada, Mak Nah! Tengok, Om serius ni! Om mandi dulu la,"jawabnya sambil tersengih sebelum beredar dari bilik itu. Aduh, Mak Nah perasan ke?

Friday, 27 December 2013

CINTA KATAKAN SAJA 3

PART 3



DUA hari sebelumnya.

"Nisa! Oh Nisa!" Tiada jawapan.

"Nisa! Khairunnisa!!!" Kali ni lebih kuat.

"Assalamualaikum..Hah Malik, apa hal kau datang ni?"

Tiba-tiba Nisa menjengah kepalanya di sebalik pintu. Tak reti bagi salam ke? Rasa kurang senang dengan kehadiran Malik. Dah la semua orang tak ada ni. Mereka semua ke rumah adik Pak Long, Mak Lang Nani untuk persiapan kenduri kahwin Rania. Malam ni malam berinai, esok akad nikah, lusa majlis kenduri. Memang banyak persiapan yang nak dibuat.

Nisa masih berkerja hari ni. Terpaksa gantikan shift rakan sekerja, Ros Amelia. Tiba-tiba hari ni dikejutkan dengan berita ibu Ros meninggal dunia.

"Mak, sorry la Nisa tak dapat ikut sama. Kesian Ros, mak. Ibu dia meninggal pagi tadi. Kebetulan ramai staf lain yang bercuti jugak, kan sekarang cuti sekolah,"ujar Nisa.

"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..Ibu Ros sakit apa?"

"Kena heart attack mak."

"Kesiannya...tak apa la Nisa pergi la kerja dulu. Malam nanti lepas maghrib mak suruh Abang Ril balik ambil Nisa ya. Bawak baju lebih dua tiga pasang, kita tidur sana terus malam ni,"balas Mak Long Siah pula.

"Ye la mak. Kirim salam kat Rania dan Mak Lang sekali ya,"ujar Nisa sebaik saja menyalami dan mengucup tangan Mak Long Siah.  


Wajah Malik dipandang penuh curiga. Sekarang ni dah lewat malam. Tiba-tiba Nisa rasa tak sedap hati je.

"Err..waalaikummussalam Nisa. Sorry la ganggu kau malam-malam ni. Aku nak tunggu Khairil kejap, ada hal sikit dengan dia," kata Malik sambil tersenyum padanya.

"Tapi Abang Ril dah call tadi bagi tahu dia tak balik. Pagi esok baru dia balik,''kata Nisa pula.

"Tak..takk..dia balik..dia balik. Aku baru je cakap dengan dia tadi,"ujar Malik bersungguh-sungguh.

Nisa pelik. Betul ke ni? Tadi Abang Khairil cakap dia balik ambil aku esok pagi je. Kereta buat hal. Bimbang rosak dalam perjalanan malam-malam begini. Susah. Workshop pun tutup katanya.

Nisa akur. Sedih tak dapat bersama raikan Rania. Terpaksa la tidur seorang diri malam ni. Bukan takut cuma terkilan sikit je. Nisa dah biasa ditinggalkan. Alah bisa tegar biasa. Sebelum maghrib tadi dia dah pastikan semua tingkap dan pintu rumah ditutup dan berkunci rapat.

"Tapi, tak elok la Malik kau nak tunggu kat sini. Pak Long dan Mak Long tak ada ni."

"Aku tahu tu Nisa. Mereka pergi rumah kenduri adik Pak Long, kan. Tak apa, kau jangan risau. Aku duduk kat beranda rumah ni je. Malas pulak aku nak patah balik rumah. Khairil cakap lima belas minit lagi dia sampai,"jawab Malik bersahaja. Yakin.

Nisa tetap rasa tak selesa. Dia perempuan, seorang diri je. Apa kata orang nanti. Kalau Mak Bedah a.k.a reporter tak bertauliah kampung tu tahu lagi naya. Mulut laser kemain. Kalau bergossip tak tahu hujung pangkal cerita pun, berdas das keluar dari mulut dia. Cerita A boleh jadi BCDEFG. Memang tak ada insurans. Kalau boleh 24 jam mata dan mulut dia nak beroperasi.

