Followers

Friday 7 February 2014

CINTA KATAKAN SAJA 6



Part 6


Nisa tersentak bila menyedari pintu bilik dikuak dari luar. Dia kembali ke alam nyata. Airmata yang masih bersisa di pipinya diseka perlahan. Seorang perempuan petengahan umur lebih kurang sebaya dengan Mak Long Siah masuk ke dlaam bilik itu. Dia senyum memandang Nisa.

"Eh, cik dah sedar ya? Syukur Alhamdulillah..."

Nisa angguk perlahan. Senyum hambar. Tiada sebutir pun bicara keluar dari mulutnya walhal bermacam-macam soalan berlegar di dalam mindanya ketika ini. Kelu. Mulut pun masih terasa bengkak.

"Baguslah macam tu..hampir dua hari cik tak sedarkan diri," sambung perempuan itu lagi.

Dua hari?
Dua hari aku tak sedarkan diri? Biar betul! Dahinya berkerut. Perempuan itu dipandang tak berkelip. Mencari kepastian di wajah tua itu. Tak mungkin makcik ni nak tipu pulak, fikirnya semula.

"Err...cik tunggu sini, Mak Nah panggil Om ya," ujar perempuan yang membahasakan dirinya Mak Nah itu dan terus beredar. Pandangan mata Nisa mengekori lenggok Mak Nah hingga ke pintu bilik dan hilang di sebaliknya.

Mak Nah? Om? Siapa mereka ni? Pelik. Macam mana aku boleh berada di sini? Mana Mak? Abang Khairil? Matanya beralih ke luar jendela kaca yang berukir cantik itu. Mereka ini pasti orang berada, fikir Nisa. Serba serbi nampak mewah. Tiba-tiba hatinya dipagut rasa sayu. 

Entah-entah Mak dan Abang Khairil tinggalkan aku sendirian kat sini. Sampai hati mereka buat aku macam ni. Mereka pun sama macam Pak Long Hashim jugak, tak percayakan aku. Aku fikir masih ada orang akan pertahankan aku rupanya tidak. 

Mak cakap mak sayang Nisa? Mak percayakan Nisa? Kenapa tinggalkan Nisa Mak? Nisa tak buat perkara tu Mak! Percayalah... 

Dari tadi Omar Daniel memerhatikan tetamu misterinya itu bercakap seorang diri dan menangis teresak-esak. Apabila Mak Nah bagi tahu dia perempuan itu sudah bangun, dia terus berlari ke tingkat atas banglo dua tingkat itu. Lemonade yang sudah diteguk separuh gelas ditinggalkan. Anak tangga dilangkah dua sekaligus. Semakin dia menghampiri bilik tetamu itu, esakan makin jelas kedengaran dari dalam. Langkahnya terhenti di muka pintu.

Bab air mata inilah yang aku selalu fail bila dengan perempuan ni. Fragile! Perempuan bila sedih menangis, bila happy pun boleh menangis jugak. Hesh! Lemah otot dan sendi rasanya. Tetiba rasa dalam hati ini ada taman bunga. Eh, mata aku pulak masuk habuk ni apa kes? Hilang macho macam ni. Omar Daniel mengatur langkah maju setapak ke dalam bilik. Pintu bilik sudah terbuka sejak Mak Nak keluar tadi agaknya.

"Err..cik..cik dah okay ke?" Okay? Apa punya soalan ni, tengoklah dia asyik menangis je tu. Omar Daniel garu kepala.

Nisa masih teresak-esak. Dia tidak menyedari ada orang lain bersamanya dalam bilik itu. Omar Daniel serba salah. Jika dulu, kalau perempuan menangis seperti itu pasti sudah lama berada di dalam dakapannya. Sekejap saja mereka sudah ceria semula. Bawa mereka shopping dan makan di tempat paling romantik sudah cukup untuk mengubah air mata bertukar jadi senyuman sampai ke telinga. Lakonan semata-mata, Huh! Tapi dengan dia ni apa aku nak buat?

"Ehemm! Ehemm!!" Tangannya dilambai-lambai ke arah perempuan itu.

Kat alam mana dia ni, macam tak nampak je aku kat sini? Ahh! Menangis je tahu, bila nak berhenti! Banjir dah ni oii! Omar Daniel mulai bosan. Inilah perempuan, lemah sangat. Cubalah kuatkan semangat sikit!

