Followers

Wednesday 22 May 2013

Awak Nak Tak Kahwin Saya? Bab 1 & 2

Assalamualaikum...Ya Allah..naik sawang dah blog AA ni..hahaha...lama rasanya tak update kan..bukan apa, lately AA memang busy sgt2 (kerja office lagi..family matters lagi..) sampaikan tak berkesempatan nak menulis/menyambung cerita ceriti AA kat sini. Sorry bebanyak ya pada readers yang selalu berkunjung ke sini. AA amat menghargainya. InsyaAllah AA akan cuba juga luangkan masa untuk menulis. Kepada yang menunggu sambungan SAC, harap bersabar ya..AA masih dalam proses 'mengupas' supaya ceritanya lebih menarik. So, what i have for u guys now is..ingat tak cerita entitled AA dulu tu? Tak ingat? Cik Kiah tu..tiba-tiba AA fikir nak continue that story..add more sense of humours in it..tak lah berat sangat, ceritanya kan..hmmm...and i think of a few titles to be

 (1) Misi Cik Kiah Mencari Suami
 (2) Awak Nak Tak Kahwin Saya? 
 (3) Cik Kiah love story

Haa, which one do you prefer? Let me know ok..for time being, AA guna title no (2) dulu ya.. oklah, AA update balik this time for you guys..and sambungan dia sekali..hope you guys enjoy reading this ok..

