Followers

Thursday 28 March 2013

Untitled1

Okay...actually, Arissa tengah mencari ilham untuk menyiapkan bab Sejujurnya Aku Cinta, then suddenly this story came accross my mind. so guys, enjoy reading! 
Untitled?
Hmm..tak tahu nak letak tajuk apa lagi...just enjoy the story dulu ok..tq. :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Encik, kerusi ni ada orang tak?"

Dah nampak tak ada orang, tapi sajalah tanya mana tahu orang tu pergi toilet ke apa ke. Untung sabut timbul, aku dapat tempat duduk. Untung batu tenggelam...tak apalah, tak salah tanya, kan. 

Aik, aku tanya saja, kerusi tu ada orang ke tak, jeling aku macam nak terkeluar biji mata tu kenapa?So scared...aku mencebik.

"Err..encik, kerusi ni ada orang tak? Boleh saya duduk sini?"tanyaku sekali lagi.

Soalan masih tak berjawab dan lelaki itu buat tak tahu saja.

Geram. Sakit hati pun ada.
Mataku masih ligat mencari kerusi kosong. Penuh. Hampa. Tinggal satu saja lagi di sebelah lelaki mata ikan lolong tu. What? Ha, ya lah...mata ikan lolong a.k.a mata ikan Uji Rashid. Eh, kesian pula Kak Uji tetiba mata dia pula terjebak sama. Maaf ya Kak Uji. Aku tersengih sorang-sorang.

Hmmm...macam tak ada orang nak duduk sebelah dia..duduk sajalah kat kerusi tu. Hak public, kan. bukannya mak bapak dia punya. Lambat nanti orang lain pula dapat tempat tu. Tersengih lagi.

"Err..err...saya duduk sini ya,"kataku sekadar berbahasa. Tanganku dah mencapai kerusi yang dimaksudkan. Tunggu green light saja.

Tiada jawapan. Lelaki itu kelihatan tekun mengadap laptopnya. Muka pun serius semacam.

Dengar ke tidak ni?Aku garu kepalaku yang tidak gatal. OKU ke dia ni? Nak kata pekak ke bisu ke macam kurang sopan pula rasanya. Aduh, macam mana ni? Kaki ni dah lenguh berdiri saja dari tadi. Ramai pula orang kat Gerai Mak Jah tengah hari ni. Kalau perut aku tak lapar tahap dewa ni tak adalah aku tercangak kat Gerai Mak Jah ni. Jumpa pula lelaki mata ikan lolong yang menyakitkan hati. Aku yang cun melecun ni pun dia buat tak tahu saja. Huh, aku mengeluh.

"Duduklah."

Eh, siapa yang bercakap tuh? Terus aku pandang muka lelaki tadi tu. Mata bertentang mata. Aik, dah tak ada mata ikan lolong, mata biasa saja. Ada mulut juga rupanya. Aku memberikan senyuman seikhlas hati tanda terima kasih namun langsung tak berbalas. Dia hanya memberi isyarat supaya aku duduk di kerusi kosong itu. Mukanya langsung tak ada rupa nak bertegur sapa dengan aku. Malas nak ambil kira tentang lelaki itu, aku terus duduk. Jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang...aku menyanyi dalam hati sambil tersengih. Baik aku terus order makan, sudah aku balik pejabat habis cerita. Dia tengah selesaikan masalah negara kut.

"Eh, Cik Kiah! Lama tak datang gerai Mak Jah, apa khabar?" Alamak! Mak Jah, janganlah panggil aku dengan nama tu. Tiba-tiba rasa malu pula. 

Aku jeling sekilas pada lelaki itu. Harap-harap dia tak dengar la. Nampak tekun saja dari tadi. 

"Errr...sihat Mak Jah. Mak Jah pun nampak sihat ya sekarang. Yalah, gerai dah bertambah maju. Penuh saja orang kat sini, nak duduk pun kena queue, glamour gerai Mak Jah sekarang kan," terus aku bersalam dengan Mak Jah.

"Alhamdulillah Cik Kiah, rezeki Allah. Hmm...Cik Kiah ni nak makan apa?"

"Hmmm...macam biasa la Mak Jah, nasi ayam sup lebih, tembikai laici. Saya nak cepat ni, dah lewat." Mak Jah senyum.

"Yalah...err...err..encik ni nak makan apa-apa tak?"tanya Mak Jah pada lelaki itu.

Aku terus menoleh ke arah lelaki itu. Laptopnya telah ditutup. Dah habis kerja kut.

"Sama macam Cik Kiah,"jawabnya pendek.

"Ok."Mak Jah pun terus berlalu.

Terkejut aku mendengar dia menyebut nama Cik Kiah sampai terbatuk-batuk. Dia tersengih memandang aku.

Aduh, habis kredibiliti dan personaliti aku. Dia panggil aku Cik Kiah! Maksudnya dia curi-curi dengarlah aku tengah bercakap dengan Mak Jah tadi. Mukaku merah. Cuaca yang sedikit redup pun tak mampu melegakan kepanasan hati aku ni. Ishh, nak marah ni, nak marah ni! Tapi aku juga yang bagi tahu Mak Jah suruh panggil Kiah saja dulu.

"Cik ni nama apa?" tanya Mak Jah.

"Nama saya Nayli Rauqqah makcik,"jawabku.

Makcik itu kelihatan tergagap-gagap nak menyebut namaku. Aku senyum.

"Nali Rau...Rau....apa?Ishh, susahnya nama kamu ni makcik nak sebut.Tergeliat lidah makcik ni.."