"Oii cik adikk!!!" Bukan niat dia untuk menjerit tapi itu yang berlaku.

Serentak esakan Nisa terhenti. Kepalanya terasa bergegar. Mukanya diangkat sedikit demi sedikit menyoroti sepasang kaki berseluar bermuda separas lutut berwarna biru gelap dan t-shirt Sundry berwarna putih milik seorang lelaki yang sedang memandangnya tepat. Mata bertentang mata. Ada debaran halus menyelit dalam sanubari masing-masing.

Siapa ni? Nisa terkejut. Terlupa tadi Mak Nah sudah maklumkan padanya dia nak panggilkan seseorang. Dadanya berdebar-debar. Sekutu Malik ke ni? Ketakutan mulai menguasai diri. Senyuman lelaki itu makin buat dia kecut perut.

"Tolonggg!!"
"Tolonggg!!!" sekuat hati dia menjerit.

Nisa nampak lelaki itu maju setapak lagi. Riak mukanya juga berubah. Nisa cuba mengengsot sedikit ke belakang. Badannya menggeletar.

Mana nak lari ni? Kat mana aku ni? Matanya memandang ke kiri dan ke kanan mencari peluang. Tiada ruang. Matanya dipejam rapat-rapat. Nafas ditarik dalam-dalam.

"Tolonggg!..lepaskan aku...lepaskan akuuu!! Tolonggg!" Nisa menjerit sekali lagi. Dia mengiring badannya ke tepi cuba untuk lari dari tempat itu. Sebaik sahaja kakinya memijak lantai dan dia cuba berdiri tegak, tindakan refleks menyebabkan badannya jatuh semula ke atas katil.

Aduhhh! Kenapa sakit sangat kaki aku ni? Terasa berdenyut- denyut di tapak kakinya. Dia mengerang kesakitan. Ya Allah, selamatkanlah aku dari segala kejahatan manusia.

"Ehh...ehhh! Cik..cik..kenapa ni? Awak okay ke?" Omar Daniel segera mendapatkan perempuan itu. Cemas juga dia tengok perempuan itu tiba-tiba menjerit.

Nisa sebak. Baru sekarang ada orang bertanya keadaan dirinya. Dia memandang lelaki itu tanpa kata.

"Awak jangan takut ya. Awak selamat kat sini,"ujar lelaki itu lagi. Entah kenapa perasaan takut tadi hilang sedikit. Seolah-olah dia pernah mendengar suara itu.

"Err..sakit?"

Sakit lar, kau ingat aku saja buat-buat sakit? Hatinya menjerit. Semuanya rasa sakit sekarang. Mata Nisa bergenang.

"Awak jangan bangun dulu, kaki awak bengkak ni. Ada kaca di tapak kaki awak semalam tapi doktor dah buang..dah cuci dah. Saya tak kurung awak pun, macam mana awak nak suruh saya lepaskan awak pulak. Saya cuma nak selamatkan awak je," sambil bercakap Omar Daniel mengangkat kaki Nisa  semula ke atas katil walaupun Nisa cuba menghalang.

Barulah Nisa dapat melihat dengan jelas kaki kirinya berbalut. Tak sedar langsung bila dan di mana kakinya terpijak kaca. Dia cuba mengingati sesuatu. Nisa menolak tangan Omar Daniel ketika dia mahu mengangkat dan membetulkan keadaan badan Nisa agar betul-betul di tengah katil.

"Sa..saya boleh bergerak sendiri la!"

Selamba dia je nak pegang-pegang aku ni, kenapa? Nak ambil kesempatan? Nisa menjeling tajam. Dia cuba bergerak ke tengah katil tapi tangan sebelah kanannya tak dapat digerakkan untuk menampung badannya ke tengah. Mukanya berkerut.

"Err..err..saya bukan nak apa-apakan awak lar. Saya nak tolong awak je..tangan awak tu mungkin terseliuh kut, doktor cakap," balas Omar Daniel. Suaranya ditekankan sedikit dan dia terus mengangkat badan Nisa semula ke tengah katil tanpa mempedulikannya. Nisa akur. Sedih, macam OKU pulak rasanya.

Duduk tepi sangat nanti jatuh katil pulak, bertambah satu lagi penyakit. Hesh! Orang nak tolong pun dah cukup bagus. Ingat aku nak ambil kesempatan ke? Please lar..you are not my type! Omar Daniel geram.