Wsalam
Arissa Adelia

~~~~~~~~~



 


BAB 1


"Encik, kerusi ni ada orang tak?"


Dah nampak tak ada orang, tapi sajalah tanya mana tahu orang tu pergi toilet ke apa ke. Untung sabut timbul, aku dapat tempat duduk. Untung batu tenggelam...tak apalah, tak salah tanya, kan. 

Aik, aku tanya saja, kerusi tu ada orang ke tak, jeling aku macam nak terkeluar biji mata tu kenapa?So scared...aku mencebik.


"Err..encik, kerusi ni ada orang tak? Boleh saya duduk sini?"tanyaku sekali lagi.


Soalan masih tak berjawab dan lelaki itu buat tak tahu saja.

Geram. Sakit hati pun ada.


Mataku masih ligat mencari kerusi kosong. Penuh. Hampa. Tinggal satu saja lagi di sebelah lelaki mata ikan lolong tu. What? Ha, ya lah...mata ikan lolong a.k.a mata ikan Uji Rashid. Eh, kesian pula Kak Uji tetiba mata dia pula terjebak sama. Maaf ya Kak Uji. Aku tersengih sorang-sorang.


Hmmm...macam tak ada orang nak duduk sebelah dia..duduk sajalah kat kerusi tu. Hak public, kan. bukannya mak bapak dia punya. Lambat nanti orang lain pula dapat tempat tu. Tersengih lagi.


"Err..err...saya duduk sini ya,"kataku sekadar berbahasa. Tanganku dah mencapai kerusi yang dimaksudkan. Tunggu green light saja.


Tiada jawapan. Lelaki itu kelihatan tekun mengadap laptopnya. Muka pun serius semacam.



Dengar ke tidak ni?Aku garu kepalaku yang tidak gatal. OKU ke dia ni? Nak kata pekak ke bisu ke macam kurang sopan pula rasanya. Aduh, macam mana ni? Kaki ni dah lenguh berdiri saja dari tadi. Ramai pula orang kat Gerai Mak Jah tengah hari ni. Kalau perut aku tak lapar tahap dewa ni tak adalah aku tercangak kat Gerai Mak Jah ni. Jumpa pula lelaki mata ikan lolong yang menyakitkan hati. Aku yang cun melecun ni pun dia buat tak tahu saja. Huh, aku mengeluh.


"Duduklah."


Eh, siapa yang bercakap tuh? Terus aku pandang muka lelaki tadi tu. Mata bertentang mata. Aik, dah tak ada mata ikan lolong, mata biasa saja. Ada mulut juga rupanya. Aku memberikan senyuman seikhlas hati tanda terima kasih namun langsung tak berbalas. Dia hanya memberi isyarat supaya aku duduk di kerusi kosong itu. Mukanya langsung tak ada rupa nak bertegur sapa dengan aku. Malas nak ambil kira tentang lelaki itu, aku terus duduk. Jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang...aku menyanyi dalam hati sambil tersengih. Baik aku terus order makan, sudah aku balik pejabat habis cerita. Dia tengah selesaikan masalah negara kut.


"Eh, Cik Kiah! Lama tak datang gerai Mak Jah, apa khabar?" Alamak! Mak Jah, janganlah panggil aku dengan nama tu. Tiba-tiba rasa malu pula. 


Aku jeling sekilas pada lelaki itu. Harap-harap dia tak dengar la. Nampak tekun saja dari tadi. 


"Errr...sihat Mak Jah. Mak Jah pun nampak sihat ya sekarang. Yalah, gerai dah bertambah maju. Penuh saja orang kat sini, nak duduk pun kena queue, glamour gerai Mak Jah sekarang kan," terus aku bersalam dengan Mak Jah.


"Alhamdulillah Cik Kiah, rezeki Allah. Hmm...Cik Kiah ni nak makan apa?"


"Hmmm...macam biasa la Mak Jah, nasi ayam sup lebih, tembikai laici. Saya nak cepat ni, dah lewat." Mak Jah senyum.


"Yalah...err...err..encik ni nak makan apa-apa tak?"tanya Mak Jah pada lelaki itu.


Aku terus menoleh ke arah lelaki itu. Laptopnya telah ditutup. Dah habis kerja kut.


"Sama macam Cik Kiah,"jawabnya pendek.


"Ok."Mak Jah pun terus berlalu.


Terkejut aku mendengar dia menyebut nama Cik Kiah sampai terbatuk-batuk. Dia tersengih memandang aku.