Si Malik satu hal lagi. Nama je anak imam kampung tapi perangai kalah hantu. Betul la kan, iman memang tak dapat diwarisi walaupun ayah seorang imam sekalipun. Sepatutnya dia jadi la contoh teladan pada anak-anak muda kampung. Ni dia yang jadi kepala samseng.

"Hmmm...okay la. Suka hati kau la nak tunggu kat mana. Aku masuk dulu la macam tu," dah agak lama baru Nisa bersuara. Memang betul la ada hal penting tu. Sampai sanggup Abang Khairil balik jugak. Kalau sebab aku macam-macam alasan dia bagi. Kereta buat hal? Bukan aku tak tahu.

Sebaik saja pintu nak ditutup semula, Malik bersuara.

"Nisa, bagi air suam segelas, aku haus la.."

"Eh, macam-macam la kau ni. Tunggu Abang Ril sampai nanti la." Bukan tak nak bagi cuma Nisa tak suka cara Malik tu. Saja nak ambil kesempatan. 

"Alah Nisa, kau ni kan air segelas pun nak berkira. Kalau aku mati tercekik kang sebab kau tak bagi air..."balas Malik pula. Sengaja buat muka monyok je. Biar Nisa kesian tengok.

"Hishh..ke situ pulak. Yalah..yalah, kejap aku ambilkan!"Nisa terus masuk ke dalam rumah dengan muka masam.

Malik sudah tersenyum lebar. Jeratnya mengena. Tak ada la susah mana pun. Dia memerhatikan sekeliling. Sepantas kilat dia terus menyelinap masuk ke dalam rumah melalui pintu depan yang masih terbuka tadi.

Sekarang kau tahu la nasib kau, Nisa! Berani kau hina dan cabar aku hari tu depan semua orang, kan. Hah, sekarang tak ada siapa boleh tolong kau! Malik ketawa kecil. 

Nisa tak sedar ada mata yang memerhatikannya. Baru saja menuang air ke dalam gelas, sepasang tangan kasar memeluknya dari belakang.

"Maa..likkk!!!"

Gelas yang dipegang terlepas dari tangan dan jatuh berkecai. Badannya ditolak ke depan menghimpit table top dapur. Walaupun dia meronta-ronta nyata tenaga lelaki itu lagi kuat. Jeritan Nisa tenggelam. Mulutnya ditekup rapat-rapat.

