Followers

Thursday 28 February 2013

5 Before 5 -Selamat Beramal

https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT0nOKCmiaAopY2kYL8BOUtraHKSeiI5H7DUsuzNEfK_qgz8iFBEQ

"Take advantage of five matters before five other matters; Your youth, before you become old; and your health, before you fall sick; your richness before you become poor; your free time before you become busy; and your life before your death." - The Prophet Muhammad.



P/s : i've been very busy lately...belum sempat nak siapkan latest part for my shortstory "Saat Hatiku Untuknya". will update soonest possible..catcha!Ya Allah permudahkanlah segalanya..aminn.


Love,

 

Thursday 21 February 2013

Saat Hatiku Untuknya 2

            Arif Firdaus membiarkan sahaja Indah menangis di bahunya. Bajunya basah dengan airmata Indah. Rayyan nama lelaki itu. Lelaki yang menjadi pujaan hati Indah. Hatinya tercalar dengan pengakuan Indah. Biarpun mereka juga berkahwin atas pilihan orang tua, namun Arif telah lama menyimpan perasaan terhadap Indah. 

           Dia cintakan Indah sejak dari mula ibu bercerita mengenai Indah. Malahan dia sanggup mencari facebook atau twitter atau apa sahaja tentang Indah Amanda di laman maya untuk mengenali gadis itu. Bonda Indah dan ibu berkawan rapat suatu masa dahulu sebelum mereka sekeluarga berpindah ke Australia kerana Abah menyambung pengajian dan terus bekerja di sana. 

Masa itu belum ada peranti perhubungan yang canggih seperti sekarang, ada internet, facebook, skype, twitter dan macam-mcam lagi untuk berhubung, lalu mereka terputus hubungan. Sekarang semuanya di hujung jari sahaja. Arif Firdaus berusia empat tahun ketika itu dan Indah satu tahun dua bulan. Indah baru boleh berjalan, kata ibu. Foto Arif memimpin tangan Indah berjalan masih tersimpan kemas dalam simpanannya. She is so adorable! Ibu juga menceritakan Arif memang tidak boleh berenggang dengan Indah setiap kali berjumpa. Setelah hampir dua puluh tahun di negara orang, mereka pulang semula ke Malaysia. Dua tahun juga Ibu berusaha menjejaki Bonda Indah semula. Akhirnya hubungan mereka bertambah erat dengan ikatan perkahwinan ini. Tetapi mampukah takdir itu menyatukan hati mereka berdua? Mampukah cinta itu hadir dan menyulam rasa bahagia? Arif mengeluh memikirkan nasib masa depan mereka. 