Aduh, habis kredibiliti dan personaliti aku. Dia panggil aku Cik Kiah! Maksudnya dia curi-curi dengarlah aku tengah bercakap dengan Mak Jah tadi. Mukaku merah. Cuaca yang sedikit redup pun tak mampu melegakan kepanasan hati aku ni. Ishh, nak marah ni, nak marah ni! Tapi aku juga yang bagi tahu Mak Jah suruh panggil Kiah saja dulu.


"Cik ni nama apa?" tanya Mak Jah.

 "Nama saya Nayli Rauqqah makcik,"jawabku.


Makcik itu kelihatan tergagap-gagap nak menyebut namaku. Aku senyum.


"Nali Rau...Rau....apa?Ishh, susahnya nama kamu ni makcik nak sebut.Tergeliat lidah makcik ni.."


"Ala...makcik panggil Kiah pun boleh..."jawabku selamba.


"Haish...nama cantik-cantik suruh panggil Kiah saja...kamu tak kisah ke?" tanya Mak Jah sambil tersenyum.


Alamak! Kiah? Kenapa nama Kiah pula yang aku sebut? Banyak lagi nama lain, Elly ke Nana ke. Teringat drama Kiah Pekasam di Astro lakonan Che Ta yang jelita tu. Geli hati bila teringat anak buahku, si Nani menyanyikan lagu Kiah Pekasam.  


Kiah, Kiah, Kiah Pekasam!

Kiah, Kiah, Kiah Pekasam!


Kiah pun Kiah la. Ambil aura Che Ta sikit. Daripada makcik tu tergeliat lidah nak sebut nama aku, asyik Rau..Rauu..apa makcik ingat Shamsul Ghau Ghau ke? Nak suruh dia panggil Riqqi pun macam susah juga. Hmm..biarlah dia panggil aku Kiah. Makcik ni seorang saja pun. Orang lain tak tahu. Hmmm...lepas itu bermulalah episod Cik Kiah dengan Mak Jah sampai sekarang.


"Cik Kiah!"

"Cik Kiah oiii!!!"Kuat sedikit dari tadi.


Aku tersentak. Habis lenyap lamunanku. Che Ta ke mana Mak Jah pun ke mana. Hilang terus. Lelaki itu sedang memandang aku. Aku pula buat muka pelik. Apa hal pula dengan mamat ni?


"Nasi ayam sup lebih awak dah sampai, tak nak makan ke?"


Ohhh...baru aku ingat pasal makan. Back to reality. Malu pula. Aku tengok dia dah separuh jalan. Aik, lama ke aku mengelamun? Tak sedar pula bila waiter hantar makanan.


"Hmm...nakk..nak makan la ni,"jawabku terus mencapai sudu dan garfu.


"Tak baca Bismillah ke?"tanya lelaki itu belum pun sempat suapan pertama masuk ke dalam mulutku.


Ishh..sibuk pula mamat ni. Aku baca la. Slow. Cukup untuk pendengaranku sahaja. Terus aku menoleh ke arahnya. Aku buat muka pelik sekali lagi.


"Sorry...saya tak dengar pun."Dia tersengih memandangku.
 
"Dah, saya baca dalam hati la!"jawabku dengan muka selamba.


Terus aku makan tanpa mempedulikannya lagi. Marah betul aku. Pantang aku masa nak menjamu selera ada yang mengganggu. Terbantut selera. Tadi bukan main lagi jual mahal tak nak bercakap dengan aku. Bila orang nak makan, sibuk pula. Takkanlah nak doa makan kena baca kuat-kuat. Rasa macam tak kenyang saja makan hari ni. Yalah, tak dapat aku nak menikmati kesedapan nasi ayam Mak Jah dengan sepenuhnya.


Aku terus capai telefon bimbitku.

Update status facebook la apa lagi.


"Lunch with Mr. BigEye, what a day!!" Done. Posted.


Tik!Tik! Tak sampai seminit telefon bimbitku berbunyi. Tik!Tik! Berbunyi lagi. Dan lagi. Dan lagi. Aku tersenyum. Mood ceria sudah kembali. 


10 likes.10 comments.


Mr.BigEye? Siapa tu?-Zira

Kenapa?Mata dia besar ke?-Maya

Wow, handsome tak?-Balqis

Tak ajak pun pergi lunch...huhu- Zul

Kenapa panggil dia macam tu, tak baik tau - Faiz

Makan apa?Nak ikut!! - Intan

Who is he?I'm jealous!!- Firman


Belum habis semua mesej kubuka, aku menjeling ke sebelah. Eh, mana mamat tuh? Dah habis makan ke? Aku tengok pinggan dia sudah kosong. Gelas dia tadi pun tinggal ais sahaja. Cepatnya dia makan!


"Saya dah bayarkan untuk awak sekali!"tiba-tiba dia muncul di sebelahku. 


Terkejut aku dibuatnya. Hampir terlepas telefon bimbit di tangan. Astaghfirullah...macam nak gugur jantung rasanya. Nasib baik tak kena heart attack. Tak sukalah terkejutkan orang macam ni.