Nisa diam. Sugul. Perasaannya bercampur baur. Sedih. Kecewa. Alone. Fikirannya menerawang jauh entah ke mana. Manik yang bergenang gugur lagi satu persatu. Omar Daniel mengeluh.

"Oii cik, dah sampai Afrika ke???" Alamak, terkuat pulak. Diri sendiri pun terkejut.

Nisa tersentak lagi. Matanya merenung tepat lelaki di hadapannya itu. Omar Daniel tersengih sambil mempamerkan sebaris gigi putih bersih. Bukan tak kasihan, tapi dah macam Hantu Kak Limah dia tengok perempuan itu. Rasa mahu ketawa tapi ditahan juga.

Mata Nisa masih merah. Pipinya masih basah dengan airmata. Apa kena dengan mamat ni? Macamlah aku duduk jauh satu kilometer. Menjerit sampai nak pecah gegendang telinga aku ni. Kalau tak tahu masalah aku jangan nak cari pasal pulak. Dah la sengih macam Abang Jali jual burger kat kampong aku tu. Nasib baik kau up sikit daripada Abang Jali. Perasan handsome la tu? Matanya dikecilkan.

Ya Allah, kuatkanlah semangat aku. Nisa tarik nafas dalam-dalam.

"Om?" Tanya Nisa tak lama kemudian. Suaranya masih bergetar. Baru teringat tentang Mak Nah yang nak panggilkan Om tadi, agaknya mamat inilah Om itu.

Aik? Macam mana dia tahu nama aku pulak ni? Pertama kali seorang perempuan selain dari ahli keluarganya, Mak Nah dan Doktor Sherina memanggilnya dengan nama timangan, Om. Secara rasmi dia dikenali sebagai Syed Omar, Omar ataupun Danny di kalangan gadis-gadis. Sekali lagi terasa kejang urat darah mendengarnya. Lembut pula dengar suara dia.

Ish! panggil nama pun dah cair, Om..apa kena dengan kau ni? Omar Daniel tersengih lagi.

"Err..ya.. saya Om..cik adik ni pulak nama apa?" sopan santun jadinya.

Eleh, nak tunjuk baik la tu. Nisa mencebik. Cerita sedihnya hilang tiba-tiba. Pak Long Hashim, Mak Long Siah dan Malik entah ke mana. Terpacul pulak mamat ni yang entah siapa.

"Ermm..Om asal dari Indonesia ya? Muda lagi pakcik ni ya," ikutkan hati malas nak bercakap tapi Nisa balas juga sekadar berbahasa.

Macam tak sesuai saja gelaran Om itu atau lebih tepat lagi dipanggil Paman, pangkat sebagai pakcik la di sini, fikir Nisa. Ah, jangan tertipu dengan rupa. Mungkin dia dah berumur 40 tahun, mana tahu? Agaknya anak-anak buah dia panggil macam tu kut..logik, kan!

Omar Daniel tercengang.
"Hah? Siapa dari Indonesia? Pakcik? Saya memang la muda lagi ni... ganteng, kan!"

Bluerkk! Perasannya. Loya anak tekak aku ni.

"Ehh..awak lar, siapa lagi Om kat sini? Om tu kan panggilan bagi pakcik di Indonesia. Banyak makan jamu kut awak ni."

Buat tak faham pulak mamat ni. Ganteng la sangat macam apek jual sayur kat pasar je gayanya tu.

Serentak terburai ketawa Omar Daniel mendengarnya. Nampak tua sangat ke aku ni? Ada ke panggil aku pakcik? Makan jamu pulak tu. Lagi kelakar dari Indonesia. Mana entah datang idea tu. Dia betul-betul geli hati. Rasa macam digeletek aje.

"Ehemm!" Nisa pula terasa pelik. Kelakar ke? Salah ke aku cakap tadi?

"Opss! Sorry..sorry..you're so funny lar! Saya bukan Om atau pakcik atau asal dari Indonesia macam yang awak fikir tu."

"Then, what?" Wahh, pandai jugak minah ni speaking rupanya.

"Actually...Om is my name..nama manja saya. Err..Omar..Nama saya Omar Daniel! Awak?"

"Hah?" Aku yang salah la ni? Nisa bingung.
 Ya Rabbi, macam mana boleh terfikir macam itu tadi? Malunya. Nisa terasa pipinya membahang tiba-tiba.

