Followers

Friday 29 March 2013

Puisi : Kau Tahu Bengang Saja

Kau cakap aku tak bengang
Tengok dulu 
Jangan main cakap saja
Ya,memang aku bengang 
Dengan siapa?
Si polan itulah
Sengaja darjah kepanasan aku diuji
Mencabar ego menjulang kredibiliti
Kenapa?
Malas nak bercerita lagi
Diam

Kau memang nampak bengang
Ya, memang aku bengang
Habis tu?
Aku nak balik
Habis tu?
Aku nak tidur
Habis tu?
Malas aku nak fikir lagi
Aku tengah bengang ni
Faham, faham sangat
Jadi jangan kacau aku
Aku bengang ni
Diam. Angguk

Kenapa tak solat?
Kenapa tak doa?
Tahu baca Al-Quran?
Diam
Kau tahu bengang saja
Diam. Angguk

Berwuduklah
Sujudlah
Angkatlah tanganmu kepadaNya   
Kau akan tenang
Bengangmu juga akan hilang
Diam. Angguk 
Aku faham sekarang
  

By Arissa Adelia 


P/S : Jangan bengang ya...jangan marah-marah. Pergilah ambil wuduk, Insyaa Allah anda akan tenang. Istighfar banyak2...peace!


Thursday 28 March 2013

Untitled1

Okay...actually, Arissa tengah mencari ilham untuk menyiapkan bab Sejujurnya Aku Cinta, then suddenly this story came accross my mind. so guys, enjoy reading! 
Untitled?
Hmm..tak tahu nak letak tajuk apa lagi...just enjoy the story dulu ok..tq. :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Encik, kerusi ni ada orang tak?"

Dah nampak tak ada orang, tapi sajalah tanya mana tahu orang tu pergi toilet ke apa ke. Untung sabut timbul, aku dapat tempat duduk. Untung batu tenggelam...tak apalah, tak salah tanya, kan. 

Aik, aku tanya saja, kerusi tu ada orang ke tak, jeling aku macam nak terkeluar biji mata tu kenapa?So scared...aku mencebik.

"Err..encik, kerusi ni ada orang tak? Boleh saya duduk sini?"tanyaku sekali lagi.

Soalan masih tak berjawab dan lelaki itu buat tak tahu saja.

Geram. Sakit hati pun ada.
Mataku masih ligat mencari kerusi kosong. Penuh. Hampa. Tinggal satu saja lagi di sebelah lelaki mata ikan lolong tu. What? Ha, ya lah...mata ikan lolong a.k.a mata ikan Uji Rashid. Eh, kesian pula Kak Uji tetiba mata dia pula terjebak sama. Maaf ya Kak Uji. Aku tersengih sorang-sorang.

Hmmm...macam tak ada orang nak duduk sebelah dia..duduk sajalah kat kerusi tu. Hak public, kan. bukannya mak bapak dia punya. Lambat nanti orang lain pula dapat tempat tu. Tersengih lagi.

"Err..err...saya duduk sini ya,"kataku sekadar berbahasa. Tanganku dah mencapai kerusi yang dimaksudkan. Tunggu green light saja.

Tiada jawapan. Lelaki itu kelihatan tekun mengadap laptopnya. Muka pun serius semacam.

Dengar ke tidak ni?Aku garu kepalaku yang tidak gatal. OKU ke dia ni? Nak kata pekak ke bisu ke macam kurang sopan pula rasanya. Aduh, macam mana ni? Kaki ni dah lenguh berdiri saja dari tadi. Ramai pula orang kat Gerai Mak Jah tengah hari ni. Kalau perut aku tak lapar tahap dewa ni tak adalah aku tercangak kat Gerai Mak Jah ni. Jumpa pula lelaki mata ikan lolong yang menyakitkan hati. Aku yang cun melecun ni pun dia buat tak tahu saja. Huh, aku mengeluh.

"Duduklah."