"Eh, saya tak suruh pun awak bayar sekali. Saya ada duit la..."gugup aku menjawab. Aku capai purse di atas meja. Aku keluarkan duit sepuluh ringgit. Dia ingat aku tak ada duit ke?


"Tak apa Cik Kiah, my treat....thanks sudi temankan saya lunch hari ni,"jawabnya. Dia senyum padaku dan terus segera beredar. Aduh, jatuh cinta pula dengan senyuman itu. Aku senyum semula. Sempat berangan lagi sekali. Handsome.


"Eh!Encik!Encik!.." tiba-tiba aku tersedar. Aku cuba memanggilnya tapi dia sudah jauh dari pandanganku.  


Apa kena dengan mamat tu? Aku masih terpinga-pinga. Apa kena dengan aku sebenarnya? Kuat berangan betul. Eh, nama aku bukan Cik Kiah la! Tak sempat pula nak ucap terima kasih sebab belanja. Dapat makan free aku hari ni. Jimat poket. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Hmm..betul tu.


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut...balik office la woii, kerja berlambak lagi!







BAB 2
        
    Aku pulang ke pejabat sambil tersengih-sengih. Yalah, dapat makan free hari ni walaupun Mr. BigEye, lunch date aku tu tak berapa nak mesra sangat. Tapi bila tengok dia senyum rasa macam nak pengsan. Handsome sangat! Mmm..rasanya aku nak masukkan dia dalam  list of my future husband to be…boleh tak?
   
   Eh, jangan nak berangan ya Cik Kiah...entah-entah boyfriend siapa la tu! Takkan handsome macam Won Bin tu tak ada special girlfriend? Eh, ye ke muka dia macam Won bin? Aku garu kepalaku yang tak gatal. Mungkin sebab raut wajahnya ala-ala Korea sikit, tapi mata tak adalah sepet sangat. Nak kata macam pak arab pun ada juga. Hmmm..ntahlah..mix kut..
   
     Eleh, harap muka saja handsome macam pelakon korea yang semua perempuan gilakan tu tapi tak mesra alam, siapa yang nak? Won Bin tu handsome ke? Entah apalah yang si Ros best friend forever aku tu gilakan sangat. Oleh kerana suggestion dia juga aku tengok cerita Korea tu. Itu pun bila dah tak ada cerita lain lagi dah nak layan kat TV. Half way..mesti aku tertidur.

Sebab pertama, aku bukanlah peminat ekstrem drama Korea yang banyak episod tu…mana ada masa nak layan semua episod…aku busylah. Si Ros pula boleh menangis kalau tak sempat tengok drama Korea. Aku suka english movie yang ada thrill, humour, seram dan misteri. Kedua, tak minat sangat muka-muka jambu ni…pleaselah.. Ketiga, aku malas nak ambil tahu gossip artis K-pop ni. Artis Malaysia pun tak khatam…ini pula artis Korea. Tak tahulah aku kat mana hebatnya mereka tu. Ask Ros, and she will definitely tell all the details each and every artist. Aku pula…kalau dah bosan tahap gaban and no other interesting channel to watch, I’ll rather choose Maharaja Lawak Mega ataupun Karoot Komedia-X di Astro. Boleh juga release tension tengok lawak-lawak mereka yang selamba dan spontan itu.

        “Ewahh...ewahh…mentang-mentang ada lunch date hari ni, kau lupa BFF kau ni ya!” Dari jauh lagi si Ros dah menganggu khayalanku. Kuat pula suara dia menegur aku betul-betul di hadapan bilik Encik Haikal, bos aku tu.

      “Shhhh….kau ni, mulut tempayan betullah…diamlah sikit, nanti bos dengar,”
  
      “Apa mulut tempayan pulak, aku tak heboh kat orang pun tau, kau ni memang fail la peribahasa.” Ros ketawa mengekek.

         “Ohh, salah ya? Tak kisah la...janji kau diam!” Aku turut ketawa. Bab-bab peribahasa ni memang aku fail, main belasah sahaja.

       “Mulut tempayan tu maksudnya orang yang tidak boleh menyimpan rahsia…aku boleh simpan rahsia..kan..kan..kan..!”

“Tapi, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Tadi volume suara kau tu semua orang boleh dengar,tau tak. Hah, tak mulut tempayan ke tu?”