"Yes...and please, jangan panggil saya pakcik Om pulak! Saya orang Malaysia lar!"
Omar Daniel cuba menahan ketawanya. Lucu rasanya melihat wajah perempuan itu yang masih terkebil-kebil. Tak habis lagi kesan ubat penenang yang doktor bagi semalam kut.

"Err...sorry...saya..tak terfikir itu nama awak," ujar Nisa.

"It's okay.. saya tak salahkan awak kalau salah faham pun," Omar Daniel tersengih memandangnya.

"Tapi..tapi saya tak pekak lar..awak tak perlu nak jerit-jerit kat saya tadi. Orang lelaki ni suka nak herdik, nak tengking orang perempuan, kan!" balas Nisa sedikit meninggi. Geram bila tengok Omar Daniel masih tersengih memandangnya.

Aik! Aku pulak yang kena. Aku dah panggil dia elok-elok tadi tak dengar. Bila jerit marah pulak. Dah la panggil aku pakcik dari Indonesia bagai. Panas pulak hati ni. Nasib baik kau tak sihat lagi.

"Maaf cik adik, tak sengaja terkuat tadi. Saya bukan nak tengking awak. Saya dah panggil awak berkali-kali, awak asyik menangis aje. Lepas tu termenung, then cakap sorang-sorang. Bom atom jatuh pun tak sedar," jawab Omar Daniel sambil mengukir senyuman semanis mungkin.

Don't be hard on her, teringat pesan Doktor Sherina.

Amboi, pedas! Kalau bom atom jatuh mana sempat sedar, tahu-tahu je dah terburai! Bijak sungguh.

"Nisa..." sepatah perkataan itu keluar dari mulut Nisa tak lama selepas mereka diam seketika.

"Nama awak? Nisa?" Soal Omar Daniel pula. Dia mula rasa penat berdiri sejak tadi. Lantas dia memilih wing chair di sebelah katil itu untuk duduk.

Suka-suka hati dia aje selamba duduk. Ingat rumah dia ke apa?

"Tak, katak kut. Bukan ke tadi awak tanya...ingat nama beruang ke?" Geram pula Nisa dengan lelaki di hadapannya yang asyik tersengih dari tadi.

"Ya tak ya jugak.. saya ingat nama awak Lijah tadi...err...sepupu Hantu Kak Limah tu! Kalau katak tu sesuai jugak tapi beruang macam tak kena pulak!" Omar Daniel ketawa lagi. Rasa seronok dan lucu hari ini dapat berbual dengan tetamu misterinya itu.

Nisa sengih buat-buat. Kelakarnyaaaa! Tunggu aku jadi Hantu Kak Limah baru kau tahu. Eiii! Geram betul!

"Okay..okay..maafkan saya. Nisa ada family?"

Terus wajah Nisa bertukar jadi mendung. Ada family ke aku ni?

Istilah keluarga terdiri daripada ayah, ibu dan anak yang lebih sinonim dipanggil seisi rumah. Keluarga besar pula terdiri daripada sepupu dan sanak saudara kelaurga yang lain. Aku? Menumpang kasih Mak Long Siah dan Pak Long Hashim sekeluarga yang tidak mempunyai pertalian darah pun sejak dua puluh satu tahun yang lepas. Hanya mereka yang aku kenal dan anggap keluarga. Walaupun Pak Long hashim tidak pernah menganggap aku sebagai anaknya, namun tulang empat kerat itu juga yang telah menyara aku sampai ke university. Ibu dan ayah? Mungkin sudah tiada di dunia ini. Itu saja yang mampu kufikirkan kerana sampai detik ini aku tidak pernah mengenal siapa mereka. Yang aku tahu sejarah yang mereka tinggalkan terpaksa aku tanggung sampai bila-bila.

Tetapi, salah ke aku menumpang kasih mereka yang aku anggap keluarga? Sampai bila kejadian dua puluh tahun lampau mahu diungkit? Bisakah aku hidup bebas tanpa bayangan mereka? Aku dicampak keluar dari keluarga itu tanpa belas kasihan, tanpa sebarang pengertian. Jadi, di manakah fungsi keluarga itu? Keluarga yang sepatutnya menjadi tempat perkongsian kasih sayang, tempat bergantung harap, saling mempercayai dan menyokong di antara satu sama lain. Soalan Omar Daniel mengembalikan realiti yang seketika tadi dilupakan.

"Perkataan itu tak wujud lagi untuk saya..."jawab Nisa sebak.