Eh, siapa yang bercakap tuh? Terus aku pandang muka lelaki tadi tu. Mata bertentang mata. Aik, dah tak ada mata ikan lolong, mata biasa saja. Ada mulut juga rupanya. Aku memberikan senyuman seikhlas hati tanda terima kasih namun langsung tak berbalas. Dia hanya memberi isyarat supaya aku duduk di kerusi kosong itu. Mukanya langsung tak ada rupa nak bertegur sapa dengan aku. Malas nak ambil kira tentang lelaki itu, aku terus duduk. Jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang...aku menyanyi dalam hati sambil tersengih. Baik aku terus order makan, sudah aku balik pejabat habis cerita. Dia tengah selesaikan masalah negara kut.

"Eh, Cik Kiah! Lama tak datang gerai Mak Jah, apa khabar?" Alamak! Mak Jah, janganlah panggil aku dengan nama tu. Tiba-tiba rasa malu pula. 

Aku jeling sekilas pada lelaki itu. Harap-harap dia tak dengar la. Nampak tekun saja dari tadi. 

"Errr...sihat Mak Jah. Mak Jah pun nampak sihat ya sekarang. Yalah, gerai dah bertambah maju. Penuh saja orang kat sini, nak duduk pun kena queue, glamour gerai Mak Jah sekarang kan," terus aku bersalam dengan Mak Jah.

"Alhamdulillah Cik Kiah, rezeki Allah. Hmm...Cik Kiah ni nak makan apa?"

"Hmmm...macam biasa la Mak Jah, nasi ayam sup lebih, tembikai laici. Saya nak cepat ni, dah lewat." Mak Jah senyum.

"Yalah...err...err..encik ni nak makan apa-apa tak?"tanya Mak Jah pada lelaki itu.

Aku terus menoleh ke arah lelaki itu. Laptopnya telah ditutup. Dah habis kerja kut.

"Sama macam Cik Kiah,"jawabnya pendek.

"Ok."Mak Jah pun terus berlalu.

Terkejut aku mendengar dia menyebut nama Cik Kiah sampai terbatuk-batuk. Dia tersengih memandang aku.

Aduh, habis kredibiliti dan personaliti aku. Dia panggil aku Cik Kiah! Maksudnya dia curi-curi dengarlah aku tengah bercakap dengan Mak Jah tadi. Mukaku merah. Cuaca yang sedikit redup pun tak mampu melegakan kepanasan hati aku ni. Ishh, nak marah ni, nak marah ni! Tapi aku juga yang bagi tahu Mak Jah suruh panggil Kiah saja dulu.

"Cik ni nama apa?" tanya Mak Jah.

"Nama saya Nayli Rauqqah makcik,"jawabku.

Makcik itu kelihatan tergagap-gagap nak menyebut namaku. Aku senyum.

"Nali Rau...Rau....apa?Ishh, susahnya nama kamu ni makcik nak sebut.Tergeliat lidah makcik ni.."

"Ala...makcik panggil Kiah pun boleh..."jawabku selamba.

"Haish...nama cantik-cantik suruh panggil Kiah saja...kamu tak kisah ke?" tanya Mak Jah sambil tersenyum.

Alamak!Kiah? Kenapa nama Kiah pula yang aku sebut? Banyak lagi nama lain, Elly ke Nana ke. Teringat drama Kiah Pekasam di Astro lakonan Che Ta yang jelita tu. Geli hati bila teringat anak buahku, si Nani menyanyikan lagu Kiah Pekasam.  

Kiah, Kiah, Kiah Pekasam!
Kiah, Kiah, Kiah Pekasam!

Kiah pun Kiah la. Ambil aura Che Ta sikit. Daripada makcik tu tergeliat lidah nak sebut nama aku, asyik Rau..Rauu..apa makcik ingat Shamsul Ghau Ghau ke? Nak suruh dia panggil Riqqi pun macam susah juga. Hmm..biarlah dia panggil aku Kiah. Makcik ni seorang saja pun. Orang lain tak tahu. Hmmm...lepas itu bermulalah episod Cik Kiah dengan Mak Jah sampai sekarang.