Bau dari kain yang menutup mulut Nisa buat dia rasa lemas. Tak boleh bernafas. Nak bergerak pun tak boleh. Yang pasti dia tahu lelaki itu adalah Malik. Hanya mereka berdua di rumah itu. Siapa lagi? Tak lama kemudian, kedengaran suara Malik ketawa mengilai sementara sendi tubuhnya mula rasa lemah tak berfungsi. Mata pun tak mampu dibuka lagi.

~~~~~~~~~

MAK LONG SIAH melambai-lambai sambil melaungkan nama Khairil beberapa kali. Dia yang sedang melepak bersama beberapa orang sepupu menoleh.

"Apa halnya, mak?" Tanya Khairil sebaik saja menghampiri emaknya.

"Eh, kenapa Ril tak pergi jemput Nisa lagi? Kan dah lewat malam ni," soal Mak Long Siah.

"Err..err..aaa..tadi Ril dah telefon, Nisa kata dia sakit perut. Esok pagi-pagi la Ril jemput dia. Lagipun kereta Ril buat hal la. Nanti rosak dalam perjalanan susah pulak malam-malam ni, mak."

Alasan. Saja dia reka cerita sebab malas nak balik ambil Nisa. Dah jadi dua kali kerja aku nak kena menjemput dia pulak. Ingat dia tu tuan puteri ke apa? Marah benar dia pada Nisa. Dengki tak habis-habis.

"Laa..pulak dah. Habis tu dia tidur seorang la malam ni. Mak rasa tak sedap hati la Ril," ujar Mak Long Siah pula.

Memang sejak siang tadi dia rasa tak sedap hati. Asyik teringatkan Nisa je. Banyak kali dia tersalah ambil barang dan tersadung kaki. Tadi, baru saja segelas cawan pecah. Terlucut masa nak menyusun pinggan mangkuk. Lain yang nak diambil, lain pula yang diberinya. Teringat tadi dia disuruh merasa kari ayam. Dah cukup masin diberitahunya masih tawar. Mujur tukang masak tak terlebih menambah garam.

Apa yang tak kena dengan aku ni? Bisik hatinya.

"Dia kan dah biasa tidur seorang, mak. Tak yah risau la. Tahu la dia jaga diri tu. Bukannya budak-budak lagi pun." Khairil tak puas hati emaknya asyik ambil berat pasal Nisa.

"Ya la Ril, mak yang fikir bukan-bukan. Esok pagi la Ril pergi ambil dia ya,"Keluhan berat dilepaskan.

"Yalah," jawab Khairil acuh tak acuh je. Nisa Nisa Nisa!Dia mencebik.





MALIK merenung wajah mulus Nisa puas-puas. Nisa sudah diangkat ke bilik tadi. Pipi yang kemerahan itu diusap-usap. Kecantikan semulajadi Nisa buat Malik tak tentu arah. Nafsu mula mengocak imannya yang sudah begitu rapuh.

Tak kan kau nak tengok je Malik! Buktikan kau cintakan dia!
Fikiran Malik bercelaru.
Jangan Malik! Jangan! Kau kata kau sayang dia, cintakan dia!
Satu suara lain pula bergema.

Ya, aku cintakan Nisa. Tapi dia dah malukan aku! Sebab tu aku kena ajar dia cukup-cukup!
Suara itu ketawa lagi. Malik besarkan matanya. Sesekali dia mengeleng-ngeleng.
Pedulikan cinta! Hidangan dah sedia depan mata, Malik! Dia dah jadi milik kau!

Bisikan-bisikan itu terus datang silih berganti menerjah kotak fikiran Malik. Sesekali dia rasa marah dan benci. Sekejap lagi dia rasa sayang melampau-lampau.

Tidakkk!!! Aku sayangkan Nisa!
Malik...Malik..Apa yang kau buat ni pun sama je natijahnya. Jangan lepaskan peluang Malik!

Argghhh! Malik menutup telinganya dengan kedua-dua belah tangan. Dia tak sanggup dengar bisikan itu lagi. Kusut. Dia merenung wajah Nisa lagi. Jari jemari Nisa digenggam erat dan dicium berkali-kali. 

Kau yang buat aku jadi begini, Nisa. Aku cuma nak kau jadi milik aku. Nisa, kau milik aku! Milik aku!

"Eh, Malik! Kau ni memang lelaki tak guna, tau tak? Kau dengar ni, cuba sedar diri sikit. Dah la hidup menumpang mak ayah, siang malam buat onar sana sini, ada hati nak kahwin dengan aku pulak? Penyangak macam kau ni nak berubah? Seratus tahun lagi pun belum tentu. Aku tak percaya langsung cakap kau Malik."

"Kau ni kan tak layak sebenarnya jadi anak imam. Hidup malukan keluarga je. Eh, aku tak layan la samseng macam kau ni. Kau nak bagi aku makan apa? Pasir?"