~to be continued~
Enjoy reading peeps, thank you :))
Love,
Arissa Adelia

CINTA KATAKAN SAJA 5




Part 5
 

"Mana bos awak, Sue? Tak sampai lagi?" sapa Dato Wan Mohd Yusoff agak keras pagi itu sambil melihat jam di tangannya.

Lima belas minit lagi ke angka sebelas pagi. Briefcase yang dibawanya dihempas agak kuat ke atas meja Sue Anne, Personal Assistant Syed Omar Daniel itu. Matanya menjeling ke arah bilik Pengarah Eksekutif milik Omar Daniel yang masih kosong dan bertutup rapat. Ini yang dia tidak suka. Hal peribadi jangan sesekali dicampur adukkan dengan hal syarikat. Bertindak gunakan akal bukan emosi.  

Be professional!
 
"Err...hi, morning Dato Wan. I pun tak tahu. I've been calling his mobile since morning Dato. Pagi tadi tak berangkat... and just now, I tak dapat call dah," kecut perut Sue Anne mencari alasan yang sesuai. Dia pun pening kepala kenapa bosnya itu belum masuk pejabat lagi. Selalunya tepat jam 9.00 pagi dia dah menyapa Sue Anne. Kalau tak masuk pejabat pun, dia pasti akan menelefon memberi makluman kepadanya. Pagi ini tiada berita langsung.

Dato Wan termenung mendengarnya. Dia sendiri tidak dapat menghubungi Omar Daniel pagi tadi. Ke mana pulak anak tirinya ini? Buat perangai lama balik ke? Bimbang juga pertelingkahan mereka malam semalam menyebabkan Omar Daniel berkerat rotan berpatah arang. Dia sedar dia yang bersalah dalam hal itu. Sudahnya malam tadi semua orang tidak menjamah langsung makan malam yang terhidang. Sampai ke pagi ini juga Datin Tengku Soraya, isteri kesayangannya itu merajuk dan tidak bercakap dengannya.

Pantang ditegur, semua nak merajuk! Hesh! Dia merengus dan menoleh ke arah Sue Anne semula.

"Did he knows we're signing contract with Megah Engineering after lunch meeting, today?" tinggi nada Dato Wan. Matanya bulat dan tepat memandang Sue Anne yang mula menggelabah.

Alamak! Dato Wan mesti ingat aku tak bagi tahu bos ni. Kenapalah malang nasib aku hari ni. Pagi-pagi tadi dah kena marah dengan Si Tonggek Kasut Tinggi tu. Cari bos jugak, sekarang kena dengan Dato Wan pulak. Sue Anne telan liur sambil tersenyum kelat. 

"I sudah inform dia semalam lagi Dato Wan, before dia keluar site visit project di Kuala Selangor tu. Email and SMS pun sudah Dato tapi..."

"Tapi apaa??" Serius muka Dato Wan.

Aduh! Boleh gugur jantung aku kalau hari-hari kena sergah macam ni. Nasib baik Dato Wan ni handsome orangnya. Rasa sejuk hati balik. Walaupun dah tua tapi nampak lagi segak dan mengancam. Awww! Eh, apa kena dengan taste kau ni Sue?

"Err...tapi.. dia tak reply pun Dato..Jadi, I pun tak tahu dia akan hadir ke tak meeting tu nanti," ujar Sue Anne lembut sambil tersenyum semanis mungkin. Suaranya sengaja dimanjakan sedikit. Mana tahu Dato Wan tergoda nanti.

"Get him! By hook or by crook..lunch meeting nanti, I want him there!" tegas suara Dato Wan memberi arahan. Senyuman di bibir Sue Anne mati. Kalut dia mendapatkan gagang telefon semula.