"Cik Kiah!"

"Cik Kiah oiii!!!"Kuat sedikit dari tadi.

Aku tersentak. Habis lenyap lamunanku. Che Ta ke mana Mak Jah pun ke mana. Hilang terus. Lelaki itu sedang memandang aku. Aku pula buat muka pelik. Apa hal pula dengan mamat ni?

"Nasi ayam sup lebih awak dah sampai, tak nak makan ke?"

Ohhh...baru aku ingat pasal makan. Back to reality. Malu pula. Aku tengok dia dah separuh jalan. Aik, lama ke aku mengelamun? Tak sedar pula bila waiter hantar makanan.

"Hmm...nakk..nak makan la ni,"jawabku terus mencapai sudu dan garfu.

"Tak baca Bismillah ke?"tanya lelaki itu belum pun sempat suapan pertama masuk ke dalam mulutku.

Ishh..sibuk pula mamat ni. Aku baca la. Slow. Cukup untuk pendengaranku sahaja. Terus aku menoleh ke arahnya. Aku buat muka pelik sekali lagi.

"Sorry...saya tak dengar pun."Dia tersengih memandangku.

"Dah, saya baca dalam hati la!"jawabku dengan muka selamba.

Terus aku makan tanpa mempedulikannya lagi. Marah betul aku. Pantang aku masa nak menjamu selera ada yang mengganggu. Terbantut selera. Tadi bukan main lagi jual mahal tak nak bercakap dengan aku. Bila orang nak makan, sibuk pula. Takkanlah nak doa makan kena baca kuat-kuat. Rasa macam tak kenyang saja makan hari ni. Yalah, tak dapat aku nak menikmati kesedapan nasi ayam Mak Jah dengan sepenuhnya.

Aku terus capai telefon bimbitku.

Update status facebook la apa lagi.

"Lunch with Mr. BigEye, what a day!!" Done. Posted.

Tik!Tik! Tak sampai seminit telefon bimbitku berbunyi. Tik!Tik! Berbunyi lagi. Dan lagi. Dan lagi. Aku tersenyum. Mood ceria sudah kembali. 

10 likes.10 comments.

Mr.BigEye? Siapa tu?-Zira
Kenapa?Mata dia besar ke?-Maya
Wow, handsome tak?-Balqis
Tak ajak pun pergi lunch...huhu- Zul
Kenapa panggil dia macam tu, tak baik tau - Faiz
Makan apa?Nak ikut!! - Intan
Who is he?I'm jealous!!- Firman

Belum habis semua mesej kubuka, aku menjeling ke sebelah. Eh, mana mamat tuh? Dah habis makan ke? Aku tengok pinggan dia sudah kosong. Gelas dia tadi pun tinggal ais sahaja. Cepatnya dia makan!

"Saya dah bayarkan untuk awak sekali!"tiba-tiba dia muncul di sebelahku. 

Terkejut aku dibuatnya. Hampir terlepas telefon bimbit di tangan. Astaghfirullah...macam nak gugur jantung rasanya. Nasib baik tak kena heart attack. Tak sukalah terkejutkan orang macam ni.

"Eh, saya tak suruh pun awak bayar sekali. Saya ada duit la..."gugup aku menjawab. Aku capai purse di atas meja. Aku keluarkan duit sepuluh ringgit. Dia ingat aku tak ada duit ke?

"Tak apa Cik Kiah, my treat....thanks sudi temankan saya lunch hari ni,"jawabnya. Dia senyum padaku dan terus segera beredar. Aduh, jatuh cinta pula dengan senyuman itu. Aku senyum semula. Sempat berangan lagi sekali. Handsome.

"Eh!Encik!Encik!.." tiba-tiba aku tersedar. Aku cuba memanggilnya tapi dia sudah jauh dari pandanganku.  