Pedih dengar kata-kata Nisa tempoh hari bagai menusuk jantung. Tebal muka dia tak tahu berapa inci dah. Bukan apa, sebab semua orang kat Warung Pak Ali dengar kata-kata Nisa tu. Egonya robek terus. Rasa tercabar dan hina sangat bila ayat tu keluar dari mulut Nisa. Selalunya Nisa diam je, hari tu lantang pulak bersuara.

Macam la kau tu keturunan baik sangat Nisa! Ingat aku tak tahu kau siapa? Kau belum kenal siapa Malik, Nisa!

Sebenarnya Nisa dah tak tahan diganggu dan disakat oleh Malik dan konco-konconya. Setiap kali dia lalu depan Warung Pak Ali mesti kena. Dah memang itu laluan dia tiap-tiap hari nak pergi kerja, terpaksa la hadap jugak. Hari tu, dia sengaja tinggikan suara supaya Malik sedar. Biar dia tahu malu sikit. Tapi sebaliknya pulak berlaku.

Friday, 20 December 2013

CINTA KATAKAN SAJA 2

Jeng Jeng Jeng! Ni la hero yang Arissa pilih..tak berkenan? Alamak..nak hero mana? hahaha

PART 2

SYED OMAR DANIEL memandu perlahan memasuki perkarangan masjid. Keadaan agak lengang memandangkan waktu solat Asar dah nak habis. Dia mencari parkir yang terdekat dengan pintu masuk ke masjid dan terus bergegas keluar, ambil wuduk lalu menunaikan solat. Khusyuk sekali. Sudah agak lama dia tak berkesempatan untuk berjemaah di masjid kerana urusan pejabat yang tak pernah surut. Malah jadual hariannya juga semakin padat sejak kebelakangan ini.

Alhamdulillah, sekarang aku dah berjaya solat penuh lima waktu. Kalu dulu satu waktu pun payah sekali. Bukan tak tahu solat tapi tak pernah buat. Kekok kerana dah lama tinggalkan amalan. Bila rasa iman naik sikit adalah satu waktu je. Itu pun acuh tak acuh je. Tak pun kena marah dengan Papa Wan dan Mama. Solat pun laju macam lipas kudung, kejap je dah siap. Macam tak solat la jugak. Bila lalai, leka dengan duniawi bukan solat je lupa. Semua tentang agama pun lupa.

Dosa? Tak rasa apa-apa pun.

Terngiang-ngiang tazkirah tentang solat di cuping telinganya.

"Walau sibuk macam mana pun, jangan abaikan solat. Sepuluh minit untuk solat tu lebih penting dari segala urusan yang kita buat. Wajib. Selagi hayat kita dikandung badan dan tak gila, akal masih lagi siuman.. tak ada sebarang alasan untuk kita tinggalkan solat."

Dalam tazkirah Ustaz Hakimi di masjid suatu ketika dulu ada juga menyebut :

"Semua orang islam tahu solat tu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat sesungguhnya dia telah mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama, tapi yang susahnya kita nak terus istiqamah menunaikannya. Apatah lagi nak solat di awal waktu."

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Luqman, Ayat 17 :

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."

Usai solat Omar Daniel menadah tangan dan berdoa memohon keampunan, ketetapan iman, memanjatkan kesyukuran dan memohon kebahagiaan untuk semua yang dikasihinya. Tak lupa doa dan Al-Fatihah buat arwah papanya Syed Hazim Daniel dan arwah adiknya Wan Nur Audra agar sentiasa dicucuri rahmat Allah dan berada di kalangan orang-orang yang beriman.

Jiwanya rasa lebih tenang berbanding setahun dulu.

"Ustaz, tolong saya..saya dah jauh sesat..saya..saya banyak buat dosa ustaz. saya derhaka pada orang tua, tak pernah solat, puasa, kaki perempuan, macam-macam dosa lagi saya buat ustaz!"

"Tangan saya ni, tangan saya ni kotor ustaz. Saya banyak beri rasuah dalam business. Allah masih terima ke taubat orang macam saya ni ustaz?"ujarnya dalam linangan airmata.

"Tak ada orang yang tak berdosa Omar, kecuali junjungan besar Rasulullah SAW. Kita bukan maksum. Alllah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Sykurlah Omar dah sedar sekarang. Kembalilah ke jalan Allah dan bertaubatlah,"balasUstaz hakimi sambil menepuk bahunya perlahan.