Ros tersengih.

“Yang ini betul…cayalah!” Ros terus menepuk bahu aku.
Bila dia mahu bercakap lagi, cepat-cepat aku tutup mulut Ros. Aku memberikan isyarat diam dan dia mengangguk.
   
     “Ohh..ok..okay..nanti En. Haikal dengar, dia jealous pulak, kan. Dia kan ada hati kat kau…” Si Ros tersengih lagi. Sengaja nak naikkan temperature aku ni.

        It’s not a joke ok! Aku mencebik. Aku menjegilkan mata besar-besar pada Ros tanda amaran. Sebenarnya aku tak mahu En. Haikal tahu aku masuk lewat lepas lunch tadi. Habislah reputasi aku sebagai pekerja contoh yang berdisiplin dan berkaliber. Ros angkat kedua-dua belah tangannya tanda surrender.

      “Bukan lunch datelah…” malas betul nak cerita pada si Ros ni.

       “Habis tu? Dalam fb kau cakap…hmmm Mr. BigEye? I want to hear it..tell me…tell me la..Riqqi...”Ros dah teruja nak mendengar cerita aku. Menyesal pula upload status kat facebook tadi. 

        Aku pun mulalah sesi bercerita dengan Ros. Dari mula aku sampai ke Gerai Mak Jah sampai aku balik semula ke pejabat. Soalan dia pun bertubi-tubi keluar dari mulutnya.
          
      “What?? Dahlah dia belanja kau makan, kau tak berbual pun dengan dia?”
     
       Aku geleng kepala.
     
       You got his name, right?”
     
       Aku geleng lagi.
     
    At least…he gave you his phone number, right?” Ros tanya lagi tak puas hati dengan jawapanku tadi.

       Aku geleng lagi. Apalah Ros ni, soalan tak logik dia tanya aku.

        “Laa…kau ni pun, dah memang tak bercakap…mana nak tahu nama dia apa, apa nombor telefon dia. Muka dia pun kelat macam peria je, malas aku nak mengayat. Aku makan je lah…at last, bila dah habis makan baru dia buat muka handsome tak boleh blah tu..”

       Ros tersengih lagi.
        “Tapi..aku peliklah…”ujar Ros pula
       “Pelik apa pula?”
   “Peria…kelat? Bukan pahit ke…?”Ros mula tanya aku soalan sengal lagi sekali sambil tersengih. Ada juga yang nak kena ni.

    “Kau ni, kan…aiii…ada yang nak kena dengan aku ni… kelat ke, pahit ke...sama aje la! Semua tu tak sedap...tak best! Jadi samalah dengan cerita aku tadi…” Aku mencebik.

       “Hehehe…kut ya pun muka dia kelat, kau bagilah contoh macam Won Bin tengah boring ke…macam Lee Min Ho tengah tension ke..best la sikit cerita kau tu,”balas Ros pula sambil ketawa. Nampaknya dia dah angau dah dengan hero pujaannya tu.

      Tangan aku terus mencucuk pinggang Ros. Terperanjat dia. Kalau dibiarkan Ros bercakap, habislah semua cerita dan hero korea pujaan dia tu keluar. Geram aku.

        “Ouchh! Riqqi!!!”Ros menjerit.
      “Kau yang mulakan dulu…tak kuasa aku nak layan hero korea kau tu…” Aku mula nak membebel pada Ros.

“Aiyoo...jangan malah la amoi. Okay..kalau itu macam lu punya celita arr…manyyak punya susah la amoi…sudah jumpa itu handsome punya olang..lu talak ikat ketat-ketat, dia lali la wohh...” Ros mengajuk cara bercakap Aunty Lim dari kedai Media florist sebelah pejabat aku. Siap dengan gaya lagi. Lucu pula aku tengok.

            Aku senyum balik.

      “Tak apa lorr… dia mahu lali…lagi sepuluh mahu datang!”
   
     Serentak pecah berderai tawa kami berdua. Bila aku sedar semua mata memandang kami berdua, aku terus bagi signal pada Ros. Dahlah masuk pejabat lambat after lunch tadi, lagi nak berborak-borak pula. Si Ros terus ke tempat duduknya sebagai PA di hadapan bilik En. Haikal dan aku terus berjalan ke bilik Assistant Manager.

 Assistant Manager? Fuhh! Maintain.. maintain...  Aku tarik nafas sedalam-dalamnya. Melangkah penuh gaya. Banyak lagi urusan aku belum selesai ni, keluhku. 
~~~~~~
      