Apa kena dengan mamat tu? Aku masih terpinga-pinga. Apa kena dengan aku sebenarnya? Kuat berangan betul. Eh, nama aku bukan Cik Kiah la! Tak sempat pula nak ucap terima kasih sebab belanja. Dapat makan free aku hari ni. Jimat poket. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Hmm..betul tu.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut...balik office la woii, kerja berlambak lagi!


to be contiued....


Monday 25 March 2013

Saat Hatiku Untuknya 4-Final

Aku juga ingin bahagia - Indah
 
Sejak peristiwa Rayyan datang ke rumah mereka tempoh hari, Arif sentiasa memastikan Indah sentiasa bersama dengannya. Pergi dan balik dari tempat kerja pun Arif juga yang menjadi driver Indah. Dia tidak membenarkan Indah membawa keretanya  sendiri dengan alasan car pool lagi baik. Indah tidak mampu berkata apa-apa kerana dia tahu Arif masih marah dengan apa yang terjadi. Dia juga tidak pernah menyoalkan apa yang Arif buat pada malam itu kerana dia tahu dengan alasan itu sahaja Rayyan akan meninggalkan rumah mereka.
Hmmm…cemburu juga si Arif ni ya. Tetapi tak payahlah nak kawal aku sampai begini sekali.

Rayyan meninggalkan rumah mereka dengan hati yang remuk redam  pada malam itu. Indah hanya menghulurkan kertas itu melalui bawah pintu tanpa membukanya. Dia yakin Rayyan telah membaca nota tersebut. Rayyan merayu berkali-kali padanya namun tidak diendahkan. Hatinya turut terkesan dengan rayuan Rayyan namun apa dayanya, kini dia milik Arif bukan lagi Rayyan. 

Di saat hatinya mula menyebut nama Arif Firdaus, Rayyan muncul semula. Sedangkan sewaktu Indah merayu pada Rayyan suatu ketika dulu, langsung tidak diendahkan gara-gara termakan hasutan mama Rayyan kononnya Indah berlaku curang padanya. Rayyan juga tidak sekali pun mempertahankan Indah di hadapan mamanya kerana bimbang kebencian mamanya akan menyebabkan dia kehilangan semua hak dan harta keluarganya. Maruah Indah juga diinjak ke tepi sebagai perempuan jalang dan tidak bermoral sedangkan Rayyan tahu itu tidak benar sama sekali. Bila semuanya terbongkar sudah terlewat untuk berpatah balik semula. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

 Lagu Judika Aku Yang Tersakiti yang sedang bermain di corong radio menyentuh perasaan Indah. Ya Allah, tolonglah aku…aku juga ingin bahagia walau tak bersama dia.  Arif perasan Indah menyeka airmatanya lantas sebelah tangannya mencapai jemari Indah dan dibawa ke bibirnya lantas dikucup penuh kasih. Indah terkedu. Arif memperlahankan kereta dengan kelajuan sederhana dan mereka tenggelam dalam lamunan masing-masing.

Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia



Beberapa bulan berlalu…


Indah anggun sekali memakai kaftan labuh dari material chiffon silk berwarna biru turquoise untuk makan malam bersama Arif di sebuah restoran mewah di ibu kota. Rambutnya disanggul kemas dan rapi. Sedikit calitan longlasting lipstick berwarna cherry rose di bibirnya dan natural blusher di pipi mulus itu menjadikan Indah bertambah jelita. Restoran itu ditempah khas hanya untuk mereka berdua sahaja pada malam itu. Indah terpegun dengan keindahan hiasan dalaman restoran yang begitu cantik dengan kehadiran bunga-bunga ros segar di sekelilingnya. Arif juga kelihatan segak sekali malam itu dengan berkemeja putih berpetak halus dipadankan pula dengan sweater kelabu di luarnya. Indah tersenyum malu bila Arif perasan dia asyik melirik memandang suaminya sedari tadi.


(hmm…lebih kurang macam ni la baju yang  Indah pakai.cantik tak?)

  (Indah Amanda dalam version Preity Zinta..cun tak?suka sgt dia senyum nmpak lesung pipit dua2 belah pipi..)