"Sebenarnya, saya..saya..saya sebenarnya yang sebabkan kematian Audra. Saya nodai adik saya sendiri, Ustaz!"

"Saya mabuk malam tu hinggakan saya tak kenal dia siapa. Kerana benci dan marah pada saya dia keluar dari rumah dan terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya. Saya tak dapat maafkan diri saya sampai bila-bila pun ustaz..." tiba-tiba Omar Daniel meluahkan keperita.n yang terbuku di dada. Wajahnya suram.

"Astagfirullah hal adzimm..." Ustaz Hakimi mengeleng-ngeleng kepalanya.

"Saya yang salah ustaz tapi kenapa Allah ambil dia dari kami. Saya yang salah..saya yang berdosa..dia tak salah apa-apa pun. Dia mati kerana saya ustaz! Saya pembunuh! Saya yang bunuh dia!"

Omar Daniel menangis teresak-esak. Sesekali dia memukul dirinya sendiri. Kepalanya dihantuk ke dinding hingga berdarah. Rasa macam nak bunuh diri je.

"Ya Allah! Sabar Omar. Sabarr..jangan salahkan diri kamu lagi!" Ustaz Hakimi memegang kedua-dua belah bahu Omar Daniel dan cuba menghalang perbuatannya.

"Bertaubatlah Omar..itu ubat paling mujarab untuk hati kamu."

"Omar, kita wajib percaya pada qada' dan qadar tuhan. Setiapa apa yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Sebab itu juga Omar berada di sini bukan di kelab-kelab malam yang selalu Omar pergi dulu."

Terasa benar Omar Daniel dengan kata-kata Ustaz Hakimi itu. Dia terduduk di tepi dinding masjid.
Terasa? Memang patut pun! Dulu kelab-kelab malam la pilihan utama aku nak lepak, berhibur dan release tension. Konon. Hidup hanya fikir nak seronok dan enjoy je. Bangga bila jadi pujaan gadis-gadis dan disanjung tinggi teman-teman.

Dari dulu hidupnya mewah tak pernah merasa kesempitan. Dia tak pernah fikir dosa atau pahala. Di usia muda lagi, dia dah berkedudukan tinggi. Tak perlu nak mendaki dari bawah. Harta peninggalan arwah papanya melimpah ruah. Perempuan? Petik jari je. Pasti berduyun datang.

Ah, semuanya kerana poket aku!

I'm still young. So, shut up, just enjoy life! Itu prinsipnya dulu. Teguran dan nasihat Mama tak pernah masuk ikut telinganya. Paling pantang bila Papa Wan, bapa tirinya yang tegur. Pasti dunia macam nak kiamat. Kerana dendam dan dengki Papa Wan jadi orang paling dibenci.

"Kubur masing-masingkan..lantak aku la. I'm not your son! I repeat i'm not your son! Kau jangan ingat Papa dah serahkan Mama dan harta dia, kau boleh berlagak. Eh, ada hati nak nasihat aku pulak!"

"Hello old man..kau ingat sikit ya, tanpa harta Papa siapa kau sebenarnya. Merempat!!" 

"Omar Daniel! Watch your mouth!" tengking Mama mencerlung tajam padanya. Mama dah tak boleh bersabar lagi. Papa Wan hanya diam. Terasa juga dia.

"No Mama..NO! Not this time.. I've been waiting for this time so long. Apa nak jadi pun jadi la."

"He is culprit Mama, can't you see it. He's not after you..he's after the money Papa left us. I don't believe him, Mama. Never!!!"

Panggg!!!

Dapat hadiah paling best dan pertama kali juga dari Mama. Lagilah dia bertambah benci pada Papa Wan. Baginya lelaki itu perampas kasih sayang Mama darinya. Dia masih ingat selepas Papa meninggal, lelaki itu sering datang memujuk Mama yang dalam kesedihan. Lama-lama jadi rapat. Akhirnya Mama setuju nak kahwin dengan lelaki tu. Sejak itu dia mula benci Papa Wan.

Bila lahirnya Wan Nur Audra dan wan Nur Aleeya dia makin rasa dipinggirkan. 

Jealous?Of course la. Selama ni Mama hanya ada dia. Lepas tu, kasih sayang Mama beralih pada si kembar. Macam-macam hal yang dilakukannya untuk menarik perhatian. Entah berapa kali Papa Wan dan Mama kena turun naik tangga sekolah kerana masalah disiplinnya. Nasib baik memang otak genius. Top scorer jugak.