        Blackberry kesayanganku berkelip-kelip atas meja sejak
 tadi. Sengaja aku silence mode. Tadi aku tengok nama Firman tertera di skrin. Ahh, malas nak layan lelaki yang seorang ni. Suka sangat menganggu aku tak kena masa. Mesti nak tanya pasal lunch tadi tu. King control betul la, serabut kepala aku. Seingat aku tak pernah pula aku setuju jadi special girlfriend dia. Dia dengan sendirinya declare aku awek dia. Aku biarkan sahaja Blackberry itu berkelip dan bergetar tanpa perhatian.
        
       Seketika kemudian, bunyi mesej masuk pula. Tik! Tik!
Ishh, tak habis-habis nak ganggu orang dia ni. Faham-faham la kalau aku tak angkat tu tandanya tengah sibuk ataupun tengah mesyuarat. Aku mengeluh tapi kucapai juga Blackberry itu. Mesej dibuka.
     
     “Riqqi…busy ya? We’re coming to your house tonight, dear. Mama dah rindu nak tengok anak dara Mama ni.”
     
     Alamak! Mama! Aku check balik senarai panggilan. Firman hubungi aku dua kali dan tiga panggilan selepas itu adalah dari Mama. Nak telefon balik ke tak ni? Aku teragak-agak. Kalau telefon balik panjang pula celoteh Mama nanti. Mesej je la. Bertuah punya anak. Aku gelak sendiri.

      “Sorry Ma..Riqqi busy skit ni. Oh, ok.. Mama bertolak dari sana pukul berapa?”

       “Mama dah bertolak ni. In two hours time..Mama sampai sana.
      

        Hah? Dah bertolak? Alamak, aku kat office lagi ni. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Maknanya pukul 8.30 malam Mama sampai. Aku kena get ready at least half an hour before Mama sampai. Aduh..rumah aku berselerak. Tak sempat nak kemas langsung minggu ni, busy sangat. Setiap hari aku balik dari pejabat pukul 9.00 malam paling awal. Kadang-kadang sempat dinner. Kalau letih sangat nak dinner pun tak larat, then tidur terus. Pagi-pagi matahari baru nak jenguk dunia aku dah keluar meredah kesesakan lalulintas. Yalah, everyone knows it, Kuala Lumpur..what so metropolitan world..sesak. Semua jenis manusia ada di sini. Tapi dah di sini juga aku pilih nak cari rezeki, hadap je la, kan..jangan banyak soal.


Mama pula memang pantang tengok rumah berselerak. Penat nanti aku nak tahan telinga dengar bebelan Mama. Tapi sempat ke aku nak siapkan Monthly Collection Report yang En. Haikal minta tadi. Tengah aku asyik berfikir, signal intercom di atas mejaku berkelip-kelip. Dari bilik bos.


“Ya… En. Haikal…”

“Nayli, please come over here. I have something to discuss with you,” kata En. Haikal

di talian. Bunyinya macam serius.


“Err...pasal apa ya En. Haikal? Actually, I belum ready with the collection report…if  you wanna discuss about it,” jujur aku terangkan kepada En. Haikal.


No. Not about the report. You can send it tomorrow. Just come over here now.”


Tomorrow? Mahu menjerit aku dengar perkataan tu. Lega. Selamat aku hari ini. Tapi, kalau bukan pasal report, pasal apa pula? Aku garu kepalaku sendiri. Petang-petang begini baru nak panggil aku entah pukul berapa pula aku boleh balik rumah nanti. Teringat pula Mama sudah dalam perjalanan ke rumahku. Aduh, tension!


“Nayli..?”

“Err…errr..ok..ok bos! In a minute!


Sempat lagi aku mengelamun. Terkocoh-kocoh aku mencapai organiser dan sebatang pen dan terus ke bilik En. Haikal. Kebanyakan staff semuanya sudah pulang waktu ini. Tinggal beberapa orang sahaja lagi. Tempat duduk Ros pun dah lama kosong. Dia memang punctual. Pagi-pagi dia orang pertama akan sampai, time pulang pun dia orang pertama punch out. Tak ada overtime bagi dia, katanya. Kerja memang tak kan habis, so sambung esok je lah. Itu prinsip dia bukan aku.


Setelah mengetuk pintu, kedengaran suara En. Haikal memangilku dari dalam.


“Masuk Nayli…”


Have a sit.” En. Haikal tersenyum memandangku. Boleh goyah juga imanku bila tengok dia senyum begitu. Manis. Hishh…shuhhhh…pergi jauh-jauh perasaan tu Riqqi. Dia tu suami orang. Kau nak jadi isteri kedua dia ke? Tak nakkk! Aku geleng-geleng kepala.