Alamak! Malunya…kenapa aku tak perasan dia handsome sebelum nih? Muka Indah merona merah.

Owh…sebab kau dah perasan dia handsome, baru kau nak pandang dia ya…hati Indah mengejek dia semula.

Mana kau nak perasan…asyik layan perasaan je...then, layan laptop memanjang..sampai suami sendiri pun kau pinggirkan. Eh, kalau orang lain lah, mesti dah berkepit 24 jam dapat suami handsome ala Brad Pitt ni tau…kalau tak melepas lah kau! 
(Brad Pitt…handsome tak?..padan tak dengan gaya Arif Firdaus?cool je..)

Arif tersenyum penuh makna. Dia suka tengok Indah menggelabah. Bila mata mereka bertentangan, saat itu juga dia mengeyitkan sebelah mata kepada Indah. Dia ingin menawan hati Indah sepenuhnya malam ini. Indah jadi tidak keruan. Jantungnya berdegup kencang. Ajaibnya hilang terus wajah Rayyan dari ingatannya. Wajahnya merona merah menahan malu.

“Indah Amanda…” tutur Arif sambil meraih jemari Indah. Dia masih tersenyum.

You’re so beautiful tonight…” kata-kata Arif membuatkan Indah terbuai-buai. Dia membalas senyuman Arif hingga terserlah lesung pipit di kedua dua belah pipinya. Arif terpana dengan keindahan ciptaan Yang Esa di hadapan matanya. MasyaAllah…
     
     “I want you to have this back…” Arif meletakkan satu kotak kecil berhias cantik di telapak tangan Indah.

       “Ini hak Indah selama-lamanya…jangan sekali pun Indah tanggalkan cincin ini lagi mulai hari ini walau apa pun berlaku di antara kita,”Arif menyarungkan semula cincin berlian Habib Jewels yang pernah ditanggalkan Indah selepas perkahwinan mereka dulu.
 
(Cantik, kan!kan!...)






Indah sayu memandang cincin itu. Sangat cantik di jarinya. 

Kenapalah aku ikutkan sangat hati aku ini sedangkan orang yang aku puja sudah pun menjadi milik orang lain. Walaupun kisah aku dan Rayyan bagaikan kisah Romeo and Juliet yang tidak kesampaian, saat hatiku untukknya, insan lain yang menghulur kasih. Rayyan lelaki pertama bertakhta di hatiku. Mr.Right?I think I’ll falling in love with him. But this man…my husband, the most sincere, handsome, humble, caring and understanding…. touch me deep inside…my heart beats faster every time we’re together or even when I thought about him.  Insan ini juga yang memberi janji setia ke hujung nyawa, cinta dan bahagia selama-lamanya. Lalu kenapa aku begitu keras menafikan haknya sebagai suami? Kenapa aku tegar membiarkan rasa cinta dan bahagia itu berlalu pergi. Apa kurangnya dia. Apalah salahnya jika aku memberi ruang untuknya di hatiku. Ya Allah, ampunkanlah aku…sekiranya dialah imamku yang Kau pinjamkan di dunia ini…lahirkanlah rasa cinta dan kasihku untuknya demi keranaMu. Ada titis jernih mula gugur dari kelopak matanya.

Sayup-sayup kedengaran seseorang menyanyikan lagu yang pernah didengarinya suatu masa dahulu. Lagu Yang Terindah oleh Dakmie. Lagu Mr. Right bagi pada Indah dalam facebook. Indah tercari-cari suara itu. Arif tiada di tempat duduknya. Airmatanya mengalir deras.

Arif muncul dari tempat persembunyiannya sambil memetik gitar di tangan. Dia masih mendendangkan lagu itu sambil matanya tepat memandang Indah. Arif menapak perlahan-lahan ke arah Indah sambil tersenyum. Alahai…romatiknya…macam dalam filem pulak rasanya. Eh, Arif pun tahu lagu ni…bestnya! Siap nyanyikan kat aku lagi..terharu sangat. Indah tersengih-sengih membalas senyuman Arif. Airmatanya diseka perlahan.