Owhh ooo! Bukan setakat gugur jantung silap haribulan tak berdegup lagi. Tersekat esofagus rasanya. Jangan nak berangan Sue Anne, buat kerja! Yang bos pun satu, susah sangat nak pasang telefon kat rumah. Tak ada privacy katanya. Buatnya telefon bimbit dia habis bateri, dah susah nak dihubungi...hmm...privacy la sangat, aku yang kena menjawab!

~~~~~~~~~~

"Rahmat, Hilton Hotel, PJ. Jam dua belas, saya ada lunch meeting kat sana," ujar Dato Wan kepada pemandu peribadinya.

"Okay Dato..."

Dato Wan Mohd Yusoff kelihatan bersandar di dalam kereta Mercedes Benz yang mula bergerak membawanya ke destinasi yang dimaklunkan tadi. Matanya terpejam rapat. Cuba melepaskan penat barangkali. Batuk-batuk kecil turut kedengaran. Sejak kebelakangan ini, kesihatannya sedikit merudum. Sebagai Pengarah Urusan Warisan Teguh Holdings, dia tidak punyai banyak masa untuk berehat dan memanjakan dirinya. Selagi berupaya dia akan laksanakan tanggungjawabnya. Dia sentiasa bersemangat, berani dan tegas dalam setiap kerja yang dilakukan. Kriteria itulah juga yang meyakinkan bapa mertuanya, Tan Sri Tengku Ismail, ayahanda Datin Tengku Soraya untuk melantik dirinya sebagai tunjang syarikat milik keluarga mereka sejak lima belas tahun lalu, lima tahun setelah pemergian Allayarham Syed Hazim Daniel, sahabat karib yang juga bekas suami Datin Tengku Soraya.

"Dato okay ke?" tegur Rahmat sambil menjeling menerusi cermin pandang belakang.

"Macam ni la Mat, kadang-kadang rasa penat juga bekerja ke hulu ke hilir ni,"perlahan saja jawapan Dato Wan sambil menahan batuk. Dia menutup mulutnya dengan sapu tangan kecil di tangannya.

"Kenapa tak serahkan saja pada Syed Omar, Dato. Biar dia yang uruskan semuanya. Dato bolehlah berehat je pantau dari rumah, pergi bercuti ke,"balas Rahmat.

"Duduk rumah saja tak buat apa Mat? Lagi cepat aku sakit rasanya. Dah tiga puluh lima tahun aku bekerja Mat...susah senang semuanya aku telan. Tak senang aku nak goyang kaki saja kat rumah tu. Bukan sekarang...sampai masanya, Syed Omar Daniel kena pikul juga semua tanggungjawab ni. Hah, tengoklah, sekarang ni pun tak nampak lagi batang hidung dia kat pejabat, macam mana nak uruskan syarikat? Huh!" Dato Wan mengeluh sedikit beremosi.

Rahmat diam. Dibiarkan Dato Wan menenangkan fikiran dan berehat semula. Dalam diam dia kagum dengan semangat yang tidak pernah luntur dari majikannya itu.

~~~~~~~~~~

"Lain kali kalau dah lewat sangat, tak payah datang. Perut pun dah masuk angin, selera pun dah mati!"

Memang sengaja ayat itu dilontarkan sebaik saja semua orang duduk menghadap makanan di meja makan. Entah kenapa bila nampak saja muka Omar Daniel dia jadi marah dan benci. Teringat semula apa yang Omar Daniel lakukan. Dia tak mampu lagi untuk terima dan memaafkan kesalahan Omar Daniel dua tahun lalu. Kehilangan seorang permata yang disayangi menambahkan lagi rasa kebencian yang terbuku di jiwa.

"Sorry Pa..Ma.. Om ada emergency just now, but you don't have to wait for me. Om dah bagitahu mama tadi kan, I'll be late. Kenapa tak makan je dulu.." Darah mudanya cepat saja menggelegak. Panas telinganya mendengar kata-kata Papa Wan membuatkan dia tidak betah untuk berdiam diri sahaja walaupun mama telah memberi isyarat supaya diam.

Memang Omar Daniel rasa bersalah bila menyedari mereka masih menunggunya untuk makan malam bersama. Ikutkan hati dia pun tak mahu datang tetapi sebab dah berjanji dengan mama terpaksalah juga datang ke villa.

"Alasan! Orang yang selalu bagi alasan memang tak pernah rasa bersalah. Bukan nak fikir pasal orang lain. If you can't make yourself punctual, you'll lose the game forever!"

"Eh, kenapa dengan you all berdua ni, pantang jumpa nak bergaduh. Depan rezeki ni tak eloklah macam ni. Jom kita makan dulu. Abang? Om?" Tengku Soraya mencelah. Kedua-dua wajah lelaki kesayangannya dipandang silih berganti. Risau perang dingin meletus lagi. Aleeya sejak tadi hanya diam.

Bosan! Dah start balik perang teluk ni, lambatlah boleh makan nampaknya, getus Aleeya masam.

Omar Daniel menolak kerusinya dan terus bangun. Wajahnya muram. Papa Wan memalingkan muka ke arah lain.