“Eh, saya suruh duduk aje, tak nak?”kata-kata En. Haikal mengembalikan aku ke alam nyata. Malu aku. Pipi terus terasa membahang.


“Errr…errr…tak..tak..bukan..saya nak duduk la ni,” En. Haikal mengeleng-ngeleng. Dia faham benar dengan aku yang kuat berangan ni.


“Err..apa hal En. Haikal nak bincang tadi, ya?” terus aku masuk ke topik utama selepas duduk. Nak cover malu sebenarnya.


“Okay, I nak bagi tahu you, next week we’ll go to Jakarta for 3 days. Just prepare yourself okay. Please compile the company profile together with the report you’re doing now.”


“Hmm…siapa lagi pergi, En. Haikal?”


Just the two of us..i nak introduce you to Mr. Agus. Kita akan buat presentation to introduce our company and sign the agreement afterwards.”


“Kita berdua sahaja?”

“Ya..you ada masalah ke?  Hish, takkan aku dengan En. Haikal aje yang pergi. Rasa tak sedap hati pula.


“Errr…no..no..yes..yes…”


“Mana satu ni Nayli..you ni kan, gugup pula kenapa? Kita pergi bersama, tak semestinya kena duduk bersama all the time..and I’ll bring my wife together..dia nak shopping katanya and, you can join her later..she knew all the places..”


“Ohh…kenapa tak cakap dari tadi En. Haikal bawa wife sekali...baru senang hati saya. Bukan apa, saya takut orang kata apa pula nanti kalau pergi berdua aje..you know lah, kan..” Fuh, lega. Kalau pergi berdua dengan En. Haikal sahaja, seksa aku nanti nak melayan karenah dia itu. Aku tersengih-sengih macam kerang busuk depan En. Haikal. Satu lagi sebab dia pun kacak juga, aku takut nanti iman aku tewas pula.


“You nilah..fikir entah ke mana-mana. What I mean is just the two of us from this company. Nayli..Nayli..What’s on your mind? I masih waras lagi la. Well, kalau  you takut orang kata, you jadilah nombor dua I, kecil tapak tangan, nyiru ku tadahkan!” En. Haikal ketawa kecil sambil matanya tepat memandangku.


Alamak! Aku terus menggelabah sudu. Ishh, En. Haikal ni, janganlah jadi miang macam ulat bulu pula.


“Ishh..En. Haikal ni..buat lawak pula petang-petang ni. Hmm..if there is no other thing, I want to make a move now, my parent are here,”kataku cepat-cepat cuba lari dari topik yang tak nak aku layan tu. Meluat pula rasanya. Sudah ada isteri cantik pun nak menggatal lagi..lelaki..lelaki. Baik aku cepat-cepat keluar dari bilik ini.


“Oh ya? Okay Nayli…you may go off now, see you tomorrow..”ujar En. Haikal semula. Dia turut melihat jam di tangannya.


“Okay, bos..saya balik dulu.” En. Haikal angguk.

Aku terus bangun dan beredar.


“and…drive home safely okay..” sambung En. Haikal sebaik sahaja aku nak menutup pintu biliknya.


Aku cuma tersenyum. Hati berbunga-bunga bila ada bos caring macam itu. Sayang bos kat aku. Dah tu pula En. Haikal seorang sahaja yang panggil aku Nayli bukan Riqqi. Nayli lebih feminine katanya. Aku tak kisah pun nak panggil nama aku apa. Teringat tawaran tadi, nombor dua? Hishhh! Tak nak aku! Itu bukan mencari bahagia, menempah sengsara adalah. Bukan menafikan ada yang bahagia, tetapi banyak yang sebaliknya. Aku tak mampu untuk rela berkongsi kasih dengan orang lain. Apalagi nak merampas kasih sayang orang lain.Tak nak!Tak nak..Not me,ok!

             

 to be continued.....

P/s : Oraitt..sampai sini dulu..hope u guys enjoy reading ya..daa