Usai menyanyikan lagu untuk Indah, Arif mencapai tangan Indah dan membawanya ke suatu sudut. Indah menurut sahaja tanpa banyak soal walaupun dalam hatinya tertanya-tanya.

“Sayang, tengok depan tuh,”ujar Arif.

Indah tergamam sebaik sahaja matanya menurut kata-kata Arif. Dadanya berdebar-debar. Ada satu skrin besar di depannya. Ya Allah, jantungnya macam nak terkeluar sebaik sahaja dia membaca kata-kata yang terpapar di skrin lebar itu.
   
     “Jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki itu kan rahsia Allah. Kita memang selalu merancang tapi Dia yang menentukan. Janganlah bersedih dengan ketentuanNya kerana mungkin Dia mengaturkan yang lebih baik dari apa yang kita minta. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Indah Amanda…please answer me, may I be your real Mr. Right? Will you be mine?- Mr. Right a.k.a Arif Firdaus.”

      “Ya Allah…abang?”
  
  “Ya..sayang…”Arif tersenyum lebar penuh makna. Kepalanya mengangguk mengiyakan apa sahaja soalan bermain dalam fikiran Indah sekarang.
     “Will you my dear?”

    Indah tersenyum bahagia. Yes, I will! I’ll be yours till death do us part…bisiknya ke telinga Arif.


THE END- tamatlah alkisah Indah Amanda & Mohd Arif Firdaus...ok tak cerita ni?

Thursday 14 March 2013

Poem- Saksi Senja

SAKSI SENJA

Senja itu menyaksikan
Jerih perih penghuni alam
Ada yang merangkak kepayahan
Ada yang bahagia kegirangan
Ada yang meratap kehilangan
Ada yang berdoa penuh harapan

Senja itu menyaksikan
suatu permulaan dan pengakhiran
sebuah kehidupan
Impian jadi kenyataan
Kesalan jadi pengajaran

Senja itu menyaksikan
Manisya tercipta suatu ikatan
Pahitnya terlerai kasih sayang


Senja itu menyaksikan
Kealpaan umat tuhan
Penuh noda dan kehinaan
Walau sedar hukum tuhan
Bila masa dapat balasan

Senja itu menyaksikan
Keagungan seruan kalimah tuhan
Zikir munajat penuh keinsafan 
Ya Rabbi Ya Tuhanku
Engkaulah segala pujian

Senja itu berlabuh lagi
Melipat sejarah membawa janji
Esok pasti kembali
Menjadi saksi cerita itu ini


By Arissa Adelia
 
              











    (Gambar hiasan Ihsan google)





P/s : MasyaAllah....cantik sungguh ciptaan Allah kan!

Monday 11 March 2013

Saat Hatiku Untuknya 3


Februari 2012, 10 malam –Rayyan

“Indah!Indah! Baby...please open this door!It’s me Rayyan!”

            Indah terkejut mendengar ketukan di pintu rumahnya. Namanya dipanggil berkali-kali.  Suara itu amat dikenalinya. Rayyan!Macam mana dia tahu aku tinggal di sini?Apa dia nak lagi? 

        “Baby…please, listen to me, I’m so sorry. I didn’t mean to hurt you...sampai you kahwin macam ni dengan lelaki yang you tak cinta langsung. I tahu you masih cintakan I kan! You tak bahagia dengan suami you, kan. I pun masih cintakan you Indah! My marriage is nothing to me. She is just…dia cuma alat supaya Mama I tak bencikan I lagi. I have to, Baby…you have to understand me…please..”

“Indah…I can’t live without you!!I need you!please Baby…please open this door!!”

Rayyan masih menjerit-jerit di luar rumah. Indah tidak tahu apa yang harus dilakukan. Hatinya berkecamuk. Dia ingin sekali bertemu dengan Rayyan tetapi bagaimana pula dengan Arif. Walaupun dia masih cintakan Rayyan, namun dia tidak pernah berhubung langsung dengan Rayyan sejak perkahwinannya dengan Arif. Dia juga tahu batasan sebagai seorang isteri. Jika tiga bulan lalu dia sentiasa mengasingkan diri dari Arif, sejak kebelakangan ini, dirinya mula menerima kehadiran Arif Firdaus.