Bila dapat offer ke luar negara, kesempatan itu digunakan sebaik mungkin untuk menghindarkan diri dari keluarganya. Berada jauh beribu batu dari kawalan keluarga menyebabkan adat dan budaya masyarakat negara barat itu turut menjadi sebahagian rutinnya juga.

"Omar, bila kita redha dan tawakkal menerima ketentuan takdir itu pasti Allah akan berikan nikmat ketenangan dan kebahagiaan," kata-kata Ustaz hakimi bergema lagi ke pelupuk telinganya.

"Allah sayangkan Omar. Kita ni manusia yang sentiasa melakukan dosa dan kesilapan. Tapi Allah pula sangat sukakan hamba-hambaNya yang menyesal, yang mengaku dosa dan kesilapan diri mereka. Dia sentiasa menanti taubat hamba-hambaNya. Bahkan dalam Al-Quran berkali-kali menegaskan bahawa Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."

"Omar, jangan bangga dengan harta dunia yang kita ada, kerana itu semua pinjaman Allah. Dengan sekelip mata je Dia boleh putarkan segalanya. Tarik balik nikmat yang dikurniakan."

"Jangan juga kita terlalu ego berada di bumi Allah ni. Buat apa nak ego ssetinggi langit. Itu maksudnya kita ni tak sedar yang diri kita ni pun Allah yang pinjamkan nyawa dan udara nak bernafas."

Dalam maksud hujah Ustaz Hakimi menerjah kalbunya. Terasa dirinya begitu kerdil.



Firman Allah SWT :

"Katakanlah (Muhammad), Tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami dan hanya kepada Allah bertawakkal orang-orang yang beriman." (At-Taubah Ayat 9:51)

Thursday, 19 December 2013

CINTA KATAKAN SAJA 1



PART 1


Kesan lebam di badan Nisa terasa amat menyakitkan. Dia masih lemah. Kulit kepalanya juga masih sakit. Bagai disiat-siat. Bibir bengkak. Bahu sebelah kanan terasa berat. Tak boleh diangkat. Terseliuh ke? Sesekali dia mengerang kesakitan bila cuba untuk berpusing. Seluruh badan terasa lenguh.

Matanya dibesarkan sedikit demi sedikit untuk memerhatikan sekeliling bilik itu. Penglihatan masih kabur. Langsir yang cantik itu bukan seperti langsir di biliknya yang sudah usang. Katil dan cadar itu juga bukan miliknya. Mewah. Dia hanya miliki katil besi biasa saja. Diamati pula selimut yang membaluti tubuh ke paras pinggang. Bukan juga.

Kat mana aku ni? Apa dah jadi?

Matanya merenung kembali ke siling. Cuba mengingati semula apa yang berlaku. Satu persatu kisah bermain di matanya. Macam slaid drama paling hebat. Mukanya terasa panas semula. Airmata mengalir perlahan-lahan. Hiba sungguh rasa hati nan lara ini.

"Kau memang sengaja menconteng arang ke muka kami ya, Nisa! Aku bela dari kecik sampai sekarang, bagi kau makan pakai, pelajaran, macam ni kau balas pada kami!"

"Kalau aku tahu macam inilah jadinya, aku tak ingin nak bela kau, tau tak?" Jeritan Pak Long Hashim bergema di segenap ruang rumah.

Ditolaknya badan Nisa ke dinding. Kepalanya ditunjal-tunjal. Sebelah tangannya dipulas ke belakang.

"Pak Long! Tolonggg...sakitt tangan Nisa!! Biar Nisa jelaskan apa sebenarnya berlaku. Nisa tak salah Pak Long..."

"Oh, tahu pulak kau rasa sakit macam mana ya. Hati aku yang sakit, muka aku yang malu kat semua orang kampung ni, kau tak ambil kira! Apa kau ingat aku tak boleh ajar kau macam ni?"

Nisa menjerit bila tangannya diheret kasar ke tengah rumah. Pak Long Hashim tak mendengar lagi kata-katanya. Mereka yang lain di dalam rumah itu hanya memandang saja tanpa kata. Seolah-olah mengiyakan hukuman yang diberikan. Mak Long Siah langsung tak pandang wajah Nisa.

Abang Khairil pun diamkan diri juga. Hampa lagi. Hanya Mira, anak Abang Khairil yang berusia lima tahun memandangnya penuh simpati. Si kecil itu cuba menghampirinya tapi ditahan oleh Mak Long Siah.