"Ala...makcik panggil Kiah pun boleh..."jawabku selamba.

"Haish...nama cantik-cantik suruh panggil Kiah saja...kamu tak kisah ke?" tanya Mak Jah sambil tersenyum.

Alamak!Kiah? Kenapa nama Kiah pula yang aku sebut? Banyak lagi nama lain, Elly ke Nana ke. Teringat drama Kiah Pekasam di Astro lakonan Che Ta yang jelita tu. Geli hati bila teringat anak buahku, si Nani menyanyikan lagu Kiah Pekasam.  

Kiah, Kiah, Kiah Pekasam!
Kiah, Kiah, Kiah Pekasam!

Kiah pun Kiah la. Ambil aura Che Ta sikit. Daripada makcik tu tergeliat lidah nak sebut nama aku, asyik Rau..Rauu..apa makcik ingat Shamsul Ghau Ghau ke? Nak suruh dia panggil Riqqi pun macam susah juga. Hmm..biarlah dia panggil aku Kiah. Makcik ni seorang saja pun. Orang lain tak tahu. Hmmm...lepas itu bermulalah episod Cik Kiah dengan Mak Jah sampai sekarang.

"Cik Kiah!"

"Cik Kiah oiii!!!"Kuat sedikit dari tadi.

Aku tersentak. Habis lenyap lamunanku. Che Ta ke mana Mak Jah pun ke mana. Hilang terus. Lelaki itu sedang memandang aku. Aku pula buat muka pelik. Apa hal pula dengan mamat ni?

"Nasi ayam sup lebih awak dah sampai, tak nak makan ke?"

Ohhh...baru aku ingat pasal makan. Back to reality. Malu pula. Aku tengok dia dah separuh jalan. Aik, lama ke aku mengelamun? Tak sedar pula bila waiter hantar makanan.

"Hmm...nakk..nak makan la ni,"jawabku terus mencapai sudu dan garfu.

"Tak baca Bismillah ke?"tanya lelaki itu belum pun sempat suapan pertama masuk ke dalam mulutku.

Ishh..sibuk pula mamat ni. Aku baca la. Slow. Cukup untuk pendengaranku sahaja. Terus aku menoleh ke arahnya. Aku buat muka pelik sekali lagi.

"Sorry...saya tak dengar pun."Dia tersengih memandangku.

"Dah, saya baca dalam hati la!"jawabku dengan muka selamba.

Terus aku makan tanpa mempedulikannya lagi. Marah betul aku. Pantang aku masa nak menjamu selera ada yang mengganggu. Terbantut selera. Tadi bukan main lagi jual mahal tak nak bercakap dengan aku. Bila orang nak makan, sibuk pula. Takkanlah nak doa makan kena baca kuat-kuat. Rasa macam tak kenyang saja makan hari ni. Yalah, tak dapat aku nak menikmati kesedapan nasi ayam Mak Jah dengan sepenuhnya.

Aku terus capai telefon bimbitku.

Update status facebook la apa lagi.

"Lunch with Mr. BigEye, what a day!!" Done. Posted.

Tik!Tik! Tak sampai seminit telefon bimbitku berbunyi. Tik!Tik! Berbunyi lagi. Dan lagi. Dan lagi. Aku tersenyum. Mood ceria sudah kembali. 

10 likes.10 comments.

Mr.BigEye? Siapa tu?-Zira
Kenapa?Mata dia besar ke?-Maya
Wow, handsome tak?-Balqis
Tak ajak pun pergi lunch...huhu- Zul
Kenapa panggil dia macam tu, tak baik tau - Faiz
Makan apa?Nak ikut!! - Intan
Who is he?I'm jealous!!- Firman

Belum habis semua mesej kubuka, aku menjeling ke sebelah. Eh, mana mamat tuh? Dah habis makan ke? Aku tengok pinggan dia sudah kosong. Gelas dia tadi pun tinggal ais sahaja. Cepatnya dia makan!

"Saya dah bayarkan untuk awak sekali!"tiba-tiba dia muncul di sebelahku. 

Terkejut aku dibuatnya. Hampir terlepas telefon bimbit di tangan. Astaghfirullah...macam nak gugur jantung rasanya. Nasib baik tak kena heart attack. Tak sukalah terkejutkan orang macam ni.

"Eh, saya tak suruh pun awak bayar sekali. Saya ada duit la..."gugup aku menjawab. Aku capai purse di atas meja. Aku keluarkan duit sepuluh ringgit. Dia ingat aku tak ada duit ke?

"Tak apa Cik Kiah, my treat....thanks sudi temankan saya lunch hari ni,"jawabnya. Dia senyum padaku dan terus segera beredar. Aduh, jatuh cinta pula dengan senyuman itu. Aku senyum semula. Sempat berangan lagi sekali. Handsome.

"Eh!Encik!Encik!.." tiba-tiba aku tersedar. Aku cuba memanggilnya tapi dia sudah jauh dari pandanganku.  

Apa kena dengan mamat tu? Aku masih terpinga-pinga. Apa kena dengan aku sebenarnya? Kuat berangan betul. Eh, nama aku bukan Cik Kiah la! Tak sempat pula nak ucap terima kasih sebab belanja. Dapat makan free aku hari ni. Jimat poket. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Hmm..betul tu.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut...balik office la woii, kerja berlambak lagi!


to be contiued....


No comments:

Post a Comment

Like it? Want more?
Your Motivation and Support are very much appreciated. Thank you for reading, peeps! :)