Kenapa Rayyan harus kembali saat ini?Kenapa aku langsung tidak dipedulikan sebelum ini?Bagaimana dengan nasib perempuan yang menjadi isterinya?Dasar lelaki! Lidah berkata tidak sedangkan hati menyatakan sebaliknya.

“Kenapa tak buka pintu?Siapa tu?”nada suara Arif sedikit meninggi.

Indah terkejut melihat Arif sudah berada di sebelahnya. Dia tidak tahu bagaimana harus dijelaskan kepada Arif. Dia hanya memandang wajah Arif kelu.

   “Errr…dia…Rayyan...”perlahan sahaja Indah menjawabnya. Dia tahu Arif pasti akan marah padanya kerana membenarkan Rayyan ke rumah mereka.

    “Rayyan?” Arif merenung tajam.

   “Owh…Rayyan…Rayyan…boyfriend Indah tu kan?” soal Arif apabila Indah masih membisu. Sengaja ditekankan perkataan boyfriend itu pada Indah.

     “Indah tak tahu macam mana dia boleh tahu Indah tinggal di sini. Indah dah lama tak berhubung dengan dia. Tolonglah percayakan Indah…bukan Indah yang panggil dia ke sini…”Indah terus menjelaskan.  Dia tidak mahu Arif menuduhnya yang bukan-bukan.

    Arif sengaja ingin mellihat reaksi Indah. Dia tahu Indah tidak bersalah tapi hatinya panas memikirkan soal Indah dan Rayyan. Dia bersungguh-sungguh mahu memenangi hati Indah, tiba-tiba saja Rayyan muncul semula. Indah sudah menjadi miliknya yang sah dan dia tidak akan membenarkan sesiapapun menidakkan hak itu.

Hish! Tak aman betul! Saat Indah dah mula cair dengan aku, dia muncul pula buat kacau!Eh, bukan ke kau dah ada isteri?Nak kacau isteri aku buat apa lagi?
      
      Arif bergegas masuk ke dalam biliknya semula dan keluar bersama sekeping kertas putih bersaiz A4. Arif mencatatkan sesuatu di atas kertas itu kemudian dilipat dua. Kertas itu diberikan kepada Indah. Indah keliru tapi diambil juga kertas itu.
        
    “Baca apa yang Abang tulis itu dan bagi pada dia. Lima minit dia masih berada di kawasan rumah ini, Abang tidak teragak-agak untuk panggil polis!”kata Arif tegas. Mukanya serius.
      
    Indah membuka kertas itu dan membaca nota yang tertulis. 
“PLEASE DON’T DISTURB US ANYMORE. I HAVE NOTHING TO SAY, JUST THAT I LOVE MY HUSBAND. PLEASE LEAVE OR WE SHALL CALL THE POLICE!-INDAH AMANDA.”

Rayyan, maafkan Indah. Please go away...away from me, from my heart..

       Rayyan masih memanggil nama Indah di luar pintu. Dia tidak berpuas hati selagi Indah tidak bersua muka dengannya. Dia tidak boleh menerima hakikat Indah telah berkahwin dengan orang lain. Dia masih ingin terus bersama Indah. Dia masih cintakan Indah. Dia tidak pernah mencintai isterinya. Hanya nama Indah yang tercatat di hatinya. Hatinya punah ranah bila Sofia sepupu Indah memberitahu berita perkahwinan Indah. Dengan bantuan Sofia juga dia akhirnya tahu di mana tempat tinggal Indah sekarang. Tidak mungkin dia akan lepaskan Indah begitu sahaja.
           

 Indah Amanda, kau milik aku!!


 







                                                        


(Si Rayyan yang tengah frust!Huhu!)




are you enjoying the story? to be continued...daaa.. :)