Aku akan cuba sedaya upaya untuk memenangi hati Indah, tekadnya. Dia mula tersenyum. Hatinya juga berbunga ria. You are my Prince Charming, my dear... teringat kata ibu suatu ketika dulu. Eh, perasan diri sendiri pula!

~~~~~~~ 
Mr. Right
Indah terus mencari dan mencari lagi. Jari jemarinya laju menaip di laman google search itu. Dia cuba mencari lagi menerusi facebook. Eh, kenapa dia tak ada lagi dalam friend list aku nih? Dah unfriend akukah?Kenapa pula? Mana Mr. Right nih...dia marah ke sebab aku tak reply mesej dia hari tu? Indah tertanya-tanya sendiri

Sudah enam bulan mereka berhubung melalui facebook dan berkongsi cerita. Yang pasti Indah la yang banyak meluahkan perasaannya. Indah rasa selesa berkawan dengan Mr. Right di alam maya. Selepas Rayyan putuskan hubungan dengannya, dia malas untuk menghubungi sesiapapun kecuali Mr. Right. Hanya Mr. Right yang tahu remuk redam hati Indah. Betapa Indah kecewa dengan Rayyan. Macam-macam nasihat dan kata-kata semangat diberikan untuknya. Dek menangisi apa yang berlaku juga, Indah tidak pernah sekalipun menyatakan berita perkahwinannya dengan Arif.

Indah membuka semula mesej terakhir yang diterima daripada Mr. Right kira-kira dua bulan lalu sebelum dia berkahwin dengan Arif.

“Jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki itu kan rahsia Allah. Kita memang selalu merancang tapi Dia yang menentukan. Janganlah bersedih dengan ketentuanNya kerana mungkin Dia mengaturkan yang lebih baik dari apa yang kita minta. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.”- Mr. Right – Oktober 29, 2011. 
  
     “Indah Amanda…dengarkanlah lagu ini ya..then, please answer me, may I be your real Mr. Right? Will you be mine?”- Mr. Right – November 1,2011. 

     Indah terpinga-pinga. Rupanya dia masih belum membaca mesej itu lagi. Kenapa soalan itu yang diajukan Mr. Right? Dia sukakan aku pula ke?Layan ajelah lagu ni dulu...lagu Yang Terindah oleh Dakmie. Dia terus menekan ikon play dan cuba memahami apa yang dimaksudkan oleh Mr. Right dalam lagu itu. Sebelum ini belum pernah pula Mr. Right meluahkan perasaannya.


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah




        Sekali lagi airmatanya gugur satu persatu. Bait-bait lagu itu seolah merentap tangkai hatinya. Sekiranya dia tidak terus melayani perasaan, pasti mesej itu telah lama dibacanya. Pasti Mr. Right yang menjadi suaminya kini bukan Arif, lelaki yang terlalu asing padanya. Indah kesal. Dia ingin sekali membalas mesej itu tetapi Mr. Right sudah tiada di alam maya. Walaupun tidak pernah bersua muka, Indah dapat rasakan Mr. Right amat mengambil berat tentang dirinya. 
Merajukkah dia? Akukah yang bersalah?Ya Allah, aku tidak tahu dia menaruh perasaan padaku.


to be continued... 


Wednesday 20 February 2013

Saat Hatiku Untuknya 1


31 Disember 2011-Kecewa yang bertamu


INDAH memerhatikan sahaja dari jendela kamarnya. Semua orang sibuk mundar mandir dengan tugas masing-masing. Kedengaran sekali sekala gelak tawa Ucu dan Uda bergurau senda. Laman rumah Bonda dihias begitu cantik sekali. Ala garden wedding kata Bonda. Indah tidak membantah sedikit pun. Dia tahu Bonda arif benar bab menghias ni. Indah mengeluh berat. Airmatanya deras mengalir, bertamu lagi tanpa diundang. Sepatutnya hari ini adalah hari yang paling bahagia buat dirinya. Sesak fikirannya. Kecewa, sedih, terkilan bercampur baur perasaannya ketika ini. 

Indah, please be strong, this is your decision! You’re now married. Nobody influence you to marry him!”ada suara di hati Indah cuba menenangkan hati yang lara. 

“No!” bentaknya dalam hati.
I don’t want him. I want my Rayyan!” 
Then, why did you agree at the first place? This is ridiculous!

Kenangan manis bercinta dengan Rayyan terbayang-bayang di ruang mata. Mereka pernah berjanji untuk bersatu hati hingga ke akhir hayat. Selama 3 tahun menyulam kasih dengan Rayyan, Indah mengimpikan mahligai bersama hingga ke syurga. 

"You sayang I?"tanya Indah inginkan kepastian.

"You masih sangsi dengan cinta I, baby?"tanya Rayyan pula. 

"Tak adalah...cuma I takut apa yang kita impikan tidak kesampaian."

"You jangan risau..tahulah macam mana I handle my mom nanti. I won't let you down, baby. I love you so much!"Rayyan berkata penuh yakin.  

 Bait-bait lagu Kau Yang Terindah nyanyian Alyah di radio Era FM menambahkan lagi sendu di jiwa Indah.   

Ku Disini Mengalunkan Rindu Yang Resah
Aku Disini Memuja Bayangmu
setiap Detik Degup Nadiku Hanya Untukmu
Cinta Membara Jiwa Gelora
Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya
Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang


 Rayyannn !!!..Sampai hati you buat I macam ni...I hate youu!!hati Indah menjerit memanggil sang kekasih hati. Indah teresak-esak sendirian. Ketukan di pintu kamar Indah membuatkannya tersentak. Lamunannya terus terhenti. 

Ya Allah, lamanya aku bertapa kat bilik ni. Sepatutnya aku kat luar sana melayan tetatmu yang hadir. Nanti apa pula kata Bonda, Ucu, Uda dan semua yang datang terutama sekali keluarga mertuaku. Mertua?Ahh..berat benar rasanya nak mengakui aku dah jadi isteri orang.

Indah rasa bersalah pula. Alasan sakit kepala yang diberikan selepas majlis resepsi tadi membenarkan dia bersendirian begitu lama. Tidak disedarinya masa berlalu begitu pantas sekali. Airmata dilap dengan segera. Cacat sedikit hasil solekan mak andam tadi. Matanya sedikit merah. Indah resah. 

"Indah, buka pintu ni sayang. Ucu, Uda dan yang lain semua dah nak balik tuh," Bondanya memanggil dari luar bilik. 

"Ya Bonda, sekejap ya."

Pintu bilik dibuka. Indah mengukir senyuman sehabis manis buat Bondanya yang masih menunggu. Lesung pipit di kedua belah pipinya terserlah. Dia cuba menyembunyikan duka di hati sebaik mungkin.

Ya Allah, janganlah Bonda perasan pula,bisiknya di dalam hati. 
 