Ya Allah, bagilah aku peluang untuk jelaskan perkara sebenarnya. Kenapa semua orang tak mahu dengar cakap aku? Rintihnya dalam sedu sedan.

"Pak Long, Mak...Nisa tak salah. Nisa dianiaya. Anak Pak Imam, Si Malik tu yang rancang semua ni. Nisa tak sedar apa yang berlaku.."

"Tolonglah percayakan Nisa. Nisa tak akan sesekali menconteng arang ke muka Pak Long sekeluarga."

"Macam mana kami nak percayakan kamu lagi Nisa,"Mak Long Siah pula bersuara.

 "Semua dah terbentang depan mata kami ni. Kami malu Nisa. Malu pada semua orang. Dari dulu sampai sekarang kami kena pertahankan kamu, tapi..." Mak Long Siah mengesat airmatanya lagi dengan hujung baju yang dipakai.

"Tapi...sampai hati kamu buat macam ni Nisa.." 

Luluh hati Nisa. Dia tak sanggup melihat walau setitis pun airmata gugur dari kelopak mata Mak Long Siah yang sudah dianggap seperti ibu kandung sendiri. Nisa sedar jasa dan pengorbanan keluarga itu terlalu besar. Ibu bapanya sendiri entah ke mana.

"Makk!!"

Nisa meluru ke arah perempuan tua itu tapi Mak Long Siah berpaling sebelum sempat Nisa memeluknya. Namun dia cuba juga meraih tangan Mak Long Siah.

"Mak jangan cakap macam tu. Nisa sedar siapa Nisa. Tanpa  Pak Long dan Mak siapalah Nisa ni. Nisa tak pernah kenal ibu bapa Nisa. Nisa kenal Pak Long dan Mak je dari kecil..tolonglah..percayakan Nisa.."

Pak Long Hashim yang melihat bertambah berang. Kata-kata Nisa langsung tak memberi kesan padanya. Yang ada cuma kebencian.

"Aku tak percaya!!! Aku tak percaya cakap kau ni!" Jerit Pak Long Hashim sambil memegang kepala Nisa. Matanya membuntang marah. Badan Nisa menggeletar. Gerun melihat muka bengis Pak Long Hashim.

"Kalau kau anggap kami ni macam mak bapak kau, kau tak buat macam ni! Kau memang dasar anak tak kenang budiii!!" 

Panggg!!!

Satu tamparan kuat mengenai pipi mulus Nisa. Badannya terdorong ke belakang. Melekap lima jari kasar Pak Long Hashim di pipinya. Merah. Perit. Kebas. Mana mungkin dia mampu melawan tenaga seorang lelaki berbadan tegap macam Pak Long Hashim. Dia yang hanya seberat 45kg tu senang saja dihumban terus ke tanah. Nisa meraba pipinya yang keperitan. Terasa darah pekat mengalir di celah bibirnya.

Mak Long Siah dan Abang Khairil turut kelihatan terperanjat.

"Pak Long..Mak, tolonglah..Nisa tak buat semua tu. Nisa diperangkap..NIsa..Nisa..takk.." terketar-ketar dia merayu dan memohon simpati Pak Long Hashim.

"Ya Allah!!"

Belum sempat ayatnya habis, pipi sebelah lagi terpaksa menerima habuan tangan kasar Pak Long Hashim. Berpinar matanya. Kepala terasa berpusing-pusing.

"Aku dah tak kuasa nak dengar apa-apa pun dari mulut kau! Nih, gambar ni pun dah ceritakan A sampai Z. Kau memang anak celaka!!!"

Serentak beberapa keping gambar dicampak di hadapan muka Nisa dan bertaburan ke lantai rumah. Nisa terkejut melihat gambar-gambar itu satu persatu.

Apa ni? Siapa lelaki ni? Macam mana aku boleh bergambar dengan dia?

Mata Mak Long Siah dan Abang Khairil turut menonton gambar yang sama. Gambar dia dalam pelukan seorang lelaki dalam keadaan penuh ghairah. Amat memalukan. Maruahnya terasa dibuang ke longkang, dipijak-pijak oleh mata yang melihat. Airmatanya mengalir deras. Kepalanya mengeleng-ngeleng tidak percaya. Mata dipejam. Mencari kekuatan.

Ya Allah, dugaan apakah ini..

"Dulu ibu kau yang buat hal, sampai beranakkan kau ni ha! Sekarang kau nak ikut jejak langkah dia ya. Kalau bukan Mak Long kau ni yang kesiankan korang, tak ingin aku nak bela anak haram macam kau ni, tau tak?"