"Game, papa? You call this is a game? What game are you trying to play with me now? Seriously, Om tak faham. Setiap kali Om datang villa, ada saja yang tak kena di mata papa, ada saja yang papa tak puas hati!"

"Om...bukan itu maksud papa..duduk dulu sayang," mama cuba menenangkan dirinya lagi.

Omar Daniel menoleh memandang mamanya sayu.

"Om dah minta maaf berjuta kali, Om dah cuba berubah, but until now..you still don't want to accept it, papa nak suruh Om buat apa lagi ni? Melutut? Sembah kaki papa? I've done everything..everything! I am only asking for a chance.. a chance to make it right this time. Tak ada ke peluang tu untuk Om? Or you want to see me die, baru papa puas hati?"

"Abang, please...stop this! I can't bear this anymore. Kita dah hilang Audra, Aya tak sanggup.. hilang Om pula..please abang!" Airmata sudah berjujuran keluar dari mata seorang ibu yang tak sanggup lagi melihat keadaan itu. Jangan buat keputusan terburu-buru,Om, rintihnya.

Papa Wan hanya diam membisu. Ego menghalang dirinya untuk menyatakan kebenaran. Dia yang terlampau mengikutkan perasaan sampai hilang kewarasan.

"Two years..two years papa. Om rasa macam orang asing, rasa terbuang.. like i don't have a family..." Tengku Soraya teresak-esak mendengarnya. Hiba.

"Thanks for dinner mama.." diraih tangan mamanya untuk disalami dan dicium.

Rasa sebak dan kecewa bersatu. Dia terus keluar dari villa tanpa menoleh lagi walaupun mamanya memanggil beberapa kali. AudiTTRS itu terus memecut laju keluar dari Villa Syurga Idaman tanpa arah tujuan. Stereng kereta dihentak beberapa kali.  Damn it! Arghh!


Dari jauh lagi Omar Daniel sudah nampak Dato Wan keseorangan duduk di lounge hotel sedang membaca suratkhabar. Memang awal betul orang tua ni. Dia cuba berlagak professional. Seolah-olah kisah malam tadi tidak pernah berlaku. Nasib baik Mak Nah kejutkan dia tadi. Terkejut melihat lima belas panggilan tak dijawab daripada Sue Anne dan tiga panggilan daripada Dato Wan terpapar di skrin telefon bimbitnya setelah bateri dicaj semula. Terkocoh-kocoh dia bersiap, call Sue Anne balik dan terus ke Hotel Hilton. Setelah kejadian malam tadi, dia pulang ke rumah hampir jam dua pagi. Tidurnya terganggu apabila tetamu misteri di bilik sebelahnya asyik menjerit dan meracau dalam tidur. Sampai ke pagi dia berjaga. Tidak sedar pukul berapa dia terlena di atas wing chair di sebelah katil perempuan itu. Habis sakit badan.

"Dato Wan..assalamualaikum.." tegurnya sekali dan terus duduk berhadapan.

"Waalaikumsalam. You're late. Why?" tanya Dato Wan sambil meletakkan suratkhabar yang dibacanya. Kisah malam tadi cuba dilupakan.

"Err...sorry Dato. Well, i'm still early for this meeting, right. Pihak Megah Engineering pun belum sampai lagi," Omar Daniel senyum tanpa menjelaskan kenapa dia lambat. Fuhh, nasib baik trafik tak sesak sangat tadi, sempat dia pecut.

Dato Wan memandang jam di tangannya.

"Young man, ten minutes early is always late. Remember that!"

Alamak! Omar Daniel turut melihat jam di tangannya.  

"Got it and save dah kat sini Dato," jawab Omar Daniel selamba sambil menunjukkan kepalanya. Dato Wan hanya memandang tanpa kata. Dia dapat mengesan raut wajah Omar Daniel yang keletihan. Tak tidur ke malam tadi?

"Dato Wan! Syed Omar! Sudah lama sampai ke? Bincang apa anak beranak ni?" Belum sempat bertanya kepada Omar Daniel, mereka sudah disapa dengan klien yang ditunggu-tunggu.

Dato Wan tersenyum lebar sambil bangun bersalaman dengan Dato Dillon Tan, pemilik saham terbesar Megah Engineering Corporation.

Business first, deal with personal later, kata hatinya.

~to be continued~


Enjoy reading peeps, thank you :))

Love,
Arissa Adelia