~~~~~~~
 Dua minggu berlalu... 

Indah tersedar dari lamunan. Dia kaget. Eh, bila dia masuk bilik ni?

       Dia boleh melihat dengan jelas wajah suaminya dari pantulan cermin meja solek. Indah tidak menoleh tapi mata mereka bertentangan menerusi cermin itu. Indah kaku. Sudah dua minggu lelaki itu menjadi suaminya yang sah tetapi Indah masih berada di dunianya sendiri. Berperang dengan perasaan. Kecewa, sedih, terkilan, dan macam-macam lagi perasaannya bercampur baur. 

      Suami Indah melayan dirinya dengan baik sekali walaupun dia sedar Indah seolah-olah tidak menyenangi kehadirannya. Dia ke hulu, Indah ke hilir. Bercakap pun sepatah dua. Dia cuba bersabar dan memberikan Indah ruang dan waktu untuk menerimanya. Dia sedar perkahwinan ini bukan atas kerelaan hati Indah. Begitu juga kisah di sebalik kamar pengantin itu. Tiada siapa yang tahu. Dia tidak akan sesekali menyakiti hati Indah, itu janjinya.

         Siapakah dia sebenarnya? Adakah dia satu anugerah Tuhan untukku? Tetapi bolehkah aku menerimanya, mencintainya? Kenapa dia masih layan aku dengan baik, sedangkan aku langsung tak endahkan dia? Tak ada perasaankah dia? 

        Indah bingung. Aku tak boleh lupakan Rayyan. Rayyan segalanya untuk aku sebelum ini. Kami saling mencintai. Arghh...kusut kepala aku memikirkan semua ini.

      Mujurlah mereka sudah berpindah ke rumah Arif Firdaus sejak minggu lepas. Arif sudah mempunyai rumah sendiri sejak setahun lalu, katanya.

    "Indah nak tak kalau kita pindah rumah abang?Rumah kita?"soal Arif.

       "Rumah kita?"tanya Indah semula. Terasa janggal rasanya menggunakan perkataan 'kita'.

       "Yalah, kalau Indah setuju kita boleh pindah sana anytime. You will have your own privacy then,"ujar Arif.

      Setelah berkira-kira dalam hatinya, Indah terus bersetuju untuk berpindah. Yes, I really need the privacy. Tidak perlu dia berpura-pura lagi di hadapan semua orang. Dia bebas. Alasan terikat dengan jadual kerja yang padat juga menjadi alasan kenapa mereka tidak pergi bercuti selepas berkahwin. Tiga hari sahaja Indah mohon cuti kahwin dan hari-hari selepas itu dia sengaja menyibukkan dirinya dengan kerja. Pulang kerja pun lewat malam. Arif Firdaus langsung tidak dipedulikan. Kecoh juga Bonda meleteri Indah kerana menangguhkan honeymoon mereka.

        “Kalau nak tunggu Indah tak busy, memang sampai bila-bila pun tak boleh nak pergi ke mana. Dah alang-alang ada masa sekarang ni, just go and get to know each other better. Indah pun dah lama tak bercuti, kan…asyik kerja saja! Dulu tak apa lah, tak ada suami lagi...sekarang dah ada suami kena lah dahulukan suami. Tengok tu Arif, kita bercakap dia buat tak tahu saja. Bonda cakap dengan tunggul kut! ”marah Bonda tapi Indah langsung tidak peduli. Kata-kata Bonda langsung tidak mengusik halwa telinganya.