"Dah ibu pun menyundal, samalah jugak anaknya. Memang keturunan sial! Sia-sia saja aku bela, bagi makan pakai, pelajaran semua! Bila besar kau malukan aku sampai macam ni. Aku tak boleh terima kau lagi, anak jahanam! Kau pergiiii!!!"

Pak Long Hashim mengamuk sakan. Tak habis-habis dia menyumpah seranah pada Nisa.

"Ayah, cukuplah tu! Mungkin Nisa tak salah. Cuba kita dengar dulu cerita dia.."

Abang Khairil mencelah tiba-tiba. Ayahnya sudah melampau. Tak sanggup dia tengok Nisa macam tu lagi.

Pak Long Hashim mencerlung tajam pada anaknya.

"Kau jangan nak ajar aku pulak, Ril!"

Rasa sedih bertambah pedih dan pilu dengan kata-kata Pak Long Hashim.
Sial.
Anak haram.
Celaka.
Terasa hina benar di mata mereka. Badannya terhinjut-hinjut menahan esakan. Selama ni dia dikeji diumpat sekalipun, dia mampu bertahan. Kali ni, terasa dia keseorangan. Tiada siapa pun peduli.

Salah ke aku anak haram?
Aku ke yang berdosa kerana lahir ke dunia ni?
Salah jugak ke aku nak menumpang kasih?


Wednesday, 18 December 2013

PROLOG~Cinta Katakan Saja


 
~PROLOG~

Setahu aku ibu serahkan aku kepada Pak Long Hashim sekeluarga kerana nak lari dari aib yang menimpa. Sudah tak tertahan caci cela orang kampung katanya. Ayah pula hilang terus tanpa khabar berita. Malu dan kecewa kerana isteri belahan jiwanya ditangkap berkhalwat dengan orang lain. Tercabar dikatakan dayus, ibu diceraikan.

"Kau langsung tak fikir dosa pahala. Kau tak fikirkan aku, suami kau nih! Ya Allah, aku tak nak tengok muka kau lagi, perempuan!"

"Abang, ampunkan Ina bang!! Ina merayu pada abang..tolonglah Ina. Ina tiada siapa-siapa lagi. Semua dah buang Ina bang..Ina tahu Ina jijik di mata abang..Ina berdosa, tapi tolonglah jangan buang Ina dari hidup abang. Ina mohon, berilah peluang Ina jelaskan apa yang berlaku sebenarnya,"airmata yang gugur dan rayuannya tak mampu melerai kusut di jiwa adamnya lagi. - Salina

"Salina binti Hussin, aku ceraikan kau dengan talak satu!!!" bergetar suara itu melepaskan hawanya yang sentiasa dicintai setiap masa. -Wan

"Saya mesti keluar dari kampung ni, kak. Nak cari Abang Wan semula. Tapi saya tak boleh bawak Nisa sekarang. Hidup saya pun belum pasti lagi kak. Sebab tu, saya mohon akak jagalah Nisa macam anak akak sendiri. Didiklah dia sebaik-baiknya kak. Kalau umur kita panjang, kita akan berjumpa semula," linangan airmata kasih tumpah lagi.

Berat rasanya meninggalkan bayinya yang baru berusia lapan bulan kepada Shamsiah, satu-satunya teman yang boleh dia harapkan. Tangisan si kecil menambah hiba di jiwa. Seakan mengerti akan ditinggalkan.

"Maafkan ibu sayang. Ibu pasti kembali dengan Ayah." - Salina

"Kalau dah ibu pun menyundal, samalah jugak anaknya! Memang keturunan sial!! Sia-sia saja aku bela, bagi makan pakai, pelajaran semua! Bila besar kau malukan aku sampai macam ni sekali! Aku tak boleh terima kau lagi, anak jahanam! Kau pergiiiii!!!" - Pak Long Hashim

"Nisa, saya betul-betul sayangkan awak, cintakan awak! Kenapa susah sangat nak terima saya dalam hidup awak? I know you love me too, right? Hati saya ni dah ada cap mohor nama awak, Nisa. Tak mungkin yang lain! Sumpah!" - Syed Omar Daniel

Layak ke aku meraih cintamu. Tak! Aku tak layak pun untuk dicintai dan menyintai. Aku tak ada keturunan yang baik-baik sepertimu. Siapa aku pun belum pasti. Berangan mahu hidup mewah dalam keluargamu? Ternyata aku bermimpi. Meski namamu juga terpahat di hati ini, aku tak bisa menyatakan cinta.

"Tolong jangan penat mencintaiku, Om!" - Khairunnisa

 "NISA, KAU MILIK AKU!" - Malik

"Every time I see you, my heart stop. Please let me breath again, sweetheart." - Adam Mikael



P/S : Ermm..how's that? Ada gambaran tak lagi cerita ni macam mana?
Thanks for reading, peeps! :))

Love,