       “Tak apalah Bonda, bila-bila pun kami boleh pergi honeymoon. Arif tak kisah…” balas suami Indah ketika itu cuba meredakan sedikit amarah mertuanya. 

      Ya Allah,kenapa dengan aku nih? Indah seolah-olah merasakan suatu perasaan halus menjelma di saat mata redup itu merenungnya.

        “Tak jawab salam dosa tau...”usik suaminya begitu dekat sekali di belakang Indah. Dia sedikit terkejut bila merasakan ada tangan menyentuh lembut bahunya.

          Apa aku nak buat ni?Bila pulak dia bagi salam kat aku?Ya Allah…tolonglah hambaMu ini. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui perasaan aku ketika ini. Indah berperang dengan perasaannya sendiri.

      “Err…waalaikumussalam…”Indah menundukkan wajahnya.

      Dia masih kaku. Diam bagaikan ada seketul emas dalam mulutnya. Mohd Arif Firdaus, suami Indah masih merenungnya seakan tahu dan faham apa yang bermain di fikiran Indah ketika ini. Arif sudah berada di sisi Indah.

     “Indah Amanda…look here…” Arif cuba meraih tangan  Indah. Indah mengangkat mukanya dan memandang suaminya dengan pandangan kosong.

        “Indah...walaupun bukan nama abang yang bertahkta di hati Indah dan bukan abang pilihan hati Indah, abang akan cuba membahagiakan dan menyayangi Indah selamanya. Abang redha menerima Indah seadanya...dan abang harap Indah juga dapat menerima abang dalam hidup Indah”tutur Arif perlahan sambil menatap wajah Indah. Tangan Indah masih digenggam erat.

        Indah memandang tepat mata Arif. Dia terpempam dengan kata-kata Arif.

           Dia tahu ke?Obvious sangat ke?

      Yalah, kalau kau asyik menghadap dinding, langit, rumput, pasir dan entah apa-apa lagi…termenung sana termenung sini..kejap-kejap menangis sahaja kerjanya..memanglah obvious something is wrong somewhere!Orang buta pun perasan! jerit hati Indah.

       “What is past is past..okay, maybe it’s hard to forget, but please...i’m your husband now. Abang tak nak jadi tunggul saja kat sini sedangkan Indah masih terbayangkan orang lain,” walaupun perlahan sahaja ayat itu dituturkan Arif, namun ada nada tegas di hujungnya. Baginya dia tidak mahu menuntut penjelasan lanjut mengenai masa lampau Indah kerana masa depan mereka lebih penting.

        “Indah minta maaf… I hope you can understand, please give me some space, okay. Indah tak boleh lupakan dia. Indah cintakan dia…” laju Indah meluahkan perasaan yang disimpan dalam hati. Matanya bergenang lagi. Indah menarik tangannnya dari genggaman Arif.

        “Dah la tu…tak perlu cerita kat abang kalau Indah tak nak. Abang tak suka tengok Indah sedih. Menyintai seseorang tak bermakna kita boleh memilikinya. Itu semua kuasa tuhan. Mungkin telah ditakdirkan jodoh Indah dengan abang…and I promise…I’ll try my best to be the best man  for you..”Arif cuba memujuk. Benar telahannya Indah sebenarnya sudah mempunyai kekasih hati sebelum ini. Dia cuba menahan perasaan yang sedikit kecewa.

         No! Indah nak abang tahu Indah tak cintakan abang. Hati Indah sudah terkunci untuk orang lain. Indah tak tahu kenapa Indah setuju untuk teruskan perkahwinan ini. Indah tak mampu menipu hati Indah. Actually…tiba-tiba sahaja Rayyan minta putuskan hubungan kami. Dia..tinggalkan Indah untuk perempuan lain...perempuan yang jadi pilihan mama dia...” luah Indah tersekat-sekat. Airmatanya deras mengalir di pipi yang mulus itu.

       “Dia cakap…dia cintakan Indah, but…he couldn’t say no to his mother..and the worst part is...he did not even tell me…yang dia...dia dah kahwin dengan perempuan tu dua bulan lepas…” sambung Indah dan terus menyembamkan mukanya ke dada Arif. Dia menangis sepuas-puasnya.

Biarlah suaminya tahu.  


